Vinda Kitchen Towel - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, January 26, 2022

Vinda Kitchen Towel

Kat Maslee kat area rumah ni,
Takde jual tisu dapur jenama Vinda.
Puas dah musing musing kat kawasan tisu tu,
Jenama lain ada,
Dah pernah beli,
Tapi nipis dan tak best langsung
Terpaksala beli kat shopee...

Macam biasa..
Kalau ada parcel yang sampai,
Mama Yan ada PA yang tolong bukakan.
 
kepochi betul anak anak ni kalau ada barang sampai,
Tapi diorang dah minta izin dulu boleh buka tak,
siap suruh rakam,
Tapi mamanya tak tekan butang rekod rupanya,
Ada gambar ni je sekeping,
Pengaruh youtube sangat..
buat video unboxing.

MY beli dua paket ni dengan harga RM10.89 satu paket.
Jumlah untuk 2 pek ni RM 21.78.
Dalam tu ada 3 paket kecil yang mengandungi 80 helai tisu.
entahla mahal ke murah...
belasah la..
Malas nak mencari ke Jusco jauh jauh nu..

Ni paket sempena Chinese New Year,
Beli aje lah apa paket pun,
Tak boleh takde tisu dapur ni...
Jammed Mama Yan nak buat alas makanan bergoreng.
Kadang kadang nak dap dap air pada ikan sebelum masuk dalam air fryer,
kadang kadang,
nak lap percikan minyak kat tepi tepi stove tu. 


Suka pakai yang sehelai sehelai macam ni...
Yang style gulung-gulung tu dah lama tak beli.
Nanti nak beli tisu dapur yang basah tu..
diorang kata yang tu power gila buat lap lap dapur.
Tak payah pakai sabun,
Pakai tisu tu aje dah cukup.

Zaman dulu dulu dulu,
selamba alas makanan atas surat khabar,
Sekarang,
Surat khabar pun dah tak pernah beli.
Macam mana nak guna surat khabar sebagai alas.
Hah jumpa pun gambar makanan beralas dengan tisu dapur ni...
Gambar lama ni...
Tapi ni bukan tisu Vinda,
Ni tisu jenama lain.
Kena guna beberapa helai sebab nipis dan kurang menyerap.
Tapi terpaksa guna sebab tu je yang ada.

Aishhh...
Lama pulak tak makan keladi...hahaha





 

10 comments:

  1. Beli kaedah mana yang senang je lah kan kak. Janji ada. Memang susah takde tisu dapur ni. Tak perasan pulak jenama ni.

    ReplyDelete
  2. sgt betul..tisu dapur is a must!
    ha ha ha.. sama, lama giler x beli surat khabar..baca kat opis je..kadang2

    ReplyDelete
  3. Ni yang boleh cuci tu ke? Kalau Sis guna tisu viral tu, yang boleh cuci, tapi biasa guna terus buang aje hahaha

    ReplyDelete
  4. ingat MY beli yang jenis wet tisu... tisu dapur kalau jenis yang lembik lembut nipis memang tak puas pakai nya

    ReplyDelete
  5. Akak pun dah beralih ke tisu Vinda. Yang kat dapur ni best sebab selai2, mudah kan. Baru je borong Vinda pelbagai tisu kat Aeon..hehe

    ReplyDelete
  6. saya baru tau jenama tisu ni ada..nampak sangat tak pernah perati nama barang..teruk saya ni..hahaha

    ReplyDelete
  7. Tisu ni memang terbaik..
    Tak pernah makan keladi goreng Ke pernah? Macam tak pernah..

    ReplyDelete
  8. Tiber keladi ek.

    Tisu basah vinda tu memang bagus, kat NSK senang dapat tisu vinda ni, MY.

    ReplyDelete
  9. Saya pun pakai tisu jenama vinda ni, puas hati sebab tebal kalau nak mengelap.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad