Baby-G pink

sesetengah orang minat kumpul jam buat koleksi,
beli simpan dalam almari kaca aje,
ada orang pulak,
asal lawa je beli,
ada orang memang suka matchingkan jam dengan outfit.
ada orang langsung tak suka pakai jam tangan,
Mama Yan?
pada satu satu masa, 
ada seutas aje jam tangan.
Itulah jam tangan kat rumah, 
itulah bawa keluar rumah.
sudahnya jam tangan tu jadi huduh, 
dah cuba cungkil cungkil nak bersihkan.
Tapi skru dia ketat sangat.
sudahnya bunga skru dia rosak,
langsung tak boleh buka.

Bulan lepas suami MY belikan seutas jam tangan baru,
warna soft juga.
dia kata yang ni untuk bawa keluar.
dah buruk sangat yang satu tu, 
pakai kat rumah aje lah.
Memang la cepat buruk dah bawa masak,
basuh pinggan, mengemop, siram pokok bagai.

Comelkan...
Baru sekali pakai.
Masih sayang lagi.
Takut buruk sebab warna cerah.
Ini jam Baby-G Mama Yan yang kali ke tiga.
Kali pertama beli sekitar tahun 2011 rasanya.
Warna shocking pink.
Lama tahan. 
bertahun tahun.

lepas tu pakai jam tangan Puma.
Lepas tu dua tahun lepas suami belikan yang kat bawah ni,
Masih berfungsi dengan baik,
cuma outlook dia je dah kusam.


Lepas Mama Yan habis SPM,
Sebelum masuk universiti,
Abah Mama Yan belikan jam tangan mekanikal tu,
Tak pakai bateri.
Kalau lama tak pakai,
Nanti dia mati.
So hari hari la pakai jam.

Mama Yan pakai jam tangan tu dari masuk U tahun  1999,
Sampai tahun 2010,
masa tu jam tu dah rosak,
dah hantar repair,
tapi orang kedai kata,
sparepart dah takde jual.
boleh cuba cari kedai jam kat Batu Pahat,
Aishh..tak kuasa la nak cari kedai jam sampai ke Batu Pahat tu.
Akhirnya,
jam tu pun menemui ajalnya selepas lebih 10 tahun menemani Mama Yan...
Lepas tu dekat setahun juga MY takde jam tangan.
Rasa janggal sungguh tak pakai jam sebab dah terbiasa sentiasa pakai jam,
Tapi MY tak jumpa jam yang sama macam yang abah MY belikan tu.
Akhirnya, redhalah..
Jam antik macam tu dah tak banyak jual.
Kalau ada pun..
Mahal tak terbeli...
Macam jam Masa Horlogerie tu...

Barang barang kegunaan yang tahan lama ni... suatu bentuk rezeki yang wajib disyukuri juga sebenarnya kann?




 

7 Comments

  1. Ada jugak guna BBG ni. Tapi Syu pakai tak tahan lama pun. Husband beli kat Shopee. Mungkin tak ori kot😅

    ReplyDelete
  2. Lamanya tahan jam tangan tu. Memang berbaloi dengan harga sebab kualiti bagus, tahan lasak pulak tu

    ReplyDelete
  3. cantik sangat warna dia, soft pink ^_^

    ReplyDelete
  4. cantik.... boleh laa untuk buat lasak... cuma warna dia soft sangat.. cepat kotor je nanti

    ReplyDelete
  5. Cantiknya baby G pink. Jam mahal mahal ni menang memakai :)

    ReplyDelete
  6. Kalau jarang pakai, rugi pulak beli Yan..hehe

    ReplyDelete
  7. Cantik jam MY tu...
    H ada satu jam je :D
    Ini pun dah bertahun usianya, alhamdulillah masih elok.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)