Akan datang :Tarantula X - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, April 19, 2021

Akan datang :Tarantula X

Baca kat facebook Tuan Mohd Noor Kadir, Kuasatek Pictures tengah buat sebuah filem untuk tayangan di Astro First nanti. Hmm... dah lama rasanya Kuasatek tak muncul dengan produk baru. Kali terakhir MY menonton telemovie terbitan Kuasatek tahun 2017 rasanya. Lakonan Vanida Imran dan Eman Manan bertajuk Kismet.

MY excited sebab memang minat sangat dengan hasil karya Kuasatek Pictures ni. Sebelum ni, sekitar awal tahun 2000 ada drama Tarantula 1 dan 2 terbitan Kuasatek Pictures juga. Pelakon masa tu Kuza, Azhar Sulaiman, Umie Aida, Elie Suriaty, Allayarham Hani Mohsein dan tak ingat dah siapa lagi. Tapi drama tu memang boom la. Cuma tak la viral macam zaman sekarang ni sebab perkataan viral tu pun belum viral lagi.

Kemunculan Tarantula X kali ni masih mengetengahkan pelakon pelakon handalan. Kat bawah ni gambar gambar pelakon dan captionnya pun MY copy paste dari facebook MNK. Ampun tuan... jangan saman saya...dah la skodeng FB... copy paste pulak buat content blog. 

Tarantula X

Antara barisan pelakon yg akan membintangi Supertele Premium bertajuk"TARANTULA X"(suspense thriller),terbitan Kuasatek Pictures yg bergambar semasa sesi kupasan skrip yg dinaskahkan oleh MNK.Penggambaran akan bermula pd 29/3-15/4/2021,bakal menemui penonton di ASTRO FIRST nanti. 

 DUDUK(KIRI KE KANAN). 1)Vanida Imran. 2)Jamil Hashim(wakil Astro First). 3)MNK(penerbit). 4)Rashid Salleh.

 BERDIRI(KIRI KE KANAN). 1)Namron. 2)Jasper Suppiah. 3)Mona Allen. 4)Adlin Aman Ramlie. 5)Eman Manan. 6)Aliff MNK(Line Producer). 7)Radzi Rajuddin(Pengarah). 8)Marisa Yasmin. 9)Honeya(Pengurus Produksi). 

 TIDAK DPT HADIR(PELAKON UNDANGAN). 1)Dtk.Yusof Haslam. 2)Adeline Tsen. TARANTULA X juga akan turut dibarisi 30-40 pelakon tambahan.

Tarantula X
Bukan mudah Datuk Yusuf Haslam nak berlakon dalam drama atau filem. 

Jalan ceritanya tak tahu macam mana...yang pasti psiko thriller macam Tarantula yang lama tu. Aish..tak sabar tunggu cerita ni keluar. Mama Yan memang minat drama drama terbitan Kuasatek Pictures. Pada MY skrip, dialog, flow cerita, pelakon, semua lain daripada yang lain. Paling minat mestilah drama Romeo & Juliet. Tengok 10 kali pun masih tak jemu jemu lagi.

Eman Manan
Bakat tak boleh dijual beli di IG

Mohd Noor Kadir
Mohd Noor Kadir ; semoga dapat menghasilkan lebih banyak drama yang berkualiti...





7 comments:

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad