Seluar pendek dalam anak anak

Seluar pendek dalam atau singkatannya sependa,
antara pakaian wajib bagi umat manusia.
Mungkin lah ada yang tak suka pakai,
Tapi,
anak anak MY memang diajar untuk memakai pakaian dalam.

Tapi nak uruskan pakaian dalam anak anak ni,
susah juga sebenarnya.
Anak anak ada 6,
lima lelaki, sorang perempuan.
Yang perempuan takde masalah,
sebab dia sorang je perempuan.
Yang lelaki ni,
Tiap pagi bising pasal sependa...

Dah pakai,
apasal ketat ni... pastu buka balik..
campak bakul baju kotor.. padahal pakai kejap je.
tuan punya sependa bising..
rosak getah sependa abang..
dah tahu tak muat,
sarung jugak buat apa...

tu antara dialog pagi pagi lah...
letih nak hitung.
sebab selalu tersalah susun tempat sependa...
pagi pagi ambik tak tengok saiz,
main sarung aje.
tu yang ketat la,
besar lah...
haishh... macam macam kannn
dah la ayahnya beli satu jenama je.
dia kata mana ada banyak jenama pun.
Crocodile ajelah yang standard untuk korang yang baru nak belajar2 ni.
kalau pergi jusco banyaklah jenama..
Ayahnya tak rajin pulak pergi jusco sorang sorang..
pergi kedai baju je senang.
bagi je saiz kat apek kedai tu, setel

Walaupun nampak sama, tapi tak sama sebenarnya.

Mujurlah label dia warna putih...

Jadi,
label saiz tu kecik sangat,
Pagi pagi semua kelabu agaknya biji mata..
asyik salah saiz aje...
Mama Yan guna pen marker yang permanent,
tulis nombor je.
angka 2 maknanya anak no 2 punya la..
nak tulis nama,
tak muat panjang panjang,
tulis nombor sudah

Nak mudahkan nampak label,
Kenala lipat terbalik,

Bila lipat terbalik,
Labelnya kan kat luar,
Senanglah nak nampak nombor.
Ni siapa punya...tu siapa punya.

Lipat pun kena selit macam ni.. 
Kalau tak,
Kejap je barai lipatannya...

Dah sediakan laci jaring jaring ikea tu untuk asingkan sependa..
Tapi takde disiplin nak menyimpan baik2.
Main campak aje dalam almari.

Kadang kadang mak ni membebel juga...
Sakit pinggang melipat baju tak hilang lagi,
Baju dalam almari diorang dah macam dilanda tsunami...


 

8 Comments

  1. Hehe pasal sependa memang boleh gaduh. Lelaki pula jenis sependa lebih kurang je warna. kalau perempuan senang juga nak asing sebab lain lain corak ada byk jenis corak.. :)

    ReplyDelete
  2. hah jenuh la dh rmi ank ellaki tu kan..nasibaik bole tulis nombor tu..tkde la tersalah pakai

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. aduiii, sakit rahang kita pagi2 ni

    ReplyDelete
  4. Good idea lah MY, tulis nombor instead of nama...

    ReplyDelete
  5. Ragam anak anak ada je lah dia pun sketsa pagi pagi nak bersiap. Senang label dan lipat macam tu. Terus ambil dan kalau salah ambil pun masih berlipat kemas.

    ReplyDelete
  6. Hahahaa... geli hati baca.Teringat kakak saya, semua anak lelaki. Tak sempat lipat pakaian, semua masuk bakul. Setiap anak ada bakul sendiri, di situlah baju di situlah juga sependa.

    ReplyDelete
  7. ha ha ha ha... "dilanda tsunami" ek?
    ijat baru few months ni reti pakai spenda. before that, sebab 2 thn pdpr, dia tak biasa la. sebab da sunat, wajibkan dia pakai spenda.
    at first dia byk ngelat. tak nak pakai.
    now, dia ok. kekadang terlupa jugak :) ha ha ha ha...
    kelam-kabut la gi pakai spenda bila kakak-kakak marah, "kenapa ijat tak pakai spenda ?".

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)