Telekung Swarovski Siti Khadijah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, January 6, 2022

Telekung Swarovski Siti Khadijah

 kakak ipar MY yang dulu tinggal bersama MY dah balik kampung dah..
Jaga ibu bapa mentua MY yang dah uzur.
Tahun ni kakak dah berusia 55, dah boleh keluarkan duit EPF zaman kerja kilang dulu.
Jadi... 
Kakak ipar MY bagi adik adik sorang sikit...
suami MY dapat RM300, MY dapat RM100.


Untuk buat tanda kenangan,
MY beli telekung Siti Khadijah dengan guna duit tu.
Bahagian Mama Yan seratus ringgit,
tak dapat pula telekung Siti Khadijah,
Suami MY setuju untuk tarik bahagian dia top up bayarkan harga telekung tu.
Daripada habis macam tu sahaja,
Baik la beli telekung kononnya..
Boleh la share saham pahala kepada pemberi dana setiap kali digunakan.

Bahagianya rasa dapat memiliki telekung SK ni...


MY beli telekung cotton warna putih,
Telekung ni ada renda di sekeliling dan berhias dengan taburan batu swarovski.
Cantik sungguh.


Harganya kurang 1 sen RM260.
Telekung punya mahal,
Kalau masih malas solat sunat,
Malas solat di awal waktu,
Tak tahulah nak cakap apa...hahaha

Sebenarnya, dah lama MY nak memiliki telekung SK ni,
Tapi sangatlah berkira kira nak keluarkan duit.
Hahaha...
Teruk betul perangai.
Terfikir juga nak beli Telekung SK Vietnam tu,
Tapi,
Macam tak patut pula sebab nak bawa solat kan...
Daripada pakai telekung ciplak,
Mencuri hak cipta, baik pakai yang jenama biasa biasa..
Jadi selalunya,
Beli yang biasa biasa tanpa jenama ternama aje.
Janji selesa..betul tak?

Tapi kadang kadang...
Bila main beli saja ni...
MY selalu berdepan dengan masalah kain tak cukup labuh.
Bila sujud, terselak kaki. 
Ada juga telekung yang dijahit depan singkat, tapi belakang labuh.
Boleh terselak lengan time angkat takbir.
Siap terjulur tangan bila duduk tahiyat.
Terus basuh semula, bungkus, hantar kat surau dalam mall.
Mungkin kat surau ada muslimah yang kiut kiut boleh gunakan.
MY ni saiz plus tinggi x plus lebar..hihihi...
Dah selalu dah alami telekung yang tak cukup panjang untuk MY ni.

Alhamdulillah...
Telekung SK yang MY beli ni cukup labuh untuk cover kaki.
Suka sangat... hihihi...
Boleh solat tanpa was was kaki terselak...

Nak solatkan...
Jadi takde bedak bedak...
Dan juga takde filter...
Barulah real macam dah ready nak solat padahal nak ambil gambar untuk letak kat blog je...











11 comments:

  1. Alhamdulillah, mulia hati kak ipar MY <3

    ReplyDelete
  2. Pakai telekung SK terus nampak lebih muda gitewww :D
    Moga pahalanya sentiasa mengalir buat kakak ipar MY aamin.

    ReplyDelete
  3. oh telekung SK skarang ada yg jenis taburan batu Swarovski ye...ada juga telekung SK ni menang contest dulu dpt sepasang utk dewasa & sepasang utk kanak2

    ReplyDelete
  4. Baiknya kakak ipar MY, cer tanya, dia nak adik angkat tak???

    Betullah, kita pun teringin nak ada telekung Sk, tapi mahal.Telekung paling mahal kita ada, jenama Tea, itupun syarikat bagi. Yg MY ni ada batu swaroski, memang patut pun gitu harganya.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Syukur. Pahala terus berjalan. Terus mengalir masuk. Teringin juga ni telekung SK.

    ReplyDelete
  6. Belum ada lagi koleksi SK yang ada batu ni, yang koleksi lain dah ada.. so far dah ada 3 koleksi telekung SK ni.. ye la nak mengadap Tuhan ni, jangan berkira mahal ke murah kan.. benda lain kita boleh beli..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah rezeki. saya suka telengkung dari SK ni. kain selesa sgt dan bahagian muka tu sangat kemas :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Rezeki... Naniey pun ada beli SK tapi SK jenis lain bagi kat mama.. Naniey suka telekung jenis lycra berat dan sejuk.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...dapat juga rezeki boleh beli telekung SK. Suka jenis sulam cantik macam ni.

    ReplyDelete
  10. SK mahal. tapi berbaloi.
    baju seluar boleh mahal, branded.
    takkan la telekung apoinmen dgn Allah tak branded, kan.

    cantik suci Yan :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad