Selesai vaksin dos booster

 Alhamdulillah... dah selesai dapat dos booster. Lega tu tak lega sangat...ada la sikit sikit takut juga. Lebih lebih lagi banyak kisah kematian selepas vaksin booster. Bila check..ooo... ada masalah kesihatan, ada sakit kronik semua. Dan MY antara salah seorang pesakit darah tinggi + diabetis mellitus. Mestilah timbul serba sesikit kegusaran kan... 




Sampai PPV pukul 9 pagi. Tengok tengok barisan sikit punya panjang sampai ke luar dewan. Fuhhh... mau pitam kalau macam ni... ada la dalam 10 minit beratur kat luar dewan. Lepas tu, dah dapat duduk kat kerusi tepi dewan. Lega...

Alhamdulillah.. sebelum pukul 10 Mama Yan dah selesai mendapat vaksin. Nampak je ramai, tapi sebenarnya tak ramai pun. Lepas dah dapat kad vaksin, MY laminate kad vaksin tu dengan harga RM3 sekeping. Kebetulan dalam beg ada kad suami dan anak anak sekali... terus laminate semua sekali. Padahal kalau laminate kat opis sendiri, free je. Ni 5 keping dah RM15. Takpe lah..dah kat situ dia tulis, jualan amal servis laminate. Mahal pun takpe... amal kannnn...

Lagi 2 tahun,
Macam ni la kot kad vaksin kita ..
Tak pakai kad dah..
Buku terus. Hahaha



11 Comments

  1. Alhamdulillah settle dah. Semoga baik baik KakYan. Harap tak sampai lah kena buat buku terus. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap harapnya begitulah. Tapi kalau diberi pilihan antara vaksin dan MCO lagi..takpela vaksin setahun dua tiga kali pun

      Delete
  2. Bagusnya My siap laminate. Kita punya kad booster dah terabai, lagipun dah update kat MS, ingatkan tak guna dah kad booster tu, hihi.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    doa semoga kita baik2 aje kan
    Alhamdulillah cik nur pun booster✌️

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah dah cucuk, Sis ko gak ni tengah mereput tunggu date..

    ReplyDelete
  5. Dose boostef feni tak dapat kad pun. Kad vaksin yang 1 & 2 pun dah rosak x sempat nak laminate dah kena banjir. Haha tulah kerja tangguh lagi.

    ReplyDelete
  6. Hehe siap laminate. Kenangan itu. Harap bertahan lama

    ReplyDelete
  7. Hahaha pakai buku terus ye nanti
    Apa apa pun alhamdulillah dah setel booster dah.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)