Sesi menunjuk-nunjuk

Jom menunjuk-nunjuk barang baru sempena takde sempena apa apa ni..
Barang pertama nak tunjuk baru beli dryer baju baru..
Jenama Toshiba - 7kg..
Harga RM1000, beli di Hwa Kong & Company dekat depan Mr DIY Pontian.
tulis lengkap lengkap...
Senang nak trace bila diperlukan...

Beli yang baru sebab dryer yang lama tu ada problem sikit.
terlebih muatan agaknya...
Tu yang separa jahanam jadinya...
So beli jelah yang lain..
kenapa nak guna mesin pengering padahal rumah landed dan ada laman untuk sidai baju,..
Sebab suami memang manjakan bini dia..
tak bagi buang masa sidai baju banyak-banyak..hahaha...

Dryer ni ada fungsi Auto.
so memang letak auto jelah..

Ni keadaan bahagian dalam mesin pengering yang lama tu.
dah retak dinding dalamnya..
Jadi, bila digunakan,
Pakaian asyik tersangkut kat tempat yang crack tu..
maka rosaklah pakaian bila benangnya tertarik tarik...
Lagi sayang bila tudung Ariani termasuk dalam tu...
tertarik habis benangnya.
gosok pun tak boleh licin dah.
nak nangis rasa...

Pembelian seterusnya adalah Tupperware idaman.
dah lama bertahun tahun berhajat nak beli serveware ni.
Kali ni...
beli jugaklah.
Anak anak ramai,
payah nak handle bekas bekas seramik dan kaca ni.
serve pakai bekas plastik je senang.

Harga 1 set Blossom serveware RM204,
2 set mangkuk RM57.75
postage RM13.
So jumlah pelaburan Tupperware adalah RM274.75
Semuanya selamat dah digunakan.
Beli memang untuk dipakai.
Takyah nak susuk susun  dalam kabinet kaca buat hiasan.
Lainlah Portmeirion...


belian seterusnya...
Yang ini agak melampau ok.
MY minta suami belanja TV letak kat bilik...
sabar ajelah bininya kann...
Khas untuk tengok drama Korea kat Netflix.
hahaha...
TV ni beli kat Lionmas Pontian.

Last sekali, tukar kipas siling baru.
sebab kipas lama tu...
dah sama standard dengan kipas kat wad kelas 3 HSA,
bila terjaga tengah malam yang sunyi,
dengar la bunyi kipas tu,
kreekkk kroookk eeekkk nyokkk...
serams sejup okayyy.
Pasang sendiri je lah...
buat projek pasang kipas pasang ekon orang, takkan kipas rumah sendiri tak reti pasangkan..?
Baca manual,
bawak naik sampai tiga toolbox demi kipas nan sebiji..
Apapun...terima kasih suami..
sentiasa sudi layan karenah isterinya yang berbagai bagai ni...






 

14 Comments

  1. Replies
    1. MY terpaksa la reti guna. anak ramai kecik. penuh ampai kalau musim hujan

      Delete
  2. tgh entry ni terpasang niat nak beli dryer pula, sebab lately sini musim tengkujuh, cuci baju dirumah then bawa
    ke laundry tuk masuk dryer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau musim tengkujuh, mmg tak larat nak beratur kat laundry. Sidai kat rumah tak kering2...

      Delete
  3. Banyak barang baru ni. Alhamdulillah. Semoga semakin murah rezeki Mama Yan sekeluarga :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah demi keperluan berbaloi keluarkan pelaburan tu :)

    ReplyDelete
  5. Wahhh dryer baru. Bestnya. Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki berpanjangan.

    ReplyDelete
  6. Mula2 nk cita psl pasang kipas... kita dok tengok nape ada hiasan daun2 kan kipas tu camne nk on nanti, beria mikir... pastu br pasan nak tutup org ygmasang x pakai baju hahahahah...
    Tupperware tu mmg best, dana kt umah pun pakai tuperware je nl hidang ke Pa.. sampai xde ruang nk simpan.
    Musim ujan sesuai ada dryer tu

    ReplyDelete
  7. hehehhe....bestnya minta apa semua dapat....

    ReplyDelete
  8. Dryer tu memang kira keperluan jugak untuk family besar. Taklah putus pakaian bila musim hujan..hehe

    ReplyDelete
  9. Adoi.. i is very jealous dengan dryer tu.. hahaha..
    lama dah mengidam tapi tak tahu nak letak kat mana, makany mampu memuja dari jauh je..

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)