Tanjong Puteri Golf Resort Cafe

Dah dekat dua minggu dah rupanya gambar gambar ni dalam draft.
Tak tertulis tulis lagi ceritanya...
Masa suami MY main golf di TPGR,
MY request nak check out lambat sikit,
Tapi dia kata tak dapat sebab dah ada orang nak masuk lepas tu. 
Terpaksalah check out dulu bawa anak anak sebelum suami Mama Yan habis main golf.

Lepas check out,
Mama Yan bawa anak anak makan kat cafe kat TPGR ni sementara nak tunggu suami MY habis main golf.
ada je hidangan buffet,
Tapi kalau suami takde,
kelam kabut nak ambil buffet dengan budak budak ni nanti.
So, order ikut menu ajelah.

Yang lelaki duduk meja sebelah.
dah bujang kan..
takyah sibuk sibuk kat mama

Mama Yan, Sarah dan Mijan duduk satu meja.

kat cafe ni ada wifi,
boleh la bagi mijan main handphone.
Kalau tak bagi handphone,
dia taknak duduk setempat kat meja,
nak jalan jalan ke meja orang.
Musim kena ikut SOP ni,
nanti orang tak selesa pula tengok budak kecik merayau rayau dalam restoran.


Ni nama dia burger Tanjong,
Sedap?
memang sedap amat sangat,
Patty burger dia tebal dan juicy sangat.
Anak anak tak habis kentang.
sebab makan burger je pun dah terlalu kenyang.
Mama Yan la yang tukang habiskan semua tu.
Abang, Moq, Aril dan Ucid semua order ni.

Sarah pula order fish & chip.
Anak dara sorang tu memang suka ikan.
dia tak makan daging.
yang ni biasa biasa aje la.
Fish & chip nak rasa macam maba lagi.
Itu ajelah rasanya pun.


Yang ni Mama Yan punya nasi ayam claypot.
kekal panas dalam clay pot tu sebab MY tak makan pun.
Rasa 2 sudu je.
Lepas tu tutup semula.
Yang ni..
Kalau ada rezeki datang sini,
jangan order eh..
Just Jangan!
Hahaha...

Dekat pukul satu tu,
suami MY call,
Minta tolong jemput kat padang golf.
Ohh... dia main kat padang kedua.
Jauh sikit dari lobby hotel.
5 minit juga la perjalanan dari hotel nak ke Cafe Puteri kat bagdrop golf course tu.

Dia kata lambat habis main hari ni sebab join orang profesional main.

Wow!
siapa golfer profesional tu?
Suami kata, dia wakil golf negeri Johor dalam Sukma.
So dia memang main cara profesional lah.
Macam dalam TV tu..
Siap tenang tenang,
siap teropong, 
kaji arah angin, kecerunan semua.
hahaha...
Suami selalu main untuk rekreasi je.
sebab dah tak larat nak main bola, futsal, badminton semua.

Lepas jemput suami tu,
MY bagi suami makan nasi ayam claypot yang MY bungkus dari cafe tu.
Dia pun makan dua tiga sudu je.
buat alas perut.

Lepas ni kalau suami ada nak maingolf kat TPGR ni lagi,
MY tak rasa nak ikut bermalam lagi dah.
sekali cukuplah.
Jadilah untuk pengalaman bersama anak anak,

Sekian wassalam




 

6 Comments

  1. Nasi Ayam Claypot tak selalu masuk dalam list order bila makan di mana2, nasib baik 5 sudu jugak luak tu.

    ReplyDelete
  2. burger dan fish n chips tu nampak menggoda yang makanan MY tu memang nampak tak sedap hahahhaha... tapi tak baik tau mentang tak sedap MY bagi kat en suami makan, bukan nak orderkan makanan lain hehehhe

    ReplyDelete
  3. Burger depa tu nampak mengancam betul.

    ReplyDelete
  4. Lama jugak tu menunggu. Ini kalilah je lah teman kan. Ada pengalaman sekali cukuplah. Kalau boleh check out lewat okay jugaklah. tapi tulah sebab ada orang nak check terpaksa check out ikut masa. Alamak, tak sedap eh maksudnya tu.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)