Bayar yuran sekolah agama - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, December 22, 2020

Bayar yuran sekolah agama

Tadi dah selamat bayar yuran dan buku tulis sekolah agama budak kembar,
sorang RM160.90.
So kali lah dua...
esok bayar yuran dan buku Aril pulak.
Lusa abang pulak.
Kasar juga lah untuk 4 orang ni..
Kalau tak 5 orang,
Tapi MY dah berhentikan Moq dari sekolah agama lepas kes kena cubit dengan ustaz sampai lebam dan melecet tu.


MY lah yang kena mengulang 3 hari berturut turut ke sekolah agama nak membayar yuran anak.
Nak buat macam mana..
demi menghormati SOP yang disediakan,
patuh aje lahhh...
Nasib baik tak kerja,
kalau kerja makan gaji..
habislah gaji MY kena potong dok mengulang sekolah anak je.



Sekolah mohon sumbangan kertas A4 untuk kegunaan aktiviti pelajar,
tapi MY macam tak sempat nak pergi beli,
Nantilah naik sekolah nanti baru belikan dan hantar..

Ni kelas Sarah nanti...
1 maliki...
Cantik kelasnya....
 siap  dengan tikar getah. 
Rajin betul cikgu cikgu sekolah agama ni...
Boleh kata semua kelas cantik cantik...

Mudah mudahan tahun depan anak anak semua dapat belajar dalam kelas dengan selesa...
Kesian diorang tadika di tahun 2020 ni,
Tadika takde sukan,
takde ihtifal,
takde sesi ambil gambar pegang skrol,
takde lawatan,
Takde jamuan akhir tahun...
Mujur masa tadika 5 tahun dah rasa semua tu.
Insyaallah semuanya akan pulih seperti sediakala satu hari nanti... Aminn






 

9 comments:

  1. Yuran sekarang makin mahal. Demi sebuah ilmu, apa boleh buat..

    ReplyDelete
  2. Settle satu per satu lega rasanya. Lepas tu fikirkan persiapan sekolah pulak. Semoga dipermudahkan segala urusan kakyan. Aaminn

    ReplyDelete
  3. apa alasan ustaz cubit sampai lebam tu?

    ReplyDelete
  4. bersih dan cantik kelas tu.. tak macam sekolah biasa

    ReplyDelete
  5. sekolah agama kat sini belum ada lagi perkongsian mengenai yuran.. Mama Yan dah selesai ye..

    ReplyDelete
  6. aik ketas A4 tu beli sendiri ke ? selalunya kasi duit jaa sek beli sendiri.
    unik ni hehe..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah sudah dapat list yuran.. :)

    ReplyDelete
  8. Ermm banyak juga ye perbelanjaan..
    moga dipermudahkn urusan kak yan ye :)

    ReplyDelete
  9. rajin betul cikgu yg menghias kelas ni...kat rumah diorg entah mcm mn agk nya deko diorg buat kn? hehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad