Korean Drama - Healer - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, December 15, 2020

Korean Drama - Healer

Lepas daripada habis menonton drama The K2,
sambung pula dengan drama Healer.
Aisehhh...
Terjebak lagi..
Bila dah termula..
payah nak berhenti.

Tajuk Drama : Healer
Penulis : Song Ji-na
Pengarah : Lee Jung-sab, Kim Jin-woo
Pelakon : Ji Chang-wook, Park Min-young, Yoo Ji-tae
Bahasa : Korea
Jumlah Episod : 20
Tarikh Tayangan : 8 Disember 2014


Ji Chang-wook sebagai Healer / Park Bong-su/Seo Hung-hu
Park Min-young sebagai Oh Ji-an / Chae Young-shin
Yoo Ji-Tae sebagai Kim Mun-ho

Dioarang bertiga ni watak utama dalam dalam cerita ni.
Ceritanya bermula pada tahun 1980an kisah 5 orang sahabat yang buat siaran radio haram anti kerajaan.
Diorang bersiaran dari atas lori barang terpakai milik Kim Mun sik iaitu abang kepada Kim Mun-ho.
Pada tahun 1992, terjadi suatu tragedi di mana mengorbankan bapa kandung Oh ji-an, tetapi bapa kepada Healer dituduh membunuh rakannya sendiri. Ibu kandung Oh Ji-an pula kemalangan dan lumpuh.

Seo Hung-hu atau Healer membuat kerja kerja 'night courier' dan telah diupah oleh seorang wartawan popular bernama Kim Mun-ho untuk mendapatkan sesuatu dari Young Shin untuk membolehkan ujian DNA dijalankan. tujuannya adalah untuk mencari Oh Ji-an yang hilang semasa kecil.

Selepas ujian DNA mengesahkan Young shin adalah Oh Jian semasa kecil, Kim Mun Ho mengupah Healer untuk menjaga keselamatan Young Shin. Healer menyamar sebagai wartawan pelatih di tempat kerja Young Shin. Akhirnya Healer jatuh cinta kepada Young Shin.
Tapi, Healer tak boleh dedahkan diri dia yang sebenar kepada Young Shin.

Itu part cinta cinta nya lah... Konflik dalam cerita ni, ada orang jahat yang digelar 'boss' yang mengarahkan pembunuhan demi pembunuhan dan pelbagai plot fitnah demi kekayaan dan kuasa. 

Tapi kesudahan cerita ni macam simple sangat la pulak... Tak padan dengan segala jenis konflik yang kaw kaw... tembak sana sini...kejar mengejar... bergaduh gedebuk gedebak..
last sekali orang jahat kena tangkap polis. Adehhh...
Tak cukup karma tu..hahaha...

Secara keseluruhannya...
MY lagi suka drama The K2.
tapi rasanya lepas ni dah malas nak layan drama bersiri dari korea ni. 
hahaha..
buang masa oiii...



 

7 comments:

  1. mcm malas layan drama sebab banyak episod tapi takpe boleh cepatkan... hehehhe
    K2 ni tak pernah layan nanti nak cuba lah...

    My nanti try drama vagabond, best jugak atau drama live

    ReplyDelete
  2. Eza pun dah tengok cerita healer ni kat neflix. Cerita K2. Memang suka genre macam ni. Tapi tu la, dah start tengok tu memanjang tengok cerita ni.. Kerja lain tak terbuat. Haha. Lalai layan drama korea. Overall cerita ni best. Eza layann.

    ReplyDelete
  3. Wah sambung menyambung akak layan drama korea. Selamat menonton Kak Yan :)

    ReplyDelete
  4. best drama ni, pelakon dia pun best. my favourite :)

    ReplyDelete
  5. my feveret hero.. dalam cerita inilah.. hehehe.. cerita baru dia tak tengok lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad