I will follow youuu....

Thursday, July 2, 2020

Kad Pengenalan Abang dah Siap

Alhamdulillah...
dah siap kad pengenalan si Abang ni..
Setengah jam je waktu prosesnya...
temujanji kami pukul 10.40 pagi...
Pukul 12 tengahari dah selesai dan dah beredar dari UTC...
Mudah betul zaman moden ni..

Zaman Mama Yan buat IC masa darjah 6 dulu...
Kena buat gambar hitam putih dulu kat kedai...
Gambar 3 hari baru siap..
lepas dah siap gambar...
Baru pergi ke JPN...
3 bulan kemudian baru siap IC nya...

Buat kenangan lah gambar kat Galleria Kotaraya ni...hihihi...




Oh ya...
untuk buat IC baru umur 12 tahun ni..
Untuk musim PKP ni jangan lupa buat temujanji dulu...
Lepas dah buat temujanji,
Jangan datang lewat pulak..
patuhilah temujanji..

Jangan lupa bawa :
  • Surat beranak asal kanak-kanak
  • Salinan surat beranak kanak-kanak
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
  • Salinan bil utiliti semasa jika alamat berbeza dari kedua dua kad pengenalan ibu bapa.
  • Pen hitam untuk isi borang
Macam MY semalam, 
suami kena pergi kaunter TNB kejap..
print bil TNB untuk pengesahan alamat rumah baru..
Alamat kat IC mama dan ayah dia, surat beranak dia semua alamat rumah lama...

Mama Yan ikut juga pergi UTC,
tapi tak masuk JPN..
Pergi tabung haji kejap.
nak kemaskini buku akaun tabung haji kononnya..
Rupanya,
Kemaskini dah tak pakai buku..
Bagi IC je...
Makcik ketinggalan zaman rupanya...hihihi

Sekian wassalam..






12 comments:

ejulz said...

dah bujang ni. hehe



Puan Hazel said...

Wah, ada ic dia :) anak kita hujung tahun, lambat lagilah nak buat ic :P

Sunah Sakura said...

sekarang ni banyak urusan dah mudah bila penggunaan buku2 akaun dihapuskan kan...

Warisan Petani said...

Alhamdulillah
bertambah mudah urusannya sekarang

Cik Bunga said...

yeyy dah ada ic.

Tiara Sapphire said...

sekarang semuanya mudah dan cepat. tabung haji memang dah tak pakai buku, dah boleh check baki online. ♕Tiara Sapphire♕

norhidana said...

sekarang dah semakin mudah urusannya ya tak macam jaman kita dulu

Nurzarini Ismail said...

Saya ada buat ic baru beberapa bulan lepas tapi menunggu lebih sejam jugak sebab tak dapat nak trace cap jari. Tapi nak compare dengan dulu, 3 bulan baru dapat ic memang jauh beza. Sekarang semua dah makin cepat dan mudah kan :D

Shida Radzuan said...

lega dah satu bab :)

mummy_ayu said...

ujung tahun ni kena gi buat IC Iris plak. heboh nak buat ic since Abang Ian dia dpt 2 tahun lepas.

Diana Rashid said...

tukar ic pun kejap.. kami satu keluarga pi tukar ic tahun lepas. sebab nak tukar alamat. kejap je dah siap. Dah la pi hari jumaat . jam 11 baru sampai . sebelum jam 12 semua dah siap IC dan Mykid

Sha Mohamed said...

Wah.. ic kaler biru dah..

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular