Hadiah PDPR

Alhamdulillah...
PDPR telah pun berakhir dan digantikan dengan pembelajaran secara bersemuka..
lega betul rasanya..
Bukan la kita malas ajar anak,
tapi kita mak mak ni tak terlatih untuk ajar anak.
Lagi pulak kita ni bekerja dari rumah juga.
Ada kerja pejabat,
kerja rumah,
dan kerja sekolah anak yang nak diuruskan juga.

kalau semua cikgu benar benar mengajar secara live ok juga,
Tak kisah la guna telegram group voice chat, atau google meet, atau whatsapp call...
Cuma tu la...ramai juga yang cuma bagi link youtube dan capture gambar nota unuk disalin semula.
Lepas tu, capture gambar buku latihan, suruh buat latihan sendiri.
Mak ni la yang jadi kaunter pertanyaan diorang,
Takde dioarang nak PM tepi cikgu tu tanya apa tak paham.

Aril dapat hadiah sempena kehadiran PDPR kelas Pemulihan dia.
Iya .. Si Aril masih berada dalam kelas pemulihan membaca menulis.
Kalau dah pandai bercakap aje pun umur 6 tahun,
boleh bayang la umur 8 tahun apa je yang dia boleh buat,
Pandai lukis godzilla dan pokemon je...
Nama guru: Cikgu Zuhrah Atailah

Ucid dapat hadiah sempena siap semua kerja PDPR Bahasa Melayu sepajang bulan September dan Oktober.
 Dapat jam digital Iron Man...
Mewah betul hadiahnya..
Nama guru : Noraiha Marjan

Yang ni Ucid dapat hadiah untuk PDPR Pendidikan Islam.
Dapat banyak alat tulis dalam beg biru tu.
Terima kasih Ustazah Liza

Yang ni hadiah Sarah untuk PDPR Bahasa Inggeris.
Nama guru: Cikgu Ain Natasha...
Thank you Teacher.


Dan hadiah yang paling besar nilainya...
Mestilah hadiah yang ni...
Sebab yang ni penghargaan buat ibu bapa yang aktif bantu PDPR anak..
Terima kasih semua guru guru dan bonda guru besar...

Anak anak cakap...
"Cikgu yang sediakan hadiah ni mesti cikgu perempuan..
Mama mama dan tupperware memang tidak dapat dipisahkan"

Amboi mulut kannn....
Kita ni beli tupperware untuk isi makanan dan minuman diaorang juga.
Suruh bawa bekal dalam bekas sabun Axion kang baru tahu.

Apapun... harap harap..
Lepas ni kita semua dah tak bertemu dengan sesi PDPR lagi.
Dan sesi persekolahan secara bersemuka dah takde penggiliran lagi nanti.
Aminnn... 






 

11 Comments

  1. alhamdulillah... dpt hadiah galakan pdpr.. kami kt sini sekolah x bukak lg

    ReplyDelete
  2. bagus nya sekolah, kasi reward kat murid & parents sekali.. seronok! betul..kita yg working parents ni...memang adventure sgt bila bab pdrp. dah masuk sekolah ni lega byk & betul sgt...cikgu2 yg mcm melepas kan batuk kat tangga je....kasi nota, kasi latihan..tapi x wat GM. tak semua..but ada. Ada jugak yg memang bersunggu wat GM, suruh murid2 bukak camera & mic....participate dlm GM..bagus sgt bila dpt cikgu mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujurlah cikgu yg bg link ni bukan cikgu matematik, bukan cikgu english.. kalau tak naya la anak dan mak

      Delete
  3. aiyan pun awal bulan 10 dah mula sekolah bersemuka, bahagia hati... pdpr ni kadang fenin... cikgu-cikgu pun selalu bagi link youtube entah sapa bukan link youtube cikgu nya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dana... tengok yt link yang cikgu bagi 2 minit, lepas tu bersambung terus dgn pokemon, gozilla, poney ..alahai pening mak

      Delete
  4. Alhamdulillah..semua dapat hadiah masing masing. ada usaha pasti ada hasilnya. Lega bila anak anak dah boleh kembali belajar kat sekolah. lagi mudah urusan nak belajar. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Aaminn...

    ReplyDelete
  5. Tahnian Aril & Ucid.. semoga terus cekal dalam pelajaran Amiin

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat MY, stess kena jadi 'kaunter pertanyaan' huhu...
    Bagus sekolah diorg, anak2 dan ibu pun dapat hadiah :)
    Keep it up, anak2 soleh/solehah!

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah best nya banyak dapat hadiah tu ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)