Chinese New Year Celebration and Ramadhan Buffet Preview Holiday Villa Johore Bahru - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, January 29, 2023

Chinese New Year Celebration and Ramadhan Buffet Preview Holiday Villa Johore Bahru



Jumaat lalu MY berkesempatan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina dan Preview Sajian Desa Ramadan Buffet di Holiday Villa Johor Bahru. 
MY ditemani puan engineer ofis MY yang sedang berbadan dua. 
Pagi pukul 10 MY dah sampai ofis jemput dia. Bukan apa, sebenarnya, 
MY tak berani drive sorang sorang ke Holiday Villa. 
Dari rumah ke Skudai tu berani la, 
Nak lajak ke bandar JB tu... cuak cuak berani la juga. Tu yang angkut dak Shafiqah temankan tu.
Dah tu sejuk kaki tangan perut Mama Yan drive panjat parking bertingkat Holiday Villa tu.
Padahal takde la sempit mana pun. 
Cuma MY je yang tak pernah drive masuk parking bertingkat.
Kami sampai sekitar pukul 11, 
Tapi preview buffet mula lambat sikit sebab ada Lion dance untuk sambutan CNY di lobi hotel.
Masa ni menyesal pula tak bawa kamera Insta360.
Orang ramai sangat,
susah nak ambil gambar.



Gambar penuh makanan buffet Ramadan MY akan letak dalam entry akan datang.
Ni entry warming up je dulu.
Belum sempat nak edit gambar makanan yang banyak banyak tu.
Kalau tak edit dulu,
Merengkek nak buka blog nanti.
Berat weh kalau letak gambar yang tak 'compress' ni banyak banyak .

Fern Pine Cafe ni terletak di Level 9 ye.
Naik lif di lobi hotel.

Wahhh... terasa Ramadhan semakin hampir.

Cakk...ada meja nama Azian Khalil


Thanks Shaf teman akak datang sini.
Kalau tak kelam kabut juga mana nak tengok maps,
mana nak bawa kereta...hahaha..
Tu lah..
Asal naik kereta tido, takpun main handphone,
Dah la nak pergi sendiri tak tahu jalan.

Boleh pulak emcee tersohor Embun JB ni datang interview MY.
Dia tanya "Dari mana?"
Mula mula tu nak jawab dari JDT Blogger,
Confuse dengan soalan dari mana tu...
Dari tu untuk tempat tinggal atau mewakili apa?
hahaha...
Nampak Sunah ambil angkat handphone, so pandang Sunah,
Rupanya Shafiqah pun duk ambil gambar


Oleh kerana MY pergi atas tiket team JDT Blogger,
Bukanlah MY sorang aje yang datang. 
Ada beberapa orang lagi Blogger yang hadir sama..

Shuhada Herman
Blog: https://ombakbergigi.com

Juju 
Blog:https://www.kasihjuju.com

Siti Rohaida 
Blog : https://kisahsidairy.com

Sunah
Blog: https://sunahsukasakura.com

Suzie
Blog: https://sitisuziana.com

Cuma tak sempat nak bergambar beramai ramai...
Masing masing kelam kabut ambil makanan..
Pastu mejanya jauh jauh lak tu..hihihi..
Kelakar je sembang pakai bahasa isyarat dan whatsapp whatasapp je padahal dalam event yang sama

Sempat la bergambar dengan blogger Sunah Sakura dan Suzie sebelum masing masing busy mengambil gambar makanan dan posing gigit tulang kambing


Ni pula blogger Ombak Rindu..
Eh..tak tak..
Blogger Ombak Bergigi.

Alhamdulillah...
Majlis berjalan lancar.
Tapi, gambar makanan nampak gelap walaupun dah guna flash.
Ke lepas ni kena bawa camera?
Eh..ada lagi ke lepas ni?
Hehehe....


3 comments:

  1. Seronok ni Yan, makan free.
    Kalau gambar kat kafe hotel memang biasanya agak gelap, mungkin faktor pencahayaan. Tak tau la kot kalau guna kamera bagus boleh jadi terang jelas.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki dijemput ke majlis. Nanti nak cuci mata tgk menu pula. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad