I will follow youuu....

Sunday, July 12, 2020

MY Review : Novel ' Cinta Sang Ratu'

Tajuk Novel : Cinta Sang Ratu
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21, Kumpulan Karangkraf
Tahun Cetakan : January 2007
Jumlah Mukasurat : 555
Genre : Epik Thriller



Alhamdulillah...
Selesai baca Novel Sang Ratu selepas lebih 12 tahun memiliki...
Dari takde anak...
Sampai anak 6...
Barulah berjaya menghabiskan bacaan.

*Ini adalah spoiler*

Kisah kali ni berkisar tentang percintaan Saifudin dan Ratu Sulaman.
Selepas percubaan Ratu Sulaman membunuh Saifudin,
Ratu Sulaman jatuh cinta pula kebaikan dan agama Islam,
Sang Ratu Kerajaan Pulau Utara memeluk agama Islam, menukar nama kepada Ratna dan Saifudin menikahinya.

Maharani Pulau Utara yang merupakan bonda kepada Sang Ratu murka dan menculik kembali anaknya.
Tetapi Ratu Sulaman atau Ratna Sang Ratu yang telah menjadi isteri Saifudin tidak sekali-kali berpaling dari agama Islam.
Maharani sanggup menyihir Ratu Sulaman supaya kembali menjadi sesat seperti dahulu.

Saifudin belayar ke Pulau Utara ditemani sahabatnya, Sadik bagi membawa pulang isterinya kembali.

Manakala di abad ke 21, Haryani pergi ke Acheh yang dilanda Tsunami bagi mencari Dani.
Tetapi perjalanan Haryani ke Acheh berdepan dengan dugaan apabila dijual oleh Rajikin kepada masyarakat Manggala yang meminta korban dari kalangan perawan suci .

Dani pulang seolah olah kehilangan akal selepas dilanda Tsunami.
Kejadian itu berlaku kerana jasad dan rohnya terdampar ke kurun 15.
Dani menjadi Senggara, merupakan makhluk tawanan kepada Maharani.
Senggara dididik dan dikaburi sihir supaya menjadi makhluk pembunuh oleh Maharani.

Bagaimanapun, Haryani berjaya melepaskan diri dan bertemu dengan Dani, Saliha dan Pak Mustakim.
Pak Mustakim berasal dari Manggala, tetapi telak melarikan diri ke Aceh sewaktu muda kerana tidak mahu terus terpesong dengan kekufuran masyarakan Manggala.

Setelah Senggara dibunuh oleh Saifudin, roh dan ingatan Dani kembali seperti biasa.
Pak Mustakim mati dibunuh kumpulan serigala jadian di perkampungan Manggala.
Rajikin pula membawa lari baka awal Manggala dari perkampungan itu kerana percaya baka awal Manggala itu boleh memberikannya kekayaan.

Akhirnya, Saifudin berjaya menjejaki isterinya Ratna Sang Ratu dengan bantuan Katiswara, kekasih lama Maharani atau nama asalnya Ananta.
Amat sukar Saifudin bertarung dalam kesakitan kerana luka akibat panahan sihir Ratna Sang Ratu semakin parah apabila Ratna kembali menjadi Ratu Sulaman.

Ketika Saifudin berjaya membebaskan Ratna Sang Ratu dari belenggu sihir, 
Maharani melontarkan pedang untuk membunuh Saifudin.
Ratna menghadang dan menolak Saifudin daripada pedang Maharani.

Ratna Sang Ratu pun mangkat meninggalkan Laksamana Sunan. 
Laksamana Sunan berjaya menyingkirkan sihir dari Maharani tetapi tidak sampai hati membunuh Maharani kerana Maharani adalah ibu mertuanya.

Saifudin berhasrat untuk pulang kembali ke Tanah Melayu dan berdakwah sepanjang perjalanan.

Kesian Laksamana Sunan...
Zaman remaja suka kat Melor, tapi dikhianati Melor dan ayahnya.
Lepas tu suka kat Haryani, tapi hidup berbeza zaman, terpaksa melepaskan Haryani kembali ke zaman asalnya.
Kemudian, kahwin dengan Ratna Sang Ratu...tapi isteri pula meninggal dibunuh ibu sendiri

Tiba tiba rasa cerita korea The King: Eternal Monarch tu tiru cerita Laksaman Sunan ni,
Boleh melangkaui zaman situ sana sini...hqhqhq

Hishhh...asal nak tekan huruf 'a'...asyik la tertekan huruf 'q' ...lantaklah situ. Pandai² lah bayangkan gelak ketawa MY.

Sekian, wassalam



5 comments:

ShirVen said...

uit lamanya nak habiskan. hahaaa,
RAM ni antara penulis faberet saya, semua karya dia saya suka. cara penulisan dia di kotak fikiran zaman sekrg ni. tu yg suka.

anakdenesor said...

woww lama nya..ni mesti ambik mood kan nak baca..saya pon mcm tu..klo x de mood nak baca mmg tak baca la buku tu

Sha Mohamed said...

Antara buku RAM yang best..
Tak sempat lagi nak tengok the king tu..

Raz said...

suka sangat novel ni

A m m i said...

ammi baca cerita sunan ni lepas habis semua sirinya keluar. best.
sampai ammi terfikir apakah benar Laksamana Sunan ini wujud?? (eh tetiba bahasa gini pulak)

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular