Lepak petang di Edry Cafe, Pekan Nanas

kelmarin,
Suami hantar seluar baru untuk alter sikit bahagian kakinya..
Kat rumah ada aje mesin jahit,
Tapi malas nak jahitkan seluar dia tu.
Sebabnya, takde benang yang match dengan warna seluar baru tu.
Stock benang yang sentiasa ada kat rumah ni, hitam, putih, biru seluar sekolah rendah, kuning.

Selang beberapa pintu dari kedai tailor tu,
ada cafe yang cute aje terselit kat deretan kedai kedai lama tu.
Nyonya kata siap setengah jam,
Jadi kami pergi la minum dulu kat Edry Cafe ni.

Kerusi meja dia kayu.. 
Cantik...

Gula gula tu nyonya kedai jahit yang bagi...

Menu air

Menu makanan

Ni air caramel apa entah..tak ingat dah... sebab suami yang punya. 

Air Coklat..
Ni minum kat sini 3,
Bungkus bawa balik 3,
Dah 6 dah...
RM 8 secawan kali x 6 cawan, dah RM48.
Baru minum minum petang...
Hehehe...
Belum campur air mama ayah dan kudap kudapan...
Kena lebih gigih la mama menulis blog demi secawan double drop nampaknya...

Air caramel latte. MY yang order, manis leting wei. Kalau korang suka manis manis boleh la cari.
MY ni kalau sihat, 
Nak aje minum selalu...hehehe

Kentang goreng dan ayam potong
Kami order 2 set je...
Ucid makan sepinggan sorang,
Sepinggan lagi...
Eh bukan pinggan,
Piring.
Sepiring lagi..mama, ayah dan Sarah... kongsi 3 orang.

Budak Ucid ni..
Kalau makan, semua nampak sedap.

Bahagian dalam kafe ni agak sempit ya...
Suami asyik bersin sebab tempat masak kat depan tu je...
Hidung dia sensitif sikit dengan bau dan habuk.
Pekerja sentiasa sibuk memasak dan membungkus makanan.
Mama Yan berpendapat,
Mungkin makanan dia sedap kot...
Jadi ramai orang lebih selesa order  bungkus thru food panda atau grab sahaja.

Next time InsyaAllah,
MY akan cuba makanan bergoreng yang lain menggunakan aplikasi food panda atau grab food je.
Tapi airnya...
Minta ampun maaf,
Boleh bawa MY laju laju menuju rumah baru.
Gula tinggi oii...



 

11 Comments

  1. Air macam tu kalau x manis x laku pula nanti kan MY? sesekali boleh la minum air macam ni selalu kalu...erm paham- paham je la

    ReplyDelete
  2. Haha..kemain berselera Ucid ya. Terus ngap 3.
    Lama dah akak tak ke Pekan Nenas. Kalau balik kampung Pontian biasanya tak sempat nak ke mana-mana. Sekejap sangat, habiskan masa kat rumah mak je.

    ReplyDelete
  3. Ucid Ucid...awak boleh geng dgn abg Khilfi.
    Bila kita sua kat dia, dia akan macam..." ha??? kenapa bagi abang?"...tapi tangan tetap sambut

    ReplyDelete
  4. Sesekali bolehlah minum petang macam ni. Manis sangat tak mampu jugak nak telan. Orang ramai membeli mesti masakannya sedap.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Kemain ye Ucid reaksi muka tu :D
    Betul tu, manis2 ni kena kurangkan.

    ReplyDelete
  7. Tergelak tengok Ucid, padan betul panggilan manja dengan kelakuannya tu, bolehlah geng dengan Kak Iman, hihi.

    Zaman kita dulu2, mana ada air manis macam ni. Paling2 air gas bodoh tu aje.

    ReplyDelete
  8. abe kie jrg doh minum ptg di luar. kacau air sendiri dan beli pisang goreng ke...lagi jimat. hehehehe...

    ReplyDelete
  9. Makanan nampak sedap tapi yang paling menarik perhatian dia punya design meja.

    ReplyDelete
  10. Tergelak tengok aksi Ucid! hehehehe

    ReplyDelete
  11. seronok tgk dak ucid makan. abang long pun kalau jumpa makanan.. adeh.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)