Mylea Hypercurl Mascara

Saja lah beli kat anak saudara..
Tanda sokongan untuk mereka yang rajin berniaga untuk tambah pendapatan ni..
Dah lama beli..
tapi tu lah..
Asyik takde idea nak mengarang...
ni lah baru idea mari ...

pernah dengar tak jenama Mylea?
Mama Yan pun baru baru ni je dengar lepas anak saudara Mama Yan ni jual Mylea..
Gigih tau selidik cert dan pensijilan Mylea ni...
Takut dia kena tipu...
Mama Yan dah semak kat NPRA..
barulah lega hati nak membeli..
Ni link kelulusan KKM
Bila produk dah ada NOT, memang takdelah ragu ragu lagi nak beli..

Musim musim kita kena pakai Face mask nak ke mana mana ni...
Mama Yan memang jarang dah pakai lipstick kalau keluar.
Satunya.. bukan ada orang nampak pun, baik pakai lip balm aje.
Yang keduanya, nanti face mask MY comot.
kalau kena lipstik payah lak tu nak cuci.

jadi nak bagi penampilan lebih lengkap dengan face mask,
Mama Yan paka maskara aje sekarang kalau keluar.
Kalau rajin, pakai celak kening dan eye liner.

mata MY sensitif sikit dengan mekap mata ni..
kalau tak sesuai, mata akan berair.
Alhamdulillah Mylea ni melepasi ujian mata MY...hahaha..
Okay...tak memedihkan mata...dan mata MY tak berair sepanjang pakai maskara Mylea ni..
Berusnya tu pulak...
Halus kemain.
Senang MY yang kurung bulu mata ni nak pakai. 
Sampai ke hujung dan bahagian bawah mata pun senang nak apply.




Zaman sekarang maskara memang senang nak cuci ek..
Tak macam zaman MY baru kenal maskara dulu...
sampai nak tanggal bulu mata menenyeh...
Zaman sekarang...
basahkan...dan tarik tarik je..
Kalau nak senang,
pakai make up remover la...
Sekali wipe je...
balik kampung terus segala sisa sisa make up yang tak diperlukan...

Maskara ni didatangkan dalam kotak comel macam kat atas ni. 

Nampak tak, berus dia halus je..

dari kerana mata..yang mempunyai kuasaaa...



Yang berminat nak dapatkan produk Mylea ni..
Boleh la add friend dengan anak saudara Mama Yan ni...

 

14 Comments

  1. jarang pakai mascara..malas. he he..

    ReplyDelete
  2. love pakai maskara..baru la nampak hidup sikit maat ni :-)

    ReplyDelete
  3. aku tak rajin pakai maskara ni, tapi kalau jenis yang senang cuci memang oklah nak pakai

    ReplyDelete
  4. Biasa nya pakai maskara waktu period je sebab tak payah nak sibuk cuci untuk wuduk.. hehehehe

    ReplyDelete
  5. dana ni lama sangat dah tak pakai maskara, dulu masa muda rajin la jugak tapi bila pakai cermin mata dia akan tercomot dan cermin tu... jadi malas nk pakai maskara

    ReplyDelete
  6. nieyl mmg xde mascara sbbnya tak selalu pakai..klu beli selalu jarang pakai, expired buang sayang kan..

    ReplyDelete
  7. sama macam darling pya..biasa pakai masa period..haha..kalo bermekap beria tu, faham la orang bahawa seketul sunah tengah period..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah...sebab leceh kan nak cuci make up bahagian mata...

      Delete
  8. Saya perlu merekomendasikan maskara ini ke saudara perempuan saya.

    ReplyDelete
  9. Tengok packaging dia nampak cantik warna biru dengan pink tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik..tu yg sayang nak buang kotak dia.. penyakit betul

      Delete
  10. Tak pernah dengar jenama Mylea ni. Halus je berus dia. Lentik terus bulu mata kak yan tu

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)