My skincare - Mary Kay Timewise - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, April 15, 2021

My skincare - Mary Kay Timewise

Sebab takde idea nak tulis entry...
Tulis la pasal skin care yang MY gunakan..
Sekarang My guna produk Mary Kay untuk penjagaan kulit muka..
kecuali pencuci muka, lepas pencuci muka Mary Kay habis hujung tahun 2020,
Mama Yan guna yang drug strore punya produk.

Ni produk yang MY gunakan untuk hari siang setiap hari.
Lepas solat Subuh,
Mama Yan akan gunakan :
1. Timewise Moisture Renewing Softener.
Letak sikit atas kapas muka...
Sapu kat muka dengan lembut.
Dia macam toner la..
Tapi kat MK tak panggil toner.

2. Timewise Replenish Serum +C
Yang ni picit sikit,
then dap dap atas muka.
serum yang ni memang fokus untuk anti penuaan.
Bukan takut tua, tapi kalau boleh taknak la nampak lebih tua dari usia sebenar.

3. Timewise Age Minimize 3D Day Cream 30 Broad Spectrum Sunscreen
Yang ni day cream sebagai pelembab muka.
Mama Yan jenis kulit kombinasi..
kat pipi agak kering,
tapi kat T-zone berminyak teruk.
jadi memang kena pakai pelembab setiap hari.
Kalau tak..yang kering bertambah kering..
Yang berminyak, boleh kikis buat goreng telur.

4. Honey Glow Finisher SPF 35
Yang last sekali ni sebagai ganti CC cream la..
dulu pakai CC Cream,
sekarang dah tak pakai foundation atau CC cream tiap hari..
Ni semua sebab kena pakai Face mask bila keluar...
Jadi MY pakai Honey Glow Finisher je setiap hari sebagai krim muka..
Ada SPF sebagai sun screen...
dan juga memberi liputan nipis kat kulit muka..
Muka nampak macam macam bersih je bila pakai...


Ni pula skin care yang MY pakai bila nak pergi site atau pergi kebun.
Tambah yang botol gemuk pendek tudung kuning tu.
Yang lain semua sama..
Tapi before pakai honey glow,
Mama Yan sapu dulu Mary Kay Sheer UV Defense Milk SPF 50/PA+++ ni
Memang best sebab sesuai dengan Mama Yan.

Memang wajib pakai Mary Kay Sheer UV Defense Milk ni kalau nak pergi site, pergi kebun atau pergi buat aktiviti luar rumah.
Kulit tak terbakar langsung... dan kalis air juga ok.
Sebab dah try bawa mandi laut...
Kulit memang kemerahan sikit,
Tapi tak la sampai terbakar atau menggelupas


Ok...
Last sekali untuk malam... MY pakai sebelum tidur.
No 1 dan no 2 sama je dengan rutin siang. 
No. 3 Mama Yan tambah pakai Mary Kay Firming Eye Cream.
Tak tahu la Mama Yan perasan atau syok sendiri ke tidak agaknya,
Tapi terasa seperti bengkak dan kedut bawah mata Mama Yan macam dah berkurangan...
Takpelah kalau syok sendiri pun...
Yang penting kita happy ye dak...

Last sekali...
Mama Yan sapu Mary Kay Timewise Night Cream sebagai pelembab waktu malam.
Kalau malam malam sebelum tidur tak pakai pelembab,
Bangun tidur pagi esok...
Memang kulit akan berminyak teruk,
Kalau malam pakai pelembab,
Esok bangun tidur,
Kulit rasa sihat dan segar..
Ada la rasa berminyak sikit kat dahi, hidung dan dagu...
Tapi kat pipi rasa lembab dan lembut...

Jadi... kena la rajin rajin pakai moisturizer sebelum tidur kalau nak dapat kulit sihat.
Tak pakai yang Mary Kay pun takpe,
Tak pakai yang mahal pun takpe,
Kat Watson dan Guardian ad jual banyak yang mampu beli...
Pilih je yang sesuai dengan kulit muka...
Baca je dekat tiub dia tu...
Biasa ada tulis...
Nak mencerah,
Nak menganjal,
Nak melembab
Untuk kulit kering, berminyak, berjerawat semua ada kat drugstore tu... 

Ok... lepas ni nak belek belek kotak barang Mary Kay kejap..
Yang tak serasi dengan kulit muka nak let go murah murah je rasanya...
 

7 comments:

  1. Tergelak akak baca part ‘takpe syok sendiri, yang penting kita happy’ :D
    Rasa bukan syok sendiri tu, memang betul la tu berkesan.

    ReplyDelete
  2. banyak2 sy rasa pelembap la yg paling susah nak suit dgn kulit. kena try lgi

    ReplyDelete
  3. Saya suka pakai f3 claymask. Cuma sekarang dah bertuka produk.huhu...

    ReplyDelete
  4. Dulu pernah pakai kejap tapi tak sesuai hehehe terus tukar lain.

    ReplyDelete
  5. Geng mary kay rupanya haha.. memang best pakai. Jimat berbulan2

    ReplyDelete
  6. kalau serasi best la kan.. takyah nak tukaq lain dah.. me buat masa skrg sesuai dgn safi jer

    ReplyDelete
  7. Best pakai ni ena suka cleanser dia mcm bau tembikai susu. Now dah upgrade lumivie.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad