Drama Korea - The K2

Mama Yan jarang jarang sangat tengok drama bersiri ni..
sebab sejenis yang kurang sabar menunggu.
bila dah tersangkut tu,
tak sabar nak habiskan. 

Ni semua suami MY yang punya pasal.
dia memang layan cerita Korea...movie ke...drama ke...layann...
MY masukkan Netflix pun sebab kawan kawan cakap kat Netflix banyak cerita Korea..

Okay..
Ini drama Korea yang kedua MY layan...
Cerita pertama 2 tahun lepas kot MY tengok, tajuk Coffee Prince.

Tajuk : The K2

Terbitan : Studio Dragon
Penulis : Jang Hyuk-rin
Pengarah : Kwak Jung-hwan
Pelakon : Ji Chang Wook, Im Yoon-ah, Song Yoon-ah, Jo Sung-ha
Bahasa : Korea selatan
Jumlah Episod : 16
Tarikh disiarkan: September 2016
Genre : Aksi, Drama, Politik
Kesemua detail ni mestilah dikopipes dari wikipedia kan...


Ni la empat orang watak utama dalam drama ni.
Nama watak dari kiri: Go Anna, Kim Je-ha, Jang Se-joon dan Choi Yoo Jin

Kisahnya, Kim Je Ha, seorang askar Korea yang berperang kat Iraq telah difitnah membunuh seorang jurualih bahasa yang bernama Raniya yang juga girlfriend dia sendiri. Sejak itu dia dia dibuang dari tentera dan menjadi pelarian kerana dikehendaki polis antarabangsa. Lepas tu, dia ternampak calon presiden Korea, Jang Se Joon tu tengah berskandal masa dia tengah pasang banner kat bangunan. 
So, team calon presiden ni nak bunuh dia bagi menghapuskan saksi... tapi tak berjaya sebab hero ni hero sangat..hahaha


Kim Je Ha ni pecah masuk rumah presiden dan tawan isterinya, Choi Yoo Jin. Dia minta Choi Yoo Jin ni jangan ganggu dia dan kehidupan dia. Masa diorang dalam kereta, tiba tiba kereta hilang kawalan.
Rupanya ada orang hijack kereta. Berlakulah adegan kejar mengejar. Masa kereta tu terbalik dan nak meletop, Kim Je ha ni sedaya upaya selamatkan Choi Yoo Jin dari letupan kereta tu walaupun pada asalnya Choi Yoo Jin nak bunuh dia
 



lepas tu, Kim Je ha ditawarkan masuk bekerja di syarikat Sekuriti milik Choi Yoo Jin. Selain jadi body guard Choi Yoo Jin, Kim je ha ni juga jaga CCTV rumah rahsia yang menempatkan anak luar nikah suami Choi Yoo Jin tu. Dia kurung Anna tu dalam sebuah rumah untuk pastikan orang tak tahu yang calon presiden ada anak luar nikah. Tapi lepas tu, Kim Je Ha ni jatuh cinta lak dengan Anna. Biasalah... takde part cinta cinta tak bestlah kan.


Mama Yan suka sangat cerita ni...
Antara part yang best..
pertama, part kereta kena hijack tu.
Kedua, part K2 datang dan payungkan Madam Choi dari air sprinkler.
Nampak gandingan Hero tu lebih serasi dengan mak tiri girlfriend dia..hahaha

Watak yang paling menyampahkan adalah bapak Anna tu...
Adehaii..lemahnya jadi bapak, dan suami.
Ada hati nak jadi presiden. Dasar orang politaik betul.

Lepas ni malas dah nak tengok Ceria Korea...
Tapi nampaknya tertewas..
Sebab tengok lagi....
hahaha..
Virus apakah ini???

Ji Chang wook sebagai K2





12 Comments

  1. Okay, nak mintak suami masuk Netflix jugak :)

    ReplyDelete
  2. Sha suka drama ini sebab hero dia.. hehehe..
    Part gandingan Hero tu lebih serasi dengan mak tiri girlfriend dia tu memang setuju..

    ReplyDelete
  3. samalah kita jarang tengok drama sebab malas nak tunggu habis. tapi kaalu drama best layan sampai habis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg selalunya malas nak layan. Tapi sekali layan, takleh berhenti

      Delete
  4. haha..layan sekali sekala apa salahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya takleh berhenti mengadap. dia jadik kemaruk..hahaha

      Delete
  5. masuk Netflix sebab nak tengok Indonesia sebab ada english subs haha. Drama ni best, one of fav lakonan JCW. Yoona pun pandai berlakon, chemistry cantik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Panna kann...Sukanya Yoona dalam ni..dah la cantik...menjadi betul karektor mak tiri jahat dia tu

      Delete
  6. pernah download drama ni tapi taktengok ngeh ngeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak tengok? tengoklah...best gile..haha

      Delete

terima kasih, sila komen lagi :-)