Periksa Gigi Aje..

pagi semalam MY pergi cek gigi kat Klinik Amim Taman U,
Sebab geraham bongsu MY ni dah berlubang,
so kena XRay la untuk tengok kedudukan sekalian makhluk dalam mulut ni..
Gigi geraham hujung tu dah effect kat gigi geraham sebelahnya,
so nak kena buang la gigi geraham tu melalui pembedahan..
Nak tak nak...
terpaksa la buang juga...
sebelum berlakunya infection lagi...

This coming Sunday la datang lagi untuk buang gigi hujung tu.
Anggaran untuk buang sebatang gigi melalui pembedahan adalah RM800 hingga RM1500..
Aiyakk..
boleh tahan mahal rupanya...
takpelah mahal sikit....
 kekonon jihad ekonomilah ni..
biarlah orang orang yang betul memerlukan subsidi kerajaan je yang cabut kat klinik kerajaan.
Yang mampu bayar kat swasta,
kita cabut kat swasta...

Kalau dah selesai nanti,
MY cerita lagi berapa kosnya...
Ni sebenarnya masih mengumpul keberanian nak operate buang gigi ni...



lepas siap XRay gigi...
doktor kata dah takde apa lah..
dah boleh balik dah.

Disebabkan klinik gigi ni sebelah Restoran SDS...
Terpaksalah MY makan dulu sementara tunggu suami datang jemput.
Jom kita layan menu sarapan pagi yang ada kat SDS ni..





dalam banyak banyak menu kat atas ni..
MY pilih ice lemon tea dan nasi lemak.
Nasi lemak ni yang buat feel lebih dia sambal sebenarnya...
Kalau sambal macam kat SDS ni...
Memang nasi lemak tu jadi kureng sikit lah...
Tapi Okaylah...
janji kenyang kan...

Doktor pesan,
nanti nak datang buang gigi hari Ahad nanti,
datang dalam pukul 12 macam tu...
lepas tu,
makan dulu sebelum datang.
yelah...
dah sakit kena cabut gigi kang tak makan pula,
aje kebuluran lak kang.




Orang introvert macam MY ni, memang takde masalah nak makan sorang-sorang,
Tak rasa apa apa pun...
Makan ajelah...
kalau suami MY, memang taklah dia nak makan sorang kat kedai,
sanggup dia take away, 
lagi dasat...sanggup drive thru...
pastu makan dalam kereta...
Hehe...
manusia ni diciptakan berbeza beza perangai, citarasa dan keupayaan kan?



 

9 Comments

  1. Takout pulak baca nk operate gigi.. iena dari kecik takut jumpa dentis :D
    sampai sekarang takotnye hehe

    ReplyDelete
  2. betul, before cabut tu, makan dulu apa yg tekak teringin

    ReplyDelete
  3. kalau tak operate sakit ooo gigi bongsu tu sebab dah rupa gitu....
    sedap menu sarapan MY... ingat MY beli set western heheheh...

    kalau dana pun boleh je makan sorang, almaklum biasa dah duk opis pun sorang-sorang

    ReplyDelete
  4. Hihi kan, orang introvert je yang berani solo hehe.. selamat cabut gigi MY ��

    ReplyDelete
  5. Seram nak buang gigi tu. Dulu saya buat klinik kerajaan je. kena xray kena operate kena jahit.ingat balik memang tak sangka seberani itu.huhu

    ReplyDelete
  6. ehehe saya dok peram entry pi jumpa dentist tah brapa lama da x siap2kan pun lagi hehe.. mmg seram wisdom tooth ni.. hari tu sakit dekat 2 minggu. tp da legaaa tak pegi2 pun jumpa doc balik hahaha.. takut ~

    ReplyDelete
  7. Baik doktornya..selalu berpesan ^_^
    take care kak yan!

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)