Rebusan Akar Kayu SuzyHoney - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, November 10, 2021

Rebusan Akar Kayu SuzyHoney

Hari tu MY beli Rebusan Akar Kayu Suzuhoney ni.
Dalamnya dia dah siap buat paket paket kecil.
Ada 4 paket,
1 paket tu tahan 4 ke 5 hari gitu la dia cakap.
MY saja nak cuba je...
Katanya boleh melancarkan perjalanan darah...
Boleh bersihkan dalaman...
Alah... cuba aje kan...
Mana tahu habis sekotak ni boleh jadi supermodel

Comel je kan kotak Rebusan Akar Layu Suzyhoney ni..
Pink gitu...
Barulah menarik nak dicuba...


Patutnya rebus rebus herba dan akar kayu ni guna periuk tanah,
Tapi sebab takde,
Pakai je la periuk steel ni...
Rebusnya tak lama..
Tak lebih 10 minit pun...

MY ingat nak rasa dulu..
Kalau paket pertama ni boleh telan,
MY nak beli periuk tanah untuk reneh herba ni...
Setiap kali nak minum... 
MY panaskan dulu..
Sebab nak minum time suam suam..

Alhamdulillah...
Rasanya ok sangat.
Macam teh o takde gula je..
Bau pun tak kuat sangat...

Paket pertama ni,
MY sempat la minum 3 cawan sebelum herba herba tu bertukar menjadi arang
MY lupa..
Selalunya, tunggu je depan periuk tu..
Tapi ni si Mijan nak cebok berak pula...
Melalak taknak orang lain basuh berak dia...
Dah MY lupa ada benda atas dapur...
Hmmm...
Begitulah...
Banyak benda nak buat dan nak fikir...
Lama lama..
Semuanya bercelaru...
Nasib baik rumah tak terbakar



 

16 comments:

  1. Aduyai... nasib baik xde papa.. br nk plan nk mencantikkan diri kn MY.. hehehe.. xpe pasni kena tgu masa bertenang spy dpt fokus

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. tunggu anak besar sikit lagi la baru cantik nampaknya.

      Delete
  2. Sy pernah, nak buat half boiled egg, rebuslah air dalam periuk, bukan ada anak yg mintak cebuk tapi sibuk ke depan belakang sidai kain, tengok2 air dalam periuk dah kering... mujurrrrrrrrrr.. baru kering, dengan darah2 rasa kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang... kering darah.. nasib baik suami cuma cakap lain kali hati hati...

      Delete
  3. Air rebusan ni untuk apa yer MY. Syu tak pernah minum air-air herba ni. Busuk2 pun minum detox tea dengan air halia jer. Itu pun kalau terdesak nak minum. Hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. air rebusan ni untuk orang perempuan punya dalaman katanya. Rasa macam tak cukup tenaga nak uruskan semua benda kat rumah ni sejak kakak ipar dah balik kampung.

      Delete
  4. Allahuakbar. Alhamdulillah sebelum rentung dah dapat minum air rebusannya.

    ReplyDelete
  5. Macamana rasanya MY? Pahit tak?
    Arwah mak PH rajin minum air akar kayu masa duduk kg dulu.

    ReplyDelete
  6. Alahai... hmm susah dah nak fokus satu2 benda bila ada family ni.. normal tu.. aku panaskan tomyum hari tu.. anak nangis nak susu.. buat susu... pastu lupa pasal panas tomyum... sebab lalu kat luar.. ada jiran ajak borak2... last gi dapur tengok tomyum tu kering... hahaha.. last2 goreng telur je utk makan nasi..

    ReplyDelete
  7. ayooooo sampai geseng rupa gitu, mujur masa tu MY kat rumah jugak bukan ada kat luar rumah ke apa...

    ReplyDelete
  8. Mujur dah sempat minum, merasa.
    Akak pulak try teh herba Ahmad Tea, senang cuma rendam macam buat teh uncang biasa. Tapi rasa dia…sangat rasa herba. Jenuh nak perabih.

    ReplyDelete
  9. dah lama tak minum air rebusan akar kayu ni. Suka bau dia sebab wangi. Nasib baik la kak yan sempat tutup api tu. Kalau banyak sangat benda dalam kepala, kita pun susah nak fokus.

    ReplyDelete
  10. Hehe rajin minum jamu.

    P.S: Nampak bloglist Puan Azian masih ada masalah. Hari itu saya terbuang satu blog. Apabila add semula masalah di bawah. Jadi boleh saya beri penyelesaian. Buka bloglist. Edit.
    Setiap nama blog tambah feeds/posts/default.
    Contoh warisanpetani.blogspot.com/feeds/posts/default
    Buat setiap blog. Jangan lupa tekan butang 'Save' selepas itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dah beberapa bulan dah blog list tu macam tu. Nak godek sendiri tak reti + malas. Tunggu rak berapa sibuk la baru repair nampaknya. Terima kasih ya berkongsi tips

      Delete
  11. wow..kalau jadi supermodel kitorang pun nak beli gak

    ReplyDelete
  12. Dengar air rebusan akar kayu terus auto terbayangkan rasa pahit kelat tu. kalau boleh telan tu kira okay lagilah.
    Allahuakabar, mujur lah tak terebakar tu kakyan.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad