Lirik Kerana Rindu Ini - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, November 21, 2021

Lirik Kerana Rindu Ini


Kerana Rindu Ini
 
Penyanyi : Freedom
Penulis : Othman Muhammad

 

Musim musim berlalu

Ku masih menantimu

Walau lama terpisah

Tiada khabar berita

Kau tetap jua di hati ini bertakhta


Ku ingin melupakan

Pahitnya pengalaman

Tetapi hati ini

Amat degil sekali

Wajahmu jua yang datang menghampiri


Semenjak terjadinya perselisihan

Engkau pergi tanpa sepatah pun perkataan

Kerana bimbang diri

Hilangmu tak kucari

Sekalipun aku merinduimu tiap hari


Bila pemergianku tak kau peduli

Sangkaku kau senangi

Perpisahan ini

Kerana harga diri

Ku tak bertanya lagi

Sekalipun kau tetap ku sayangi


Kerana rindu ini

Sombongku terketepi

Mengatasi segala 

Ialah cinta kita

Terpelihara dengan restu Yang Esa


Masa buka radio Sinar, terdengar lagu ni..
Lepas tu, terus Google rangkap 
"Semenjak terjadinya perselisihan, Engkau pergi tanpa sepatah pun perkataan"
oohh.. lagu kumpulan Freedom...
Masa kumpulan Freedom tengah popular, 
MY masih sekolah rendah.
Jadi macam tak berapa nak ada memori lagu ni dalam kepala.

Best pula lagu ni...
Ulang ulang dengar kat Youtube lagu kumpulan Freedom ni.
 
maksud lagu ni..
Bila sorang merajuk bawa hati,
Sorang lagi pula, tak kisah nak pujuk.
Memang yang merajuk ingatkan, 
orang kat sana happy happy je la walaupun dia takde..
 
Tapi zaman sekarang,
Dah takde la kot macam dalam lagu ni sampai takde khabar berita.
zaman sekarang bukan macam dulu,
susah nak berhubung.
Zaman sekarang ada macam macam cara untuk berkomunikasi..
Kecuali kalau memang dah tak sudi..
 tu bukan takde khabar berita..
Tu kena blue tick namanya...
 

 
 

3 comments:

  1. nak carilah lagu ni. Suka dengar lagu-lagu lama

    ReplyDelete
  2. Tak familiar dengan lagu lama ni. Sesekali dengar lagu lama yang best syok jugak kan.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad