I will follow youuu....

Friday, July 10, 2020

Operate atau normal?

Anak nombor 123,
Mama Yan bersalin normal..
Anak 456 pula melalui pembedahan...

Bagi Mama Yan...
Dua dua sakit...
Dan dua dua ada risiko...
Lepas bersalin anak kembar nombor 4 & 5 melalui pembedahan, 
Memang rasa dah taknak bersalin lagi...
Tapi sangkut juga nombor 6 walaupun dah cukup berjaga jaga...
Rezeki kannn...

Masa nak bersalin nombor 6 tu,
Terus minta jalani prosedur ikat tube, 
Sebab memang taknak mengandung dan bersalin operation lagi....

Melalui pembedahan memang tak rasa sakit meneran,
Tapi proses penyembuhan pembedahan tu sendiri ambil masa bertahun tahun untuk betul betul sembuh.
Parut pembedahan di perut Mama Yan dua kali kena jangkitan kuman...
Sakit, berdenyut, bernanah...
Sedangkan kalau bersalin normal sebelum tu...
Habis 40 hari dah boleh kayuh basikal.

Jadi,
Kalau kita tak rasa, jangan mengata..

Hiburkan hati sendiri,
jangan sampai lukakan hati orang lain

4 comments:

Shahada Fauzi said...

tu kan..nak hiburkan hati sendiri tapi melukakan hati org lain..sabo je la..

kita pun dah rasa dua-dua..sama ja ada kesakitan tersendiri yang Allah bagi rasa..

Diana Rashid said...

dia ingat selfie ni untuk mengorat je ke??

kalau orang berniaga kena la selfie. lagi2 berniaga kat fb dan Ig ni. pelanggan kena tahu juga dengan siapa mereka berurusan.

Baru lah nampak kejujuran dalam berniaga tu. Zaman sekarang jujur pun kena tunjuk.kalau tidak orang kata kita scammer la.

Sha Mohamed said...

Tak suka betul kenyatan-kenyatan macam dalam gambar tu..
Dua-dua ada sakit dan kesan pada ibu tu sebenarnya.. Sha normal tapi Mak dulu bersalin operate, siap terbuka jahitan.. memang ngeri..

Sheila Arshad said...

ammi semua operate dan sekarang ni dah sadaqallahualazimmmm

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular