I will follow youuu....

Thursday, July 9, 2020

Kenapa suka selfie?


Sebagai bini orang yang suka berselfie...
Tak terlintas di hati ini nak mengurat siapa-siapa...
Atau nak menunjuk kat siapa-siapa yang khusus...
Selfie sekadar nak tunjuk kita ni manusia biasa dan Rakyat biasa,
Bukan scammer,
Bukan fake...

Penting untuk bina network..
Boleh ke percaya pada orang yang hari-hari tunjuk gambar dari Google?
Guna gambar orang lain mengaku diri sendiri...

Selagi tidak menjejaskan maruah dan akidah,
Mama Yan takde masalah tengok gambar selfie kawan-kawan...

Lagipun...
Dunia media atas talian ni,
Kita boleh buat pilihan sendiri,
Tak suka tengok,
Boleh unfollow,
Boleh unfriend,
Dan boleh block juga...
Atau uninstall aje...
Pergi baca surat khabar Harian Metro sana...

Suami Mama Yan okay je pun tengok Mama Yan upload gambar selfie kat media sosial...
Asalkan tak melampau batas seorang isteri dan Muslimah...
Rasanya dia memang ok je...
 
Selfie bukan hakmilik eksklusif orang bujang sahaja ye...
Kami bini bini orang ni pun...
Teringin juga nak guna beauty apps kat henpon lah...hahaha...

7 comments:

Ciktie said...

La... selfie kan bukan hak sape-sape. So, takde isu la..

ZaridaIshak said...

la... jeles le tu bila bini orang selfie nampak lawa

Warisan Petani said...

Nasib baik wak tak gheti selfie

Sayidah Napisah said...

haha. dia up to masing masing. yang penting jangan melampaui batas kann :)

Cik TK said...

ini hak masing-masing, biarlah orang nak selfie. Takkan kalau status bini orang dah tak boleh selfie?

Eina Md Ali said...

Yang penting niat kita. Kalau niat kita baik, InsyaAllah baik datangnya. :)

Sha Mohamed said...

Entahnya.. kita bukannya nak mengurat kadang memang saja nak selfie.. untuk diri sendiri.. ish..

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular