I will follow youuu....

Wednesday, June 10, 2020

MY Review : Novel 'Sutera Bidadari'

Judul buku : Sutera Bidadari
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Cetakan Pertama : Disember 2011
Jumlah Muka Surat: 555
Penerbit : Alaf 21

Sebenarnya... Mama Yan dah lama tak membaca novel tulisan Ramlee Awang Murshid ni...
Bertahun tahun juga rasanya tak membeli novel...
Sekitar tahun 2007 macam tu pernah beli Novel Cinta Sang Ratu, 
tapi sampai ke hari ni belum berbaca...
Masa tu nak baca..
Rupanya...
Cinta Sang Ratu tu sambungan kepada novel Bagaikan Puteri...
Lepas tu...
Ingatkan nak cari novel Bagaikan Puteri dulu...
Akhirnya...
tersadai lebih 10 tahun tak berbaca...

Hari tu..
Jalan sorang sorang kat MPH..
Belilah satu...
Main cekut je..
Tengok tajuk dia macam best...
"Sutera Bidadari"



Slow slow Mama Yan baca...
Sebab tak faham sangat jalan ceritanya...
Siap berhenti kejap dan google..
Rupanya Sutera Bidadari ni Sekuel yang ke 5 kalau ikut tahun cetakan...

BACAAN IKUT TAHUN CETAKAN
1. Bagaikan Puteri - 2005
2. Cinta Sang Ratu - 2007
3. Hijab Sang Pencinta - 2008
4. Cinta Sufi - 2010
5. Sutera Bidadari - 2011
6. Sunan Musafir - 2012
7. Sunan Nanggroe - 2014
8. Sunan Cinta Nan Sakti - 2015
BACAAN MULA DENGAN PROLOG
1. Sunan Nanggroe Sang Kembara
2. Sunan Cinta Nan Sakti
3. Bagaikan Puteri
4. Cinta Sang Ratu
5. Hijab Sang Pencinta
6. Cinta Sufi
7. Sutera Bidadari
8. Sunan Musafir


Haaa...tu diaaa..
Tinggi sungguh imaginasi penulisnya...
Semua sekali setakat ni ada 8 buah buku dalam sekuel ni...

Dalam Sutera Bidadari ni...
mengisahkan pengembaraan Laksamana Sunan, Mariam, seorang Hulubalang Melaka, Indera, Sadik dan anak saudaranya ke Negeri Atas Angin untuk memburu Raja Roman.

Tapi bila dah jumpa Raja Roman,
rupanya...Raja Roman dah terlalu uzur dan tua kerana kuasa saktinya dah ditarik semula oleh Sang Petala..

Banyak juga halangan dan rintangan untuk diorang sampai ke Negeri atas angin tu...
Laksamana Sunan juga kerap diganggu dalam mimpi oleh seorang perempuan siluman,
Sang Dewi kerap memanggil laksamana Sunan atau Saifudin dengan suara naluri...
dan ia sangat menganggu tumpuan Saifudin

Antaranya lainnya juga masa diorang singgah untuk mengisi bekalan air di pelabuhan 
Rupa-rupanya...
penduduk kawasan tu karnivor...
Makan daging manusia...
Kapal layar mereka dimusnahkan...
Salah seoarang daripada mereka sempat disembelih oleh bangsa pemakan daging tu..

Oleh kerana kapal mereka dah musnah,
Bangsa Polip dengan rela hati membantu Laksamana Sunan pergi ke Negeri atas Angin untuk memburu Raja Roman.

Memang tak tercapai dek akal..
Tapi takpelahh..
baca je..Jangan bayangkan.
hahaha...
sebab watak Laksamana Sunan atau nama sebenarnya Saifudin Jalis tu..
Untuk manusia biasa terlalu hebat gayanya....

Sebab dah naik syeh baca kan..
Cari juga kot kot ada orang nak let go murah murah novel ni kan...
Tapi hampa..
dah cari kat mudah...kat carousell...kat shopee...
yang nak jual balik..campur postage...
sama aje dengan beli baru kat kedai buku...hehehe...

Mungkin bulan depan baru beli kot...
sebab bulan ni tengah menunggu ketibaan beberapa buah buku yang ditempah secara atas talian...
Banyak sangat buku karang ,
Kerayan pulak suami Mama Yan...
hehehe...

Sekian, wassalam










7 comments:

norhidana said...

itulah MY buku RAM banyak yg ada sambungan kalau tak baca dari buku 1 memang tak berapa faham, buat masa ni dana ada semua dan dah baca semua sekuel yang sunan nih... memang best

Sunah Sakura said...

semua buku ni da habis baca....memang suka sangat2 siri ni...watak sunan tu seolah2 hidup...

aeril zafril? dia memang selalu bercita2 menjadi sunan...hahahahah

Ujie Othman said...

Sekarang dah ada 9 Yan, akak dah ada semua tapi yg ke-9 masih belum baca w/pun dah beli sejak bulan Feb aritu..hehe

AzianKhalil said...

Dah 9? Ya ampunnm...memang ketinggalan betullah... sesejak asyik baca novel cinta ni... dah lama ketinggalan novel RAM

Cik TK said...

Saya pun novel RAM ni dah banyak ketinggalan.. yang ada tu pun entah bila nak habis baca.. tapi dalam banyak2 novel RAM ni, favourite saya Rayyan fantasi, Fiksyen 302 dan Ungu Karmila

Sha Mohamed said...

Koleksi sunan nie, yang latest sekali je Sha tak baca lagi.. nak mula baca buku RAM memerlukan ketenangan.. hehehe..

Raz said...

baca buku yg cover ni la kot.. sampai nangis2.. over tak?

Klik! Klik!

Anugerah Entry Popular