Daily diary

Semalam Mama Yan pergi Jusco Bukit Indah untuk beli selipar anak2... nak bawa anak anak payah sikit sekarang... sebab Covid ada di merata rata.  

Sampai kat Jusco, terus ajak suami makan dulu... hehehehe... biasalah... makan adalah acara wajib kalau keluar dengan suami. Mama Yan ajak masuk Nandos.
MY sorang je makan, suami cuma minum mocha je.
Dah la dua dua tak pernah masuk, tak tahu nak order apa. Main tunjuk2 gambar je...

Ni namanya meal 1. Harga RM29.90. Tak masuk air eh..

Bukan blogger makanan.




Lepas makan barulah pergi cari selipar anak anak. Cari kat kedai Bata, tapi tak sesuai. Lepas tu pergi kedai apa entah namanya. Cari yang murah murah je. 

Masa cari selipar anak anak nampak la selipar jenama GA Blue. 
Dulu2 masa MY lower form, inilah jenama seluar jeans kegilaan kami dulu². Wujud lagi rupanya...


Lepas dah dapat selipar, terus balik. Hmmm... kitorang laki bini memang tak suka berjalan. Dapat je barang yang nak dibeli, terus balik. Lagi pulak dengan kes Covid yang dah meningkat semula ni. Lagilah takde mood nak berjalan jalan. Leceh nak masuk kedai, nak scan scan. Nak pegang pegang barang pun rasa paranoid kan..


9 Comments

  1. kan.. jadilah dapat jalan kejap pun huhu

    ReplyDelete
  2. sama lah jarang makan dekat nandos, kalau makan pun main tunjuk yang itu yang ini je hehehe sos peri peri dia sedap!

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak ke nandos... paling suka layan dia punya salad dan vegetable grill nya... suka layan ayam dengan sos paling pds dia tu

    ReplyDelete
  4. kak yan macam saya..jenis da dapat barang penting yang nak dibeli, haa balik..jarang2 sangat la kalo berjalan tanpa hala tuju sekadar cuci mata..huhu

    ReplyDelete
  5. sedapnya makan kat nando, dah lama tak masuk sini.. ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  6. Pernah beberapa kali masuk Nandos tapi di KLIA. Paling suka jagung dia.

    ReplyDelete
  7. betul kak. sekarang ni kalau nak beli barang tu, pergi kedai tu je. lepas tu balik. Tak bebas shopping macam dulu. Nak keluar pun bila ada urusan je lah.

    ReplyDelete
  8. Betul la..sekarang ni kalau beli barang , terus balik. Tak de dah nak window shoping bagai..

    ReplyDelete
  9. Kalau dulu memang Cik TK suka merayap sini sana. Tapi sejak covid ni, kalau keluar beli barang, siap, balik.

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)