Al Mijan Tukang Sepah

Sabar ajelah hati menengoknya...
Abang kakaknya takde buat perangai macam ni...
Masing masing lepas guna, simpan.
Ambil je dari bekas bila nak guna,
Lepas tu,
Simpan semula.
Tapi yang paling kecil sorang ni...
Ya ampunnnn...
Selagi tak sepahkan,
Tak puas hati.
Baik mainan atau alat tulis..
Macam tu lah cara dia...
Mesti nak tuang,
Kemudian baru pilih.
Dah tu,
Kalau kemas semula takpe juga,
Tapi seperti yang semua sedia maklum,
Jangan harapla nak nak kemas balik.
Pula tu bila kita nak kemas tak bagi.
Suruh biar aje bersepah macam gitu.

Hari hari balik sekolah si kakak kemas,
Tak sampai setengah jam,
Dah dituang semula.
Tapi si kakak,
Memang macam kakak kakak,
Bebel bebel mengadu kat mama,
Nanti kemas lagi..
Dan lagi...

Tukang sepah?
Relax...
Cool...
Chill...
Melukis dan conteng buku..
Awasla buku sekolah masing masing ya...
Dia tak kira...
Kalau tak simpan baik baik...
Memang selamat la kena conteng.
Dari 6 orang anak MY ni,
Ni sorang la tiba tiba kidal pula.
Kiri dari lahir.
Puas dah ngasuh suruh makan tangan kanan...
Tetap lepas tu nanti tukar semula ke tangan kiri. 
Pegang pensel tu memang dah sah la tangan kiri.

Bukan mudah jadi orang kidal ni...
Nampak unik...
Tapi bila semua alatan dicipta untuk orang bertangan kanan,
Akan timbul kekok bagi orang tangan kiri menggunakannya.
Dan akan timbul kebahayaan di situ juga.


Pada masa yang sama,
Tukang sepah rumah ni juga adalah kelindan Mama Yan.
Pergi mana pun bawa kelindan kenit ni.
Tapi macam biasalah...
Kelindan mana mana pun tidur...
Mama kalau jadi kelindan ayah pun tidur je kat sebelah.
Ni masa tunggu abang abangnya keluar kelas. 
Tahap 1 keluar pukul 12.50,
Tahap 2 keluar pukul 1.20,
Lepas ambil Aril, ucid dan Sarah, 
Tunggu Moq pula keluar,
Malas nk balik, tunggu je dalam kereta kat luar sekolah tu.

Harap harap Moq dapat sekolah depan rumah ni tingkatan 1 nanti.
Kalau tak,
Bercelaru la jadual hantar dan ambil anak anak sekolah nanti. 

Ok..siap satu entry hari ni...
Punya la takde apa nak tulis..
Nak main SEO tak pandai...
Nak tulis review & advertisement tak dapat dapat,
Tulis la style blogger dulu dulu...
Situ aje lah kemampuannya...
Wassalam


 

5 Comments

  1. Hi kak azian, selamat pagi, juju suka baca entry macam ini lagi tau. Suka baca betapa happeningnya sepanjang membesarkan anak-anak. Inilah kenangan sis nanti bila si kecil dah besar nanti.

    ReplyDelete
  2. Kena bertabah dan sabar tahap tinggi ni kakyan. Tapi dialah penaman setia kan :)

    ReplyDelete
  3. Bila tengok macam ni terus teringat anak buah kat kampung. Sampai bosan kakaknya asyik kerja nak mengemas je..adiknya syok sepahkan barang.. semua tuang..kalau ada dua bakul.. ha dua bakul dituangnya..kikikiki. Tapi itulah namanya anak kecil.

    ReplyDelete
  4. udah namanya bongsu, memang dia lah kaki nyepah hahahha
    kidal ye dia MY, mesti kretip dan pencapaian belajar dia lain dari adik badik lain.
    Adik dana no 3 kidal memang matematik, add math dia tero... lukis2 dia teror adik badik lain idok macam dia

    ReplyDelete
  5. Budak bijak ni Insha Allah :)
    PH pun kidal :D
    Faham sangat kekangannya nak guna peralatan macam gunting masa kecik2 dulu, sampai kena sengetkan tangan. Mulut pun ikut herot sekali haha...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)