Tempek apa pun, muka macam tu jugak - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, January 26, 2022

Tempek apa pun, muka macam tu jugak


hari tu..
borak borak dengan kawan kat group whatsapp..
Seorang dari kawan MY pun ceritalah kejadian masa dia di surau...

''Smlm kt surau pas solat biasala aku sembur face mist tempek sunblock pakai cc cream
Pastu budak ofis aku yg kata ‘ko tempek beria pun muka ko mcmtu gak..x yah la’
Eh 😅😅. Sbb aku nak muka aku mcmni la aku tempek segala ni. Dr 20 an 30 an 40 an muka aku mcmni ja. Tgk muka ko ngan aku kita ni mcm sebaya 😂😂 ja. 
Padahal…
Terus krik krik krik''

Kadang kadang tak faham kann..
jenis orang yang nak komen penampilan dan usaha orang lain.
Lebih lebih lagi sesama jantina lah...
Contoh dalam kes kat atas ni..

Sepatutnya sesama perempuan lebih memahami..
Kalau kita sendiri tak nak pakai skin care, 
kita tak nak make up,
Kita tak nak pakai deodarant,
Tapi kalau orang lain pakai,
Tak payahla kita bagi kata kata sindiran,
kritikan dan hinaan..

Kalau sekadar jaga kulit dengan moisturizer, sunscreen, CC cream, bedak nipis tu..
Tidak sekali kali mengubah rupa kita dari Azian ke Fazura ..
Macam azian la juga sampai bila bila pun...
Cuma...
Kalau boleh,
bila tengok cermin,
biarlah rupa kita tu elok sikit.
Jangan lah sampai masuk bilik air tengah malam,
tengok cermin menjerit terkejut sorang sorang...

Kalau kita pula yang pakai kosmetik dan skin care,
Tapi kawan kawan tak berminat nak pakai,
Pun kita tak perlu kritik kalau dia tak nak pakai.
Muka sendiri kann...
Tak payah kita ambil tanggungjawab jadi beauty consultant yang tak bertauliah..
Ada banyak keadaan dan kekangan orang yang kita tak tahu.
Kewangan mereka, masa mereka, sensitiviti kulit mereka...
semua tu hal peribadi orang yang kita tak perlu korek beria kalau orang tak cerita.

Banyak lagi cara lain nak bertegur sapa di surau selepas solat.
daripada kondem orang pakai skin care,
Baik tanya...
"best ke pakai face mist tu?''
"best tak pakai anak tudung tu?''
lebih baik kita fokus pada benda benda yang best je...

Mama Yan mula menjaga kulit muka dalam beberapa tahun ni je...
Dulu dulu cuci muka pun pakai sabun mandi..
Serum ke, pelembab ke, pelindung matahari ke...
semua takde...
tak kerja kann...
tak keluar rumah..
Buat apa nak pakai semua tu..
Salah rupanya MY punya teori..
Tak keluar rumah bukan bermakna tak kena matahari...
Ambil dan hantar anak tu pun kena matahari juga...
usia + pemakanan pun mempengaruhi keadaan kulit juga.

Jadi sekarang slow slow la jaga semula kulit muka walaupun pigmentasi, kedutan dan jeragat dah mula bertapak,
Tapi MY cuma buat yang asas je la..
Takde la buat rawatan rawatan di SPA,
Cuma pakai masker, pakai serum, pakai pelembab, pakai sunblock sahaja...
takpelah...
nak maintain kulit muda remaja memang tak dapat dah..
Jadinya cukuplah untuk puaskan hati sendiri kerana adanya usaha menjaga kulit..
hahaha...




10 comments:

  1. ha'ah betul, lain kulit muka lain tahap sensitiviti dia. Ada orang cuci pakai sabun badan pun boleh bersih. Ada orang kena letak protection lebih sikit

    ReplyDelete
  2. Lagi lagi yang jenis lantang bersuara tegur orang. Tak suka betul. Biarlah kita nak pakai apa sekalipun. Kalau saya tengok orang pakai jadi terpengaruh nak pakai. Hihi..itulah tu, rupanya asas tu kena betul. Ingatkan tak payah pakai sunscreen dok rumah. Rupanya kena pakai jugak. Sekarang pakai pelembap dan sunscreen je lah. sheet mask pakai kalau rajin.

    ReplyDelete
  3. lain org lain skinnya..kita jg ikut skin kita..mulut org biasa la kan

    ReplyDelete
  4. adoiii
    siniss betul
    ni x fikir org ada perasaan kot selamba je kt camtu

    ReplyDelete
  5. keji betul mulut kawan tu ya. Kok iya pun cakap dalam hati sudahlah, tak memasal kena sembur balik, padan muka.

    ReplyDelete
  6. orang mulut longkang ni, dia ingat habis mesra la tu cakap camtu..ceh

    ReplyDelete
  7. Mintak nombor telefon orang yg cakap tu... Meh uncle call dia sekolah kan dia sikit.... (eceh)

    ReplyDelete
  8. Bab dengar mulut macam ni memang cukup lemah. Sungguh. Lebih baik diam daripada cakap tapi sakitkan hati orang.

    ReplyDelete
  9. Hehe betul itu. Lain orang lain cara.
    Nampaknya saya pun kena tambah penjagaan muka.

    ReplyDelete
  10. ammi pernah kena..ada kawan yang jual produk whitening ni message kat FB..
    syorkan beli produk dia..

    ammi katalah taknak sbb takut lagipun mmg asal kejadian tu dah hitam, bukannya lahir putih dan tetiba hitam. katanya hitam tu tak kisahlah (padahal tadi tanya taknak putihkan kulit ke) tapi kulit ko kusam. tak selera nak pandang. ehhhhhhh kuang ajau lak dia kan.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad