Adik Mijan masuk ward

Semalam,
Dalam pukul 11 tu,
Cikgu sekolah Mijan call bagitau Mijan dah 3 kali cirit,
Minta ambil sebab dah takde baju dan pampers lagi.
Semua dah kotor...
So semalam lepas ambil dari sekolah, 
Muntah muntah dan masih cirit di rumah.
Sampai terbaring je..  
Tak larat bangun.
Buka mata pun tak larat.

Mula mula,
Bawa ke klinik private kat Pekan Nanas tu,
Tapi lepas satu injection,
Tak berkurangan pun muntahnya,
Macam mana nak bagi makan ubat
Lepas abang kakaknya balik sekolah agama,
Terus ke bahagian kecemasan Hospital Columbia Asia, Nusajaya.

Ini kali pertama sebenarnya kami pergi hospital swasta ni.
Sebelum ni,
Sakit pening semua ke hospital Sultanah Aminah JB,
Tapi, lepas Aril masuk wad 2 tahun lepas,
Dari pukul 6 petang sampai kecemasan, 
pukul 2 pagi baru dapat katil.
Menunggu dalam keadaan yang tak selesa langsung.
Panas, sesak, tandas kotor, wad sesak dan sempit.
Kita bukan kena kesian kat anak anak kita dan diri kita je,
Consider juga pada yang memang tak mampu bayar insuran.
Kalau kita pun sama sama menyemak,
Sebab tu la hospital penuh sesak.
Jadi suami setuju juga la nak ambil insuran untuk anak anak walaupun tak rela.

Dia lelaki..
Yang jaga anak masuk wad, jarang2 la kaum bapak.
Mesti mak mak yang kena temankan anak kan..
Yang tak selesa,
Yang sakit badan...
Bini juga...
Dia setuju ke...tak setuju ke...
MY ambik jugak insuran tu..

Sebenarnya,
Semalam MY puasa ganti.
Mana tahu akan jadi kelam kabut kann..
Bawa la air kotak bekal Sara dan dua ketul roti bun untuk berbuka.
Jadilah...
Selera pun tak berapa ada tengok anak lembik dah macam sayur busuk.

Ni masa kat bilik saringan kecemasan tu.
Datang je unit kecemasan tu,
Terus dibawa ke saringan,
Ambil berat badan, tekanan darah, suhu, spo2 
dan insert jarum jarum semua. 
Masa ni mak bapak kena la duduk luar kejap.
Kami dengar je suara anak meraung kat dalam tu,
Tapi dah faham sangat dah...
Dia memang nangis pesen jerit jerit...
Buat tak dengar aje lah.
Dah siap semua,
Dah start masuk air,
Baru doktor panggil mak bapak masuk teman anak.

Doktor scan perut Mijan sekali,
Takut apendiks sebab dia menjerit bila bahagian kanan perutnya ditekan tekan...
Lepas scan,
Doktor kata takde masalah bahagian apendiks dia..
Harap harap cuma keracunan makanan yang biasa biasa aje lah.

Alhamdulillah...
Dapat katil wad tepat jam 12 malam.
Mijan tidur lena je...
MY tidur tak berapa lena sebab sejuk sangat sangat.

Ni sarapan pagi tadi...
Roti sapu butter / jem dan air coklat
Dah admitnya tengah malam.... takde dalam senarai..
Tu yang dapat roti aje.
Itu pun dah pukul 9 baru hantar.
Malas nak bising...
Komplen ni memenatkan...

Makan tengahari lupa nak ambil gambar,
Sebab tengah caj telefon.

Pampers memang dah nak habis kat rumah,
Lepas tu suami kata nanti otw ke hospital kita singgah beli.
Jadi sempat grab 3 keping ajelah letak dalam beg sandang.
Pastu sampai hospital, 
Kami tak singgah mana mana pun beli pampers.
Sebelum Mijan masuk wad,
Suami pergi 7 eleven belikan pampers paket kecik untuk sementara.

Esoknya,
Pagi pagi subuh tu MY nak salinkan pampers Mijan,
Jenama apa ni,? Tak pernah nampak pun,
Gambar pun pelik...
Tadaaa.....
Pampers untuk orang dewasa dibelinya.
Diaper Drypants tu memang la peknya warna oren...
Main sambar aje la tu... janji warna oren dan saiz XL.

Nak tak nak...
Terpaksala pakaikan juga...
Sarung aje dengan seluar.
Bukannya boleh tinggal tinggal nak pergi membeli pun..
Mamanya pergi toilet aje pun menangis macam kena cubit...

Tahu lah gelabah sebab doktor kata ada kemungkinan apendiks,
Terus tak keruan ayahnya..
Nasib beli pampers dewasa..
Kalau beli Sanita ke Stayfree ke..
Lagi haghuu...
Hahaha...


 

12 Comments

  1. Semoga adik mijan cepat sembuh. Harap takde apa-apa yang serious lah

    ReplyDelete
  2. ok part pampers dewasa dibelinya terus dari mood sedih jadi nak tergelak plak... hehehe.. pape pun semoga adik mijan cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  3. Semoga adik Mijan cepat sembuh dan boleh discharge..
    Cirit cirit ni x boleh dibuat main. Kesian kan. Kita orang dewasa ni kalau cirit pun penat ulang alik ke tandas. Budak budak lagi la kesian lepas tu nak kena make sure badan sentiasa ada air dan tak hydrated..

    Tengok pampers tu terus tergelak.

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar, kesian mijan. Harap harap cepat okay.
    Kadang tu kalau dah kalut atau banyak fikir mesti tersilap beli. Takpe, janji masih boleh pakai. Kalau tersalah beli pad tu memang naya lah. hehe..

    ReplyDelete
  5. tak keruan jadinya ye MY, moga mijan diberi kesembuhan ya... kesian bila anak cirit birit dan muntah, lembik jadinya

    ReplyDelete
  6. Kesian Mijan. Moga cepat sembuh ye sayang.

    ReplyDelete
  7. Aduhlah MY ni, dalam anak sakit2 tu tetaplah kelako.

    ReplyDelete
  8. ala kesian, kita ni kalau anak2 x sihat..memang risau kan. adoila papa nya, boleh plak tersalah beli...lawak tau

    ReplyDelete
  9. Susah hati kan bila anak sakit. Harap semakin pulih

    ReplyDelete
  10. terkenang dedolu, kerap masuk spital time anak2 kecik, yan. aduhai. doktor kat spital pantai tu da kenal da muka aida ni.
    last aida menginap kat spital dgn izza darjah 1. bird dia bengkak. adoi, rimas! hi hi hi hi... lepas tu cuti sekolah 2019, terus sunat kan dia. selesai masalah yg doktor kata boleh berulang kalau tak sunat.

    alang-alang da ada insuran, kita guna, kan. baru berbaloi.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)