Daging Buang Angin

Sebenarnya jarang jarang masak daging kat rumah ni..
Mama ayah je yang makan daging..
Anak anak tak makan daging...
Malas masak makanan yang takde sambutan ni..

Lagi satu masalah daging ni...
Lambat sangat nak empuk.
Nak masak guna pressure cooker, sikit sangat pulak.
Kadang kadang Mama Yan rebus siap siap guna pressure cooker,
Dah empuk...
masuk dalam container ikut kuantiti sekali masak,
frozenkan kat freezer.
Bila nak pakai...ambil satu container...defrost kat microwave.
lepas tu...masak...
jimat gas..tpi tak jimat elektriklah.
tapi takpe la tak jimat elektrik sebab bil elektrik bayar guna jompay je..
Kalau gas habis, leceh nak tukar tong gas.
Nak nak time suami takde kat rumah, kena buat sendiri.
Boleh je buat sendiri,
tapi kalau suami ada dia tolong tukarkan tong gas.

Ni cara Mama Yan masak daging kicap. main agak agak je...
Lain tempat, lain cara masak.
Lain rumah, pun lain cara masak.
Selalu kalau masak kicap, lebihkan halia..
Kali ni nak try lebihkan bawang putih pulak.


Daging Masak Kicap Bawang Putih


Bahan bahan 

350 gram daging ( potong kecil)
1 labu bawang putih - kisar
1 labu bawang merah - kisar
2 inci halia. - kisar
2 inci lengkuas - kisar
2 sudu sos lada hitam
2 sudu kicap pekat
Serai
Daun limau purut
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Air

Cara memasak:

1. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan kisar
2. Masukkan serai dan daun limau purut dan kacau sehingga wangi.
3. Masukkan hirisan daging dan masukkan air supaya daging boleh empuk.
Kalau pakai pressure cooker tak yah letak air banyak
4. Masak sehingga daging empuk
5. Masukkan segala jenis bahan perisa seperti sos,kicap, garam dan gula ikut secukup rasa yang diinginkan.
6. Masak sehingga kuah daging menjadi pekat.
7. Ambil sepotong daging dan rasa dah empuk ke belum. Kalau belum tambah air lagi nak bagi empuk.







 


 

8 Comments

  1. Tengok bahan-bahannya tu, sedap sungguh hasilnya daging masak kicap ni tau!

    ReplyDelete
  2. ohh maksudnya lebihkan halia untuk buang angin ye kak. sedap tu daging masak kicap. lama tak makan daging sebab bukan penggemar daging. makan masa raya atau kenduri je :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya, good sharing sis. Mcm cheery jgk..bkn xreti nak tukar gas sendiri tapi lebih pada takut kahkahkah

    ReplyDelete
  4. Mengancam betul daging masak kicap mama yan..

    ReplyDelete
  5. Nak masak daging ni tu la yang lecehnya..nak tunggu daging empuk tu. Paling senang pilih daging merah je la kalau beli daging. Lepas tu nak masak hiris daging nipis2 . tak pun ketuk2 daging dengan lesung baru sebelum hiris. Lembut la daging tu tak payah tunggu lama

    ReplyDelete
  6. Biasa kami masak je banyak, pakai pressure cooker. Lagipun kami ramai dan semua suka daging.. sekali masak boleh 2 kali makan gituuu... hehe.. apa pun nampak daging masak kicap mama yan tu mengancam!

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)