Korean Drama : Doctor John

 Tajuk : Doctor John

Director : Jo Soon Won

Penulis : Yo Kusakabe (Novel) , Kim Ji Woon

Release Date : 19 Julai 2019

Bahasa : Korea




Starting drama ni tunjuk Doctor Cha Yo Han  ni kat dalam penjara. Dia dipenjarakan selama 3 tahun kerana dituduh membunuh pesakit dengan kaedah euthanasia.
Ketika dalam penjara,
Doktor Cha Yo Han sering menimbulkan masalah kepada pegawai perubatan penjara kerana sifatnya yang kelihatan angkuh dan keras kepala.

Suatu hari Doctor Kang Shi Young, seorang doktor pelatih datang bekerja sebagai pegawai perubatan secara sambilan di penjara itu. Ketika berlakunya satu kecemasan melibatkan seorang banduan, Doktor Cha mebantu Doktor Kang untuk menyelesaikan masalah itu. 

Seorang lagi banduan memerlukan bantuan perubatan, Doktor Cha menggunakan Doktor Kang untuk mendiagnosa penyakit yang dihadapi oleh banduan . Pada hari yang sama, Doktor Cha juga dibebaskan pada hari itu. Mereka bertemu di hospital tempat Banduan 5353 dirawat. 

Doktor Kang kembali menyambung tempoh latihannya di Hospital Hanse dan bertemu Doktor Cha yang menjadi ketua di bahagian Pengurusan Kesakitan hospital yang sama.

Pendakwa Raya kes Doktor Cha ni masih lagi tak berpuashati dengan Doktor Cha sebab pesakit yang Doktor Cha matikan tu merupakan penjenayah yang telah membunuh anak pendakwa raya tu. Kalau boleh pendakwa raya tu nak lesen perubatan Doktor Cha ditarik terus. 

Yang sebenarnya, Doktor Cha ni ada penyakit yang digelar CIPA. Dia tak dapat rasa sakit, takde deria rasa terhadap suhu dan tidak berpeluh. Jadi penyakitnya didedahkan dalam laman web hospital demi menjatuhkan reputasi Doktor Cha

"Kesensitifan kongenital terhadap sakit dan anhydrosis (CIPA) adalah penyakit keturunan jarang yang menyebabkan individu yang terkena sakit tidak dapat merasa sakit dan tidak dapat berpeluh (anhydrosis)."

Kemudiannya, Doctor Cha pergi Amerika untuk berubat dan membuat kajian tentang penyakit CIPA yang dihidapinya dan kembali ke Korea selepas 3 tahun. Masa kat Amerika ni la nama dia berubah jadi Doctor John Cha. Sebab masa mula-mula tengok asyik tertanya..siapa Doctor John ni? Takde yg nama Doctor John pun dalam episod awal awal tu...

Ji Sung sebagai Doctor John Cha

Ni 4 orang pelakon utama dalam cerita ni,
dari kiri: Doctor Cha, Doctor Lee, Doktor Kang, dan Pendakwaraya Son.
Mama Yan suka pelakon yang pegang watak Doktor Lee tu, kiut, ada lesung pipit...


Cerita ni, jalan ceritanya biasa biasa aje. Cuma MY memang suka cerita doktor doktor dan hospital. Dulu dulu memang suka sangat tengok drama House. Tapi, tak pernah la MY ni bercita cita nak jadi doktor. Nak jadi doktor ni bukan calang calang orang yang boleh jadi doktor. hehehe...
Ni semua ex housemate MY punya pasal. Diorang la yang promote suruh tengok cerita ni. 
Dah tertengok pulak..
Lepas habis cerita ni...
suami MY sambung cerita Defendant pula,
Tapi MY tak join tengok Defendant.

dah berapa kali janji kat diri sendiri taknak tengok dah drama bersiri Korea ni...
Tapi asyik tertewas aje...hahahah...


7 Comments

  1. yeeee kakyan da tengokkk!!! lepas ni tengok Sweet Home lak..tibahhh bertukar genre hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah start tengok... dia punya melekat kqt tv tu mmg tak tahan

      Delete
  2. alololo... mcm kenal hero nyer, mamaYan.
    aida ni baru jer terjebak nonton drama korea.
    iye la. bila covid ni, kursus byk tangguh.
    maka kami kurang keje, tapi kena dtg ofis.
    so, layan la korea. now tgh tonton More Than Friends ha ha ah ha...

    da siap amik tajuk ni dah. suka jugak citer spital spital ni.

    ReplyDelete
  3. drama drama ni mmg smua tempting and senang terjebak kan haha

    ReplyDelete
  4. Ramai pelakon yang macam kurang kenal. Kalau kurang kenal, jarang nak layan. huhu

    ReplyDelete
  5. Suka betul dengan drama ini.. Tambah ada Ji sung..

    ReplyDelete
  6. hebat dr John ni sebab boleh diagnose penyakit dalam masa 10 saat. nice review :)

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)