Hijab Sang Pencinta

 Tajuk :Hijab Sang Pencinta

Penulis : Ramlee Awang Mursheed

Penerbit : Alaf 21

Cetakan 1 : 2008

Jumlah mukasurat ; 510

Malay Fiction Epik thriller


Kehadiran novel Hijab Sang Pencipta merupakan lengkapan trilogi kepada Novel Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Makin tak sabar nak baca novel yang ni kalau dah khatam 2 novel sebelumnya. 



Mama Yan beli ni di carousell aje. Kombo sekali dengan Bagaikan Puteri. 

Pengembaraan siri Laksamana Sunan kali ni lebih menarik lagi sebab Laksamana Sunan sendiri yang terlontar ke zaman moden. Bertemu dengan Haryani dan Dani. Haryani pula ditangkap sekali lagi untuk dijadikan korban warisan Manggala dan Saifudin datang menjadi penyelamat.

Ketika majlis akad nikah antara Saifudin dan Haryani berlangsung, Saifudin terbunuh ditembak pengikut ajaran sesat yang telah ditumpaskan oleh Saifudin. Kesian Haryani... kempunan nak bersuamikan Laksamana Sunan.

Tapi memang agak menyampah la juga dengan watak Haryani ni... elok la tak jadi dengan Saifudin. Gedik nau...hahaha...

6 Comments

  1. Hehe menyampah dengan heroin ya.

    ReplyDelete
  2. Bestnya dpt baca novel Melayu.
    Akak dah kat negara omputeh ni memang tak jumpa dah..

    ReplyDelete
  3. Buku yang ada sequel ni memang best membaca kalau ada koleksinya.

    ReplyDelete
  4. belum baca lagi buku ni tapi betullah, tak suka dengan watak haryani tu..haha

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)