Pokok baru untuk taman mini

Kelmarin.. pukul 4 petang suami dah sampai rumah...
Aikk...
Awalnya balik...
Hehehe...
"Ada projek", katanya.
Bininya ingat dapat projek baru... 
Rupanya...
Projek ubah pasu pasu...
Sebab baru beli tanah hitam, bunga orkid, pokok2 kat nurseri...
Anak anak la jadi part time workers nya..
Mama dia sorry la... tak rajin.
Dah siap nanti mama ambik gambar ya...
Mencebik la anak anak kena kerahan tenaga...hihihi





Orkid baru beli ni...
Dia dah tak sabar nak re-potting,
Bagi dapat banyak pasu...

Ni pun bunga orkid baru..

Pokok baru juga ni...
Sebelah kanan pondok 1 pasu..

Sebelah kiri pondok satu pasu..
Siap ikat tali...
Supaya nanti pokok tu merambat ikut tali dan memenuhi pondok...
Suami kata...
Barulah cantik nak ambil gambar raya kat pondok nanti.
Hahaha....
Bagus tu...
Tanam la banyak banyak...
Nanti anak kahwin tak payah tempah pelamin..
Suruh diorang bersanding bawah pondok tu aje.

Ni la bakal bakal pengantin yang bakal kena sanding kat bawah pondok laman rumah.
Yang baju merah depan tu..
Run away bridegrooom

Taman sangatttt...
Bersepah sepah...
Tak larat dah nak mengemas...
Dalam rumah lagi nak kemas...
Nak masak, uruskan kain baju, uruskan sekolah anak..
Ni lagi nak kemas laman luar pula..
Situlah...
Selalu yang bersepah kat pondok tu barang suami.
Kayu golf, kain buruk lap kayu golf, tong baja, tong cat dan entah apa apa lagi lah  
Ramai tukang sepah dari tukang kemas.
Maka...
Bila tak larat,
Kita buat buat tak nampak ajelah ye...hahaha...



12 Comments

  1. Cantik halaman rumah MY, nanti majlis kahwinnya jemput tau. Nak bergambar ngan pengantin bawah pondok, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... lama lagi tu... yg sulung barun14 tahun

      Delete
  2. cantiknya koleksi bunga orkid kak yan! laman luas memang syok lah nak menanam, sebab kena cahaya matahari

    ReplyDelete
  3. wahh.orkid pun banyak tuh..nice

    ReplyDelete
  4. suka tengok koleksi bunga orkid..cantik :)

    ReplyDelete
  5. cantiknya rumah MY. Laman macam tu mesti best lepak waktu malam. Sejuk je..
    Bila orkid berbunga ni mesti cantik ..

    ReplyDelete
  6. rajin en suami MY, banyak betul koleksi bunga orkidnya...
    geram nengok laman rumah MY yang luas, seronok betul menanam macam-macam pokok, pondok tu buat tempat melepak sambil membawang sesuai sangat

    ReplyDelete
  7. Seronok ada laman luas. Boleh buat landskap dan letak bunga banyak banyak.

    ReplyDelete
  8. Luas kawasan luar rumah MY. Banyak boleh letak pasu bunga atau tanam pokok.

    ReplyDelete
  9. luas kawasan seronok anak2 main. pandai deko cantik nnti tu

    ReplyDelete
  10. cantik laman. indah.
    ok je tu, aida x nampak sepahnya, Yan.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)