Mencari Cinta Sufi

 Alhamdulillah...berjaya memiliki hampir keseluruhan siri Laksamana Sunan. Tertinggal satu je lagi... Cinta Sufi. Suami asyik tanya sinopsis je, dia teringin nak baca, tapi dia sejenis yang sangat lambat membaca. Sampai bini dia ni ejek, membaca ke mengeja? Dia kata mesti best, sebab dia pernah baca novel Cinta Sang Ratu masa Mama Yan beli 12 tahun yang lalu. Masa tu dia tak busy macam sekarang. 

Mama Yan pun baru je kembali membaca novel bercetak ni. Sebelum ni memang tak sempat membaca novel. Tapi sejak PKP hari tu, Mama Yan beli banyak novel terpakai kat carousell. Terus la keinginan menambah koleksi tu datang kembali. Selalu beli kat Google e book je. Sambil tengok tengok handphone tu boleh baca novel.


Siri Laksamana Sunan:

1. Bagaikan Puteri : - Beli buku terpakai di Carousell 

2. Cinta Sang Ratu : -Beli tahun 2007, tapi berjaya baca di tahun 2020

3. Hijab Sang Pencinta : - Beli di Carousell sekali dengan Bagaikan Puteri

4. Cinta Sufi :- Masih dalam buruan

5. Sutera Bidadari :- Beli kat MPH Aeon Taman Universiti, sebelum diorang tutup kedai.

6. Sunan Musafir :- beli kat Angsana November 2020

7. Sunan Nangroe Sang Kembara : - beli kat Angsana November 2020

8. Sunan Cinta Nan Sakti:- Beli kat Angsana November 2020 sekali dengan Sunan Musafir, Nangroe sang kembara

Nombor 6, 7 & 8 tu suami belanja ajak pergi cari di Badan cemerlang Angsana JB Mall. Alhamdulillah dapat suami yang faham minat isteri. Ni dia ajak gi cari buku Cinta Sufi tu, tapi kalau dah masuk kedai buku, memang bukan satu la... dan bukan sekejap duduk dalam tu. Rasa macam kena pukau. Kalau boleh, semua buku nak usik, nak belek, nak baca belakang buku tu, nak pegang, tengok nama pengarang semua..hihihi

Ada orang nak jual ni. Tapi dia tak reply pun. Tqk jadi jual agaknya



7 Comments

  1. Membaca jambatan ilmu, daya imagainasi juga tinggi. Tahniah kerana suka membaca.

    ReplyDelete
  2. best kan bila dapat collect semua collection :D

    ReplyDelete
  3. best kisah laksamana sunan ni, saya baru baca buku pertama. belum ada koleksi lagi, dapat baca ebook je..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  4. Menariknya kak yan..bila ada mood membaca..saya xde lg ni..bila nk on xtaulah..nasib novel yg nk dibaca tu satu je ^_^

    ReplyDelete
  5. saya punya kat kampung kedah rasanya cinta sufi ni..tapi maaf tak dijual...:p

    ReplyDelete
  6. sama sama minat baca novel ye. Best banyak koleksi favourite.

    ReplyDelete
  7. Karya Ramlee Awang Murshid ni memang best kannn..

    ReplyDelete

terima kasih, sila komen lagi :-)