Tips Penjagaan Wajah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, December 12, 2020

Tips Penjagaan Wajah

Masa Mama Yan baru habis belajar dulu...
memang tak rajin jaga kulit muka langsung..
dah kahwin kannn..
Takyah sangatlah nak jaga kecantikan..
dah ada laki...
dia kena la terima bini dia cantik ke...tidak ke...

tapi tu dulu laaa...
sekarang... baru la insaf...
Jaga kulit muka dan kesihatan bukan untuk orang lain,
Untuk diri sendiri..
kepuasan diri sendiri...
keyakinan diri sendiri...

Dah nak masuk era 40an barulah terhegeh hegeh nak colek colek,
nak tempek tempek muka dengan skin care..

Tak kisah nak produk apa pun..
asalkan produk tu diyakini kandungannya bebas dari bahan kimia berbahaya seperti merkuri dan hidroquinon

Pertama sekali, kalau kita jenis pakai make up, kenala buang dulu segala make up yang ada guna kan make up remover yang betul. 
jangan taram baby oil, wet tissue atau sabun basuh pulak.
kalau jenis tak pakai foundation, tak pakai maskara, eye liner semua tu, 
boleh la skip step nombor satu ni.


langkah kedua, cucilah muka dengan menggunakan pencuci muka yang bersesuaian.
pencuci muka kena ikut jenis kulit muka juga, 
dan jaga cuci lama lama sangat.
nanti kulit kering.

Lepas dah siap cuci muka, gunakanlah softner.
Kalau jenama lain, gunakan toner.
pastikan sapu arah ke atas ye.


Lepas dah tonyoh muka dengan softner atau toner,
sapu pula pelembab muka.
pelembab muka pun ada jenis jenis dia tau.
Untuk kulit kering atau kulit berminyak.
Kandungan dan jenis lembapan yang diperlukan berbeza ikut jenis kulit.
jangan ingat kulit berminyak tak perlukan lembapan,
minyak bukan sejenis lembapan tau...


Step yang ke 5 hilang dari radar pulak gambar rajah nya.
kat sini kita exfoliate kulit muka kita,
tapi exfoliate taklah buat hari hari..
seminggu 2 kali je kalau MY..\sebab tak rajin.
Boleh gunakan scrub atau guna masker.
Mama Yan suka guna masker Mary Kay..


Step yang ke-6,
gunakanlah eye cream di sekitar kawasan mata.
sejak guna eye cream ni...
memang perasan la kedut bawah mata MY macam dah berkurangan.
Tapi takde la gambar sebelum selepas sebab dulu dulu ambik gambar dah siap filter buang kedut tu...hahaha..
So, yang tengok MY secara live tiap2 hari jela yang perasan perubahan tu.
Bila kita sendiri rasa perubahannya,
kita akan rasa seronok sendiri dan jadi lebih rajin lagi



8 comments:

  1. Nice info. Tapi penjagaan kulit muka tu memang penting sangat kan :)

    ReplyDelete
  2. Sebab tu iklan penjagaan kulit wanita berlambak2 kat tv.

    ReplyDelete
  3. Bagus tips yang awak kongsikan ni. Eza pun memang guna produk MK dari last year. Cuma Eza campur-campur brand.

    ReplyDelete
  4. Ada beberapa yg shida xikut hahaaa..shida pn mcm kak yan ssh benar nk jaga muka ni, gitu2 jer..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kak yan berkongsi tips :)

    ReplyDelete
  6. Mama pun sama dulu x kisah langsung nak jaga muka skrg baru la nakjaga

    ReplyDelete
  7. Yes betul tu MY. Untuk MK ni suka betul softener dengan make up remover dia. Sekali calit je remover tu, berdesup tanggal. Dahlah tak pedih. I si lovvveeee

    ReplyDelete
  8. Pernah pakai MK F3 botanical dulu. Produk bagus dan kulit pun semakin sihat dan cantik.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad