Pengalaman di wad Hospital Asia Columbia


Dinner hari Jumaat sebelum balik tu. 
Makan seketul je ayamnya.
Lepas tu, ambil gambar & packing balik semula. 
Tak selera nak makan. 
Ambil pasta kot kot Mijan nak makan,
Hmm... baru buka bungkusan, dia dah tutup muka.
Mama Yan bawa balik rumah.
Habis dibedal dek Moq. 

Gigih membeli nasi ayam,
Sebab kat rumah selalu kalau buat nasi ayam, Mijan makan banyak,
Hmm...
Sesuap je.
Lepas tu, dia luahkan semula dan terus geleng taknak

Lunch hari Jumaat tu,
Order pasta, 
Mijan suka pasta dan mi,
Tapi ,
Sikit pun dia tak makan.
MY pun makan separuh aje.
Masamnya kemain.
Tu yang order nasi ayam yang tadi tu pula.

Ni sarapan hari Jumaat pagi.
Telur omelet..
Entah macam mana nak eja..malas nak semak...hahaha..
Ada roti bun seketul.
Sedap betul roti dia tu...
Tak pernah rasa sebelum ni.
Telur tu...hmmm...
Tak kena selera orang kampung macam MY,
Tapi habis gak lah...

Eh... ada tomato sehiris?
Hahaha... memang tak makan laaa....

Makan malam hari Khamis tu.
Ok la...
Entah apa nama masakannya ayam tu...
Semua masakan sihat sihat.. hahaha
Mijan makan juga nasi dengan kuah tu beberapa sudu.
Kat sini ayamnya semua pakai bahagian dada..
Adehh... tercekik rasa MY nak menelan.

Kirim kat suami bawakan minyak angin,
Dibawakan minyak yuyi yang dah tinggal 4 - 5 titik.
Adehhh...
Orang laki ni asal boleh aje...

Tengok ni....
Kembung pipi dak Mijan kemam ubat.
Taknak telan.
Kalau ada nurse kat sebelah,
Baik aja ngap je ubatnya.
Kalau dengan mama aje,
Memang dia taknak telan.
Rasa geram aje nak mengetam jari mamanya ni.

Alhamdulillah,
Urusan discharge dipermudahkan.
Tapi sebenarnya,
Hari tu,
Mijan belum sihat lagi. 
Cuma MY je minta nak balik dan pantau di rumah.
Doktor benarkan,
Tapi,
Kalau dia masih lemah,
Kena pergi hospital semula.

Harap harap Mijan baik cepatlah.
Semalam masih ada cerry, tanpa berry lah,
Maksudnya,
Tak terlalu kerap.,
Tapi masih ada lagi sikit sikit.

MY ni,
Walaupun jasad temankan Mijan kat wad,
Tapi jiwa kat rumah.
Risau betul kat rumah tu jadi apa...

Bapaknya ada site visit la,
Tender briefing la,
Jadinya memang settle bab makan aje la...
 Bab rumah,
Tengok aje la jadi apa nanti...hahaha












11 Comments

  1. otak perempuan memang kompleks kan. sambil jaga anak di hospital terigat keadaan rumah, kalau anak masih sekolah, teringat anak-anak lain, macamana diorang, dah makan ke belum.

    ReplyDelete
  2. alahai sian dia..semoga cepat sembuh yer!!!

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. kelakar Mama Yan, tapi husband Mama Yan lagi la kelakar.

    Semoga Mijan cepat sembuh ya, boleh bayangkan sakitnya kena cerry berry tu.

    ReplyDelete
  4. alahai mijan. moga sembuh 100% ye.
    kesian mama...

    ReplyDelete
  5. risaukan bila kita takde kat rumah pastu ketua rumah pun sibuk. yang ditinggalkan tu pulak belum boleh brapa nak diharap. ghisauuuuu jadi tak tenang

    ReplyDelete
  6. Mungkin Mijan tak ada selera nak makan kot. Aduhaaiii..sanggup dia kembungkan pipi taknak makan ubat. Sabar je lah.
    Macam macam fikir dalam kepala tu kakyan. Kadang tu yang tambah penat.
    Semoga Allah permudahkan segala urusan kakyan sekeluarga. Aaaminn...

    ReplyDelete
  7. Semoga cepat sembuh.. kerlas makanan mcm di hotel

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)