Bestnya Kalau Travel ke Genting Highland

Suami MY, bukanlah jenis lelaki yang suka travel, makan angin dan staycation sana sini ni. Bila cuti je, ajak balik kampung. Memang takde ke mana pun. Kalau balik kampung tu, memang duduk aje la kampung tu. Kalau nak ajak pergi ke mana mana tu, hanyalah rumah adik beradik dan saudara mara je. Singgah makan pun di hentian Rehat & Rawat je. 

Bukan kedekut, tapi dulu dulu memang takde duit nak corner corner... Sekarang pun tidaklah banyak duit, tapi boleh la kalau nak bercuti dekat dekat. Cumanya, bila anak ramai kecik kecik, susah sikit nak handle. Lemaslah, terlepas pandang Mijan lah, tersepit pintu lif lah..hahahaha... insyaAllah..  rasanya hujung tahun ni, Mijan dah ok kot. Dah semakin mendengar kata dan mudah diurus. Lagipun memang suami MY tak suka berjalan jalan sangat. Suka pergi kebun, suka bakar daun, suka menyangkul, tanam tanam, dan juga suka tengok movie/ TV

Tapi kebelakangan ni, suami Mama Yan teringin nak ke pulau pulau peranginan sekitar Malaysia ni. Sejak sejak dah ramai kawan, dah berbual bual dengan circle yang lebih besar, baru lah terbuka hati nak berjalan. Tambah pula sekarang dah ada sosial media, bila tengok kawan kawan muatnaik gambar gambar percutian, teringin juga dia agaknya. Tengok kawan kawan snorkeling kat pulau air jernih, teringin benar gayanya dia. Hari tu, suami tunjukkan kat MY gambar Pulau Mabul.  Huhhh... dah la Pulau Mabul tu jauh kat Sabah, kena naik flight, tak terbayang macam mana nak kawal askar ramai ramai ni nanti. Ada sekali tu kan viral, Hanis Zalikha dan suaminya bercuti di Maldives. Gambar gambar tu la suami MY tengok, uiii...lawanya pulau ni. Hahaha... takyah Maldives lah, kat Malaysia pun banyak pulau pulau yang cantik. Kita aje yang tak pernah berjalan bang. Hihihi...

Sebenarnya kalau kita cari hotel promo, berlambak tempat percutian yang cantik, menarik, dan berpatutan harganya di seluruh Malaysia. Nak yang atas bukit, atas gunung, tengah pulau, tepi pantai, di tengah kota metropolitan, di pinggir desa, semua tempat ada tawaran penginapan hotel yang menarik.  Yang penting kena rajin dan bijak mencari. 

Memang nak sangat bercuti cuti dengan anak anak. Mujurlah dah duduk pekan kecik, kalau masih tinggal di taman lama dulu, mesti anak anak dengar je kawan kawan cerita pergi bercuti. Bila lagi nak cipta kenangan dengan anak anak. Eh, bukan anak anak je, suami pun. Suami Mama Yan membesar di kawasan yang agak pedalaman. Ferris wheel kat Fun fair pun beliau tak pernah naik. Cara membesar setiap orang kan tak sama... dia enjoy zaman kanak kanak dia dengan cara dia. Mandi di sungai, basuh kain di sungai, tolong mak abah kopek getah beku, cari sayur hutan, jalan kaki mengaji malam dan panjat pokok dan lain lain aktiviti kampung lagi.

Zaman sekarang, mana lah ada aktiviti panjat pokok, lastik sarang tebuan, mandi sungai semua tu. Kita la kena create aktiviti dan kenangan untuk anak anak. 

Kalau suami MY simpan keinginan untuk bercuti ke pulau pulau, Mama Yan pula, teringin nak bercuti ke tempat tempat sejuk di tanah tinggi macam Genting Highland, Cameron Highland dan Bukit Fraser. Tiga tiga tempat tu kat Pahang dan MY anak jati Pahang. Pernah la pergi dua ke tiga kali ke sana masa awal remaja dulu dulu. Ikut rombongan sekolahlah, tumpang famili kawanlah, ikut kem motivasi lah. Tapi sekarang ni, teringin sangat nak bawa anak anak ke Genting Highland.

MY selalu tengok kawan kawan muat naik gambar di Genting, alahaiii...bestnya. Dahla sejuk, nyaman, banyak aktiviti, banyak mainan sama ada indoor ataupun outdoor, ada mainan untuk anak anak dan dewasa juga. 

Mama Yan dah lama teringin nak naik menda macam ni.
Masa pergi Legoland dulu,
MY tengah memgandungkan si Mijan,
Budak yang jaga mainan ni,
Tak kasi naik ibu nandung naik..
Hihihi..


Ni yang panjat panjat macam ni...
Si Abang dengan Sarah suka la ni.. 
MY kalau 20 tahun yang lepas masih gagah kot nak memanjat manjat dinding ni.
Sekarang...,
Saka apa benda entah yang berdukung kat badan ni. 
Dulu dulu tak berat,
Sekarang berat mata memandang, 
Berat lagi MY ni nak berjalan, nak berlari, nak naik tangga, nak bangun dari sujud pun terasa berat, sampai sakit lutut...hahaha

Yang ni pula,
Moq dengan Ucid memang suka.. 
Hidup diorang dipenuhi dengan nama nama dan behaviour dinosour.

Bestnya dapat menikmati pemandangan tanah tinggi dengan cuaca yang nyaman dari dalam kereta kabel.
Kalau pergi berdua je dengan suami...
Alahai romantiknya.
Tapi dengan syarat, suami tak gayat.
Buatnya encik suaminya gayat,
Sampai lembik lutut, gigil, adesss... hilang macho.
Suami MY gayat yang normal aje.
Sebab hari tu,
Laju je naik tangga kecik kat menara tangki air tu untuk inspection tangki.
Cuma nak turun tu,
Barulah ada rasa kecut perut sikit.

Allah Taala telah ciptakan gunung ganang,
Jika berkemampuan dan berkesempatan,
Lihat, hayati dan syukurilah segala anugerah yang Allah berikan.
Sambil hayati keindahan,
Jangan lupa zikirkan Masya-Allah sebagai kata kata pujian tanda mengkagumi kebesaran Allah Yang Maha Pencipta.



Kat Genting ada Jurassic Research Centre rupanya...
Dah la kat rumah MY tu,
Boleh kata tiap minggu ada slot cerita Jurassic Park.

Semua cerita dinosour kat Netflix tu anak anak dah hafal jalan ceritanya.
Jadi memanglah MY teringin ingin ingin sangat nak bawa anak ke sini.
Diorang semua suka sangat dengan movie Jurassic Park ni. Dengan kartun kartunnya sekali...
Yang menyampahnya,
Walaupun dah hafal setiap turutan babak,
Masih lagi nak acah acah terkejut dengan serangan dinosour.

Jadi, percutian ke Genting Highland dengan membawa anak anak bujang yang sangat meminati filem Jurassic Park sangat sangat sesuai. Lepas ni MY nak buat paper work percutian ke Genting Highland la kat suami. 

hotel di genting highland pun banyak pilihan. 
Macam macam range harga ada. Ikut bajet kewangan, aktiviti yang nak dilakukan dan juga berapa ramai ahli rombongan Cik Kiah yang menyertai.



Ni gambar gambar bilik di First World Hotel, MY cilok dari website Traveloka.
Pemilihan bilik hotel adalah sangat penting dan harus diberi keutamaan
bagi MY yang beranak pinak ramai ni,
MY perlukan hotel yang berbentuk apartment bilik bilik untuk memuatkan askar askar yang ramai ni.
Nampaknya,
dengan menggunakan platform Traveloka,
percutian menjadi lebih mudah kerana terdapat banyak pilihan hotel dan apps Traveloka sangat mesra pengguna. 

Dalam keadaan negara kita dan seluruh rakyat yang masih dalam proses untuk menghadamkan SOP endemik, memang wajiblah kita menjadi salah seorang rakyat yang menjadi duta dan pelancong di negara sendiri. 
Hashtag, SupportLokal!
Jom kita buat plan untuk Cuti cuti Malaysia!

Hmm... okaylah..
MY nak sambung usha hotel hotel yang sesuai dengan percutian keluarga MY.
Dah ada bajet dan tentatif program,
senang la suami nak approve nanti.
Doakanlah ya..!



9 Comments

  1. best nya genting... pun sama, x pernah lagi bawak anak2 ke genting...

    ReplyDelete
  2. teringin nak pergi ke sana. tapi sampai kesudah tak pergi2.hu2

    ReplyDelete
  3. ammi pun ada suggest ngan abahnya nak ke GH....dia reject kata "tempat banyak syaitonnnn tu" hahaha.

    ReplyDelete
  4. Sy suka pulau tapi suami suka makan2. Kat pulau tak ada makan2 katanya, hahaha.

    ReplyDelete
  5. Baru semalam borak dengan ofismet cakap teringin nak pegi Genting.
    Tapi kalau weekend, mesti penuh umat manusia...
    OK lah kan suami MY dah nak pergi cuti2.. have fun nanti ye

    ReplyDelete
  6. niat saya nak pergi genting bawa family,nampak gaya kena simpan lelama lagi ni, masih fobia nak travel masa ni. btw, selamat plan cuti MY, semoga semua urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  7. Paling syok naik cable car tu. Tengok permandangan dari atas. Tapi kadang gayat jugak. Lama dah tak ke Genting. Best suasana sejuk tu. Themepark pun menarik.

    ReplyDelete
  8. Lama tak ke genting.. crowded sgt baha tp best

    ReplyDelete
  9. Lepas raya nak plan cuti-cuti ke Genting la...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)