Menguruskan rumahtangga - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, January 17, 2022

Menguruskan rumahtangga

Walaupun hari hari mengurus rumah, tapi tuan puan rumah ni tak mengurus pun. 
Makin menggemuk aje adalah.
Hari Khamis masa Mijan kat wad, adik beradik lain semua cuti sekolah.
 Itulah dia.. kalau maknya takde, tak sekolah la semua. 
Takpe, duduk je kat rumah tu diam diam. Mamanya pun tak risau. 

Balik dari wad hari Jumaat tu dah malam. Mandi solat tidur. 
Letih rasanya walaupun tak buat kerja apa pun kat ward. 
Esoknya bangun pagi, barulah plan nak kemas mana dulu. 
Tapi plan tinggal plan aje la... tengok ada 4 bakul baju yang tak berlipat, terus jammed. 

Kemas dapur dulu lahhh... lagi jammed, ikan yang MY goreng hari Mijan masuk ward tu ada lagi atas meja. 
Pakej ada ulat lagi bersepah atas meja. 
Malas nak bebel, panggil je la bujang tu kasi clear meja tu. 
Kalau mak tak suruh tak buat la ye? 
Bukan MY tak nak buat sendiri, tapi memang fobia dengan ulat yang menguit nguit. 
Bila tengok je segmen badan ulat tu yang menguit nguit, terus rasa loya, rasa nak muntah, rasa bergidik, berdiri roma semua. 
Padan muka dioranglah, siapa suruh tak kemas meja dapur. 
Biar je makanan rosak bawah tudung saji. 
Ayahnya pula, bini takde kat rumah, dia angkut anak2 makan kat kedai je. 
Dia kata senang, takyah kemas dan basuh pinggan. 
Memang la, tapi yang ada tu dikemas dulu la...hahahahadoiii...

Lepas tu vakum rumah... dan cari orang untuk tolong kemas rumah. 
Jumpa la kat group kelas mengaji anak. 
Orangnya pun tak berapa senang. Sambil tu niat nak bantu aje la. 
Mintak tolong orang tu tolong lipatkan baju 4 bakul tu, gosokkan baju sekolah anak dan lap sliding door. 
Tu je. Dari pukul 10 sampai 12.30 tengahari, 
MY bagi RM150. Sebab malas masak hari tu, order kat food panda je. 
Belikan juga dia 1 family meals Marrybrown. 
Alhamdulillah... selesai urusan lipat baju. 
Walaupun tak kena dengan piawaian, takpe, belajar bertoleransi mengikut situasi.

Bila bakul baju dah tak berlonggok depan mata, barulah rasa lapang sikit mata dan minda. 
Lepas tu tolong anak bujang siapkan kerja sekolah dia. 
Cuti punya lama... esok nak sekolah, hari ni juga dia nak keluarkan kerja sekolah dia. 
Ehhh... geramnya la mama dia ni. Tapi kalau tak tolong, memang takkan siaplah. 
Sebab kerja sekolah dia yang tak siap tu macam kerja kursus sikit. 
Kalau takde Covid, memang kena buat kerja di lapangan dah tu. Tapi sebab sekarang keadaan tak mengizinkan, diorang google aje la. 
Tapi dia belum cekap mencari kata kunci untuk google search dan sangat lemah menyusun ayat mengarang.

Malamnya tu, baru lah Sarah bagitahu, kasut dia tertukar kat sekolah agama. 
Adoiii...lupa nak tulis nama pada kasut dia. 

Taknak bagitahu awal awal. 
Esok nak sekolah, 
Malam ni baru nak bagitahu kasut tertukar.
Macam macam lah anak anak ni...
Macam bertih jagung mama dia membebel.
Semua kena sekali kena bebel sudahnya...
Hahaha   

Sebelum tidur malamnya tu,
Dah suruh anak anak sediakan keperluan.
Stokin, tali leher, anak tudung, singlet masing2..
Sediakan ke tepi...
Esok pagi pagi senang,
Ambik sarung je...

Ehhh.. takkkk....
Tak buat pun apa yang mama diorang bebelkan.
Entah macam mana... kesiangan pula MY pagi tu...
Suami pun palaukan aje bininya tidur.
Dah la jadi kelam kabut nak buat sarapan. 
Dah tu...
Ucid pula tak jumpa tali leher,
Sarah tak jumpa anak tudung,
Adehhh...
Malas nak cara...
Lantakkan aje.
Sila belajar tanggung kealpaan dan kecuaian sendiri.










9 comments:

  1. Baik mak2 di Asia, di Amerika, di India, Bangladesh, semuanya sama.. tak ada mak, apapun tak jadi!

    ReplyDelete
  2. Hahhaha dpt bygkan leteran MY sbb kt rumah ni pun sama jugak.. Kalau x disuruh, semua pun x jadi. Bila di suruh eh dia plak bebel kt kita balik sbb asyik2 dia je kena buat keje rumah... Adoii kadang mcm x larat nk bising2

    ReplyDelete
  3. selamat mengemas, mengamuk, dan sambung mengemas kepada semua emak-emak di luar sana hahaha

    ReplyDelete
  4. Baca apa yang MY tulis pun rasa penat huhuhui, tang ulat atas meja tu aduh kalau dana pun ngeri

    ReplyDelete
  5. I feel you haha...
    Gitulah kita sbg pengurus rumah tangga MY kan... hihi..

    ReplyDelete
  6. Kerja Mak ni tak pernah habisnya, tak kiralah ada anak kecik atau tak.. ada jee kejenya kannn...

    ReplyDelete
  7. faham. ibu. emak. mama. mommy. tu la dia.
    suruh. tak dibuatnya. bebel :)
    anak2 memang suka kita ni bebel ek? ha ha ha ha ha...

    awal2 izzat darjah 1 dulu, 4-5 kali tertukar kasut, Yan.
    Allahu, sakit dada ni. nak marah dia, mcm tak relevan.
    kakak2 tak pernah terjadik. yg bongsu ni, lain plak hal nya.

    now da ok. tau da jaga brg. tau da apa nak buat mlm sebelum nak sekolah.
    alhamdulillah.

    bab lipat baju? hu hu hu hu :(

    ReplyDelete
  8. Mencabar nak menguruskan hal rumah tangga ni..Itu yang kena ada 'me time'. Kalau straight 24/7 tu sayur terus. huhu...

    ReplyDelete
  9. Kena bebel baru buat kerja hahahha.. zaman remaja gitu la. Bila dh kawen ni bebel kt suami pulak. Hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad