Kad Pengenalan 12 Tahun

Dak Moq ucuk Mama Yan dah dapat kad pengenalan.
dah bujang dah...
cepat betul masa berlalu.
Masih terbayang bayang lagi muka dia masa baby...

Birthday dia bulan 8 sebenarnya,
Mama Yan booking nak buat IC dia di JPN Pontian je sebab tak boleh merentas daerah untuk ke UTC.
Booking dari bulan 8,
Dapat date bulan 11.

Akhirnya,
Tarikh yang ditunggu pun tiba, tapi...
Sampai depan pintu JPN Pontian,
Rupanya JPN Pontian tengah tutup untuk kuarantin pekerja dan sanitasi pejabat.

Terus ajelah suami Mama Yan bawa Moq ke UTC Kotaraya JB tu.
Sebab dah ada pengalaman buat kad pengenalan abang,
jadi semua dah lengkap dokumen dokumennya.
Satu aje tak lengkap,
MyKid dia entah ke mana hilangnya.
Nasib baik Mykid tak diperlukan untuk buat kad pengenalan baru tu.
Last guna MyKid masa dia cucuk vaksin dos kedua hari tu.

Mama Yan sediakan :
Sijil nikah dan salinan
Salinan MyKad ibu bapa
Surat beranak dan salinan
Bil utiliti dan salinan - ini untuk alamat terkini.

Lepas selesai urusan kad pengenalan Moq,
Ayah dia ajak makan.
Dalam banyak banyak restoran kat tengah bandaraya JB tu,
Dia ajak dia balik Taman U nak makan megi kat Restoran Ayob,
Adoi.. kuat betul pentol mamak Ayob ni kat Moq...hahaha
Nak buat macam mana,
Sejak kecik Mama Yan dan suami asyik bawa diorang mengeteh kat sini.
Jadi diorang ada kenangan sentimental kat sini kot..
Tu yang bila tanya nak makan kat mana..
laju je jawab Ayob Taman U.

Dalam banyak banyak makanan...
Maggi kari yang dia teringin nak makan..
Moqqq...moq

 

2 Comments

  1. Dah besar dah dia ada IC. Terkenan selera kat situ agaknya..hihi..
    Maggi kari jugak pilihan dia..seronok dapat makan makanan fav ye.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)