Pembikinan Kerepek Ubi Kayu

Suami cabut ubi kayu kat kebun. 
Alhamdulillah...
Ada la sikit hasilnya...
Nak bagi orang pun..tak tau nak bagi siapa.
Lagipun ubinya dah tua tua sangat.
Segan nak bagi orang.
Jadi kami buat kerepek aje lah.

Pokok ubi ni dah ada dari mula mula kami beli kebun.
Isinya dah berkayu
Bila rebus..
Dah berurat urat dah ubinya.
Nak makan pun tak sedap

Ada satu tong cat dan satu guni.

Mama Yan tolong kopek kulitnya..
Tapi tak banyak pun tolongnya..
hahaha...



kemudian MY sediakan bumbunya...

Bahan-bahan:
5-6 ulas bawang putih
1 genggam ketumbar - rendam kejap
1 sudu jintan manis - rendam kejap
1 sudu jintan putih - rendam kejap
garam secukup selera

Kemudian, semua bahan bahan di atas ni MY tumbuk sampai halus.
Resipi dari mak mentua MY,
garam + bawang putih + ketumbar aje
 Jintan tu MY yang gatal taruk.
Nak buat bau bau je... 
Kalau nak letak boleh,
Taknak letak pun boleh.
Cuma masyarakat Jawa Segamat ni,
Suka benar masak taruk biji ketumbar.

Lepas ubi kayu dibersihkan dan dibuang kulit,
Suami MY sagat.
Sebab kita sagat pakai penyagat biasa..
Kenalah belah dulu untuk buang bahagian teras ubi kayu yang keras serupa kayu tu.
kalau pakai penyagat elektrik,
boleh terus sagat agaknya.
Ubi tua kann,..
teras dia tu dah keras.
MY panggil empulur, 
bahasa jawa panggil 'oyot' kalau tak silap dengar...hahaha

lepas dah siap sagat,
kami rendam dulu dalam air,
Masa tu kami pun setting la dapur dan kuali untuk menggoreng,
sebab kawasan ni sempit,
kena alih alih dulu tempat lepak kat belakang ni.

Angkat dari dalam air tu,
bilas bilas sikit dengan air bersih dan toskan dulu airnya.
buang kanji mak mentua MY cakap.
Lepas dah selesai urusan buang kanji,
Barulah lomor atau gaul gaul sebati ubi kayu yang dah disagat tu dengan bumbu yang dah MY tumbuk. 


Panaskan minyak dalam kuali,
Kemudian, goreng...
Tapi mula mula letak tu hazab sikit la...
Merecik woii...
Sebab ubi tu kan basah basah sikit.
Dah letak ubi dalam minyak panas tu...
Kena la lacau dan paling palingkan supaya diabtak melekat antara kepingan...


Taraaa...
Siap dah kerepek ubi kayu kami..
Ranguppp...
Sedappp...
Harum aje baunya dengan tambahan bawang putih, ketumbar dan jintan.

Selfie adalah agenda wajib dalam setiap agenda.
Macam biasa..
Suami wajib dikaburkan wajahnya...hahaha...
Macam kawen dengan laki orang pula ye.. 
Siap tutup tutup muka...

Mama Yan duduk teman borak borak je..
Suami yang sagat, yang goreng, yang angkat.
Bini dia buat apa?
Bini dia ambik gambar...
Hahaha...
Bini dia kemas dan basuh semua besen, dulang, penapis, sudip, kuali dan lain lain lagi.
Sapu semua serpihan serpihan ubi yang jatuh dan lain laib kerja mengemas.
Biasa la tu kannn...
Lelaki ramai je yang rajin memasak..
Tapi lepas tu..
Dapur macam dilanda tsunami...
Hihihi...

Apapun mekasih Encik suami ♡♡







 

14 Comments

  1. Mesti sedap kerepek ubi tu sebab ada bumbu. Nombor dua sedap, sebab laki orang yang buat, hahahahaha

    ReplyDelete
  2. perghhhh rajin nyaaa laki bini ni buat kerepek ubi goreng...
    kita mampu tgk org buat je laa.. nk buat sndiri perghh mmg surrender

    ReplyDelete
  3. sedap tu kerepek buatan sendiri, nak buat kerepek ni kesabaran duduk depan minyak panas tu yang tak menahan tu MY oi...

    ReplyDelete
  4. Apa yang penting kerjasama ahaks!
    Nampak sedaplah MY, puashati dapat makan banyak-banyak hasil kebun sendiri.

    ReplyDelete
  5. ya allah, rajinnya!! sis time ubi kayu suka buka bingka ja sbb mudah.,. blender campur gula garam santan then bakar pakai oven. kalau nk buat kerepek ni rasa malas nk parut kiki

    ReplyDelete
  6. Oh siap tutup dan blur suami..apapun kerepek tu nampak sodappp

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap sungguh kerepeknya 🤓👍🏻

    ReplyDelete
  8. dapnye..nampak ranggup sgt. alhamdulillah
    dulu ibu Ayu suka buat kerepek ubi pedas..letak kacang & bilis....yum yum

    ReplyDelete
  9. teringat pada sorg pakcik ni, pernah rasa ubi yang direbus dan digoreng guna bahan. Siap mintak resepi nak buat tapi sampai kesudah tak buat.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. Buat kerepek pun sedap ubi kayu ni.

    ReplyDelete
  11. Mencabar nak buat kerepek ni. Kalau banyak ubinya, lama lah nak siapnya. Untung ada suami membantu. Kalau sorang sorang jenuh nak siapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, fiza. mencabar.
      arwah mak mertua aida dolu memang buat kepek ni. dia rajin tahap maksima. kuih muih semua arwah buat sendiri.
      rinduuuuuuuu!

      Delete
  12. lovely en.suami Yan.
    bantu membantu. terhasil la kepek ubi yg ohsem ek :)
    aida ni takde kebun ke apa ke.
    beli ubi buat ubi rebus cicah sambal bilik.
    omaiGod, sedap sampai ke langit!!!

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)