Anak Berkebun - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, January 8, 2023

Anak Berkebun

Kelmarin Mama Yan melayan anak anak nak berkebun,
Nak tanam pokok itulah.., inilah...
Sebabnya..
Hari Khamis balik sekolah agama tu bawak mereka pergi kedai 2CO.. 
Diorang nak beli mainan,
Tapi MY tak bagi.
Boleh beli alat tulis dan makanan sahaja.
Tu yang merepek nak beli benih la, pasu la, apa la..
Maka belikan saja la..

3 polibeg ni, 
MY tanam rock melon,
Jumpa benih yang suami MY beli 2 tahun lepas,
Dah expired pun, Tak tau la boleh hidup ke tidak.
Tengok ajelah nanti

Pasu pink dengan purple tu mestilah Cik Sarah yang punya.
Tanam pokok bunga.
Pasu dua kecik atas tu,
MY ceraikan pokok keladi ekor pari yang beranak pinak dalam pasu.


Polibeg yang 5 ni,
ada benih jagung si Aril.
Kalau semua benih tumbuh elok gemuk gemuk,
Nanti MY pindahkan ke polibeg lain.
Malas nak nyangkul buat batas.

Yang dalam pasu kecik kecik ni pulak,
Semai benih cili Ucid.
Nanti kalau dah cambah besar baru kita pindahkan.
Pokok dalam 4 pasu tu,
Projek akuaponik abang.
Dah siap,
ikannya dia letak atas meja.
Pokonya dia tinggalkan kat luar aje.


Dah siap siap tanam dan siram benih pokok masing masing,
semua cabut lari masuk rumah,
Tinggal mamanya sorang sorang kena kemas,
Abaikanlah lantai yang penuh lumut tu.
Dah lama tak sembur guna water jet.


 

4 comments:

  1. Bagus aktiviti anak2, agaknya penat sangat la tu semua tinggalkan mama berkemas sorang, takpe, nanti lain kali, datang minat nak berkemas pulak, jangan jadik macam acik, lalang yg tumbuh dalam pasu, hihi.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya deme minat bercucuk tanam.. ;)

    ReplyDelete
  3. Bagusnya aktiviti gini Yan. Moga tumbuh subur.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah a day we'll spent. Sukalah anak2 nanti bila nampak pokok2 dah tumbuh...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad