Kedai Cermin Mata Pekan Nanas Pontian - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, January 22, 2023

Kedai Cermin Mata Pekan Nanas Pontian

Berikutan dengan serangan sakit kepala yang dah berminggu minggu tak hilang,
Mama Yan menerima baik saranan Kak Ujie untuk cek mata,
Dan hasilnya seperti cerita di bawah ni la...

Mama Yan memang ada masalah silau sejak muda mudi dulu.
Tapi tak berapa teruk.
Bayangkan bilik kuliah tu besar,
lepas tu, pensyarah zaman tu masih lagi menulis atas plastik cermin OHP (Overhead projector) tu guna pen, Merah, hijau, biru..
Tulisan bersambung sambung,
Cakar sana sini..
Adehh..seksa mata..
Kembang kempis senget benget tulisannya.
Zaman sekarang je dah moden,
Dah takde rasanya IPT guna mesin OHP tu,
Lepas dah habis belajar,
Takla rasa masalah silau tu satu benda yang menyusahkan pun.
Bawa kereta pun dekat dekat je.
Tak pernah drive malam.


Lepas hantar anak anak ke sekolah agama hari Rabu lepas,
Mama Yan singgah ke sebuah kedai cermin mata yang baru dibuka di Pekan Nanas.
Nama kedainya No 36 OPTIC.


MY pun check la mata guna mesin dia tu.
Lepas tu,
Check lagi sekali guna kanta.
Test membaca...
Lepas tu MY keputusan untuk buat reading glass aje.
Banyak sangat bingkai sampai tak tahu yg mana nak pilih...  hahaha
Lepas dah selesai pilih dan bayar deposit,
Balik la dulu.
Kalau dah siap nanti kedai whatsapp la...


Esoknya, kedai mesej bagitahu cermin mata dah siap.
Tapi sekali jalan la dengan ambil Aril balik sekolah agama.
Okay..jom masuk

Ni pendamping...hahaha...
Total pendamping ada 6.
Tapi tak selalu la bawak semua pendamping.
Makin gemuk dah pendamping nombor 3 ni.

Alang alang dah bawa Aril ke kedai cermin mata,
Jomlah kita tengok kalau kalau mata Aril rabun ke tidak.

Ni Aril punya result mata.
Tapi MY ingat nak bawa dia ke klinik pakar mata dulu.
Ni sebab dalam mata dia ada macam lebihan mata putih atas anak mata hitam dia.
Ingatkan selama ni dia ok je,
Tapi bila check, rupanya ada bagi kesan juga pada penglihatan belah kanan dia.
Jadi lepas cuti Chinese New Year ni kita bawa pergi klinik dulu.


Ni gambar sebahagian dari dalam kedai.. 
Ada beberapa keping gambar dalam kedai kabur sebab ada pergerakan.
Cis sungguh..
Takkanlah nak seret tripod ke mana sahaja,
atau kena beli shooting grip tu?
Barulah nampak macam influencer blogger

Mama Yan pilih yang warna purple. 
Ingat nak ambil warna pink,
Tapi bila digayakan,
Dah rupa kanak kanak riang terlebih umur pula,
Taknak ambil yang warna hitam sebab takut tertukar pulak dengan cermin mata suami nanti.
Cermin kanta tu, MY pilih jenis yang blue cut.
Harga bingkai tu, tak sampai RM100 pun...
Tapi harga kantanya akan berubah mengikut power, tebal, jenis kanta dan lain lain lagi.


Terserlah angka 40-an Mama Yan apabila menggayakan cermin mata..
hahaha...
Tudung kembang?
Sebenarnya ada banyak pilihan bingkai, ada beratus pilihan,..
Tapi MY pilih yang ringan dan selesa dipakai.
Tudung kembang takpe sebab bukannya nak dipakai ke luar rumah atau untuk jalan jalan.
MY kan kerja dari rumah.
Jadi pakai untuk duduk menghadap komputer dan dokumen aje.
Dan juga drama korea di handphone


Snap lagi sekali sebab gambar kat atas tu tak nampak nama kedai.


Masa nak balik,
Tuan kedai siap bagi Mama Yan sepasu pokok succulent.
Thank you madam...
Mama Yan letak kat meja batu luar rumah.
Harap harap bertahan lama lah.
Sebab succulent MY sebelum ni tahan dua minggu je sebelum arwah...
Jari tak berapa nak hijau.
 

Dah tu, tunggu apa lagi,
Duit BAP pun dah dapatkann..
Jom la Check sekali mata anak anak,
Kalau kalau ada yang perlu tambah power. 
Atau perlu tukar bingkai..
Ataupun anak anak kita dah mula rabun tapi kita yang tak perasan.
Takpun, kita yang dah 40an..
Dah mula kurang kekenyalan anak mata..
Dah mula perlukan bantuan mata external untuk mengaji dan membaca dengan selesa,
Kita tak sedar perubahan tahap kecerahan atau kerabunan kita... alih alih, sakit kepala je...
Ni MY tulis entry ni dengan bantuan sepasang mata kedua la ni.
Barulah selesa...
Sebelum ni tak sedar sebab rasa masih muda..
Ingatkan, rabun tua ni untuk nenek nenek je rasanya...


Okay,..Ni alamat kedai :

No 36 Optic,
No 11, Jalan Permata 7,
Pusat Perdagangan Pekan Nanas,
81500 Pekan Nanas.
No Telefon : 016 743 8855

Business Hour:
10:30am-7:30pm
Rehat Selasa



5 comments:

  1. Ibu sekarang kena cuba terima kenyataan tak boleh nak ber’contact lens’ sangat mcm dulu MY. Tambah sejak dah ada rabun dekat ni. Power rabun jauh pun 700 lebih. Kenalah bercermin mata je jawabnya sekarang.

    ReplyDelete
  2. siap dapat hadiah lagi, pandai tuan kedai jaga customer dia :)

    ReplyDelete
  3. Wahh!saya pon sama baru tahu lepas cek mata haritu..bru tahuu ada silaauu

    ReplyDelete
  4. Harap tidak sakit kepala lagi.

    ReplyDelete
  5. Biasalah tu MY, masuk 4-series kena 'tambah mata' hihi...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad