Spaghetti carbonara paling simple

Masakan masakan barat ni memang MY tak reti..
Jarang sekali buat.
Pernah masak sekali je spaghetti.
Masa tu panggil kawan kawan datang rumah makan makan masa raya..
Tapi bukan open house la..
sebab not to open...
Panggil kawan rapat je.
Lepas tu ada kawan suami kata..
alaaa.. masak spagehtti je senang..
spaghetti tu celur..
lepas tu.. kuah dia panaskan...
taruk bawang, cendawan tin dengan sosej potong potong..
MY pun ikutla...

Lepas tu tak habis pun....
macam tak berusik pun iya...
sebab semua yang datang tu makan nasik lemak.
huhuhu..
lepas tu tak buat dah laa...
membazir.
Orang Malaysia akan memilih nasi lemak sebagai pilihan kalau ada dalam senarai.

Ni saja buat untuk anak anak...
hari tu bawak balik fetucini carbonara dari hospital,
tengok Moq makan sampai habis.
ada sekali tu beli pizza, tapi dapat beli pasta murah,
so order spaghetti carbonara,
pun habis,
ni MY try buat.
Tapi ni simple sungguh la ye...
sebab anak anak tak makan sayur dan tak makan bawang..

Bahan bahan:
1 paket spaghetti Kimball
1 botol sos carbonara botol sedang
4 ulas bawang putih
5 batang sosej
3 keping chicken loaf
setengah tin susu cair 

Cara cara masak spaghetti:

1. mula mula rebus spaghetti tu selama 11 minit.
MY betul betul set masa 11 minit. cukup 11 minit terus matikan api, angkat, tuang dalam tapis.
taruk minyak dan gaul.
Patutnya pakai minyak zaitun, tapi lupa nak beli, pakai minyak jagung aje la...hahaha... 
2. Goreng sosej dan chicken loaf sampai masak. Angkat, toskan dari minyak dan ketepikan. Potong potong ikut citarasa. nak kasar, nak halus, nak petang, nak memanjang, sukahati.
3. Tumbuk bawang putih sampai lumat. patutnya cincang cincang je, tapi nanti tak jadi makan pula. 
4. Tuang minyak dalam kuali dan terus masukkan bawang putih.
Kacau kacau kacau.
5. Masukkan sos carbonara dalam tumisan bawang putih. Kacau kacau. Masukkan pula susu cair.
6. Taruk garam sikit
7. masukkan sosej dan loaf tadi.
8. Masukkan spaghetti. Gaul rata.
9. Siap. Sedia untuk dimakan.

Ni lepas rebus kena gaul gaul dengan minyak zaitun kata orang, supaya dia tak melekat.
maklumla first time masak,
ytapi dah berani derhaka, 
orang kata minyak zaitun,
kita pakai minyak jagung.
Nasib baik tak pakai minyak lebih goreng ikan bilis malam sebelum tu...haahaha

potong potong lauk pauknya.
sebab MY terlalu rajin nak berlama lama di dapur,
potong aje kasar kasar gini

Masukkan lauk pauknya dalam kuah.

Gaul gaul kan spaghetti dalam kuah sampai rata sebati.
Tutup api

Alhamdulillah... sedia untuk dihidangkan.
Mengenyangkan dan yang penting anak anak suka.
Pening nak fikir makanan anak anak ni...
Memilih sangat sangat.

Lepas ni boleh la try pasta yang lain pulak.
tapi,
ayahnya langsung tak makan spaghetti..
dia kata tak sedap.
Mi bende keras kejung tak resap bumbu...hahaha.. dasar Jowo!


 

9 Comments

  1. Sedapnya baru nampak gambar, kalau dapat betul. hahha

    ReplyDelete
  2. Budak2 memang suka makan macam ni kan, rasanya kalau suruh pilih mee goreng dgn spaghetti, dorang akan pilih spaghetti.

    ReplyDelete
  3. Mudah nak memasak spaghetti ni. Yang paling penting anak anak suka dan makan habis.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Sedap ni... tiba-tiba rindu masakan anak bujang kami.

    ReplyDelete
  6. amboiii kalau guna minyak goreng ikan bilis tu mesti siayah bolehlah nak cuba kot...hehee

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak masak spaghetti...
    Anak2 PH semua suka, makanan barat ke masakan kampung asalkan namanya makanan semua depa suka :D

    ReplyDelete
  8. Nyebutnya pun tak biasa
    apatah lagi merasainya

    ReplyDelete
  9. mknn western mcm pasta ni budak² mmg suka... kalo sy mmg buat je, mknnya kalau teringin je

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)