Karipap Frozen anak anak - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, November 30, 2021

Karipap Frozen anak anak

Takde apa nak cerita,
tapi nak kena cerita juga.
sebab kalau blog ni tak berupdate dua tiga hari,
lepas tu susah dah nak cari tune dia semula.

Sebab takde cerita,
kita bagitau la kita takde apa nak cerita,
takde cerita pun satu cerita juga tu.
hahahahapeda merepek.

Ni MY buatkan anak anak karipap.
Sibuk nak makan karipap.
hari tu atoknya datang bawak karipap frozen beli dari orang kat kampung,
diorang tak makan pun.
Kulitnya tebal sangatlah,
kelimnya keras sangatlah,
intinya rasa pelik lah,
inti penyetlah,
ada daun lah..
eh macam macam lah.
Ikut hati memang geram je...
penat penat atoknya order karipap,
diorang tak makan pun.
Lepas digoreng paginya,
petang panaskan,
malam panaskan, 
pagi esok panaskan, lepas tu..
BUKK!
masuk tongsam.

Paling MY geram..
Yang dia perangat perangat masuk dalam air fryer,
Lepas tu tak ambik.
MY ni tak tahu la pulak ada umat Muhammad panaskan karipap dalam air fryer,
asyik terbau masam aje kat kawasan periuk nasi tu,
telek telek..
cium cium..
Rupanya ada karipap basi dalam air fryer..
Masing masing tak mengaku.
Alih alih dia kata Mak Le'a yang masukkan karipap dalam tu agaknya..

Iyolah..
Mak Le'a ko sanggup makan biskut tawar daripada guna barang elektrik macam air fryer dan pressure cooker, 
Nasib baik berani guna blender.


Ni yang MY goreng separuh garing untuk bekukan.
nanti kalau anak anak nak makan,
Senang.
tinggal masukkan dalam air fryer aje.
Garingkan sikit lagi.

kali ni MY jumpa resepi baru kulit karipap.
Sebab hari tu beli cetak karipap yang kecik sikit,
So kali ni cuba buat guna 5 cawan tepung aje.
5 cawan tepung tambah setengah cawan minyak masak yang dipanaskan.
Lepastu,
guna air garam yang sejuk.

Intinya pula, 
Kentang + ayam.
Ingat nak tambah telur rebus, tapi anak anak ni dah terlalu banyak makan telur.
Takyah la tambah telur rebus.
Macam ni pun dah ngam dah.

5 cawan tepung punya adunan dan 3 biji kentang,
ngam ngam aje..
Dapatla lebih kurang 50 biji karipapnya.
Kalau guna cetak karipap, memang dapat lebih sikit berbanding manual tanpa cetak.
Bentuknya lebih sekata.
Oleh itu,
Gunalah cetak karipap walaupun teror kelim karipap.
Macam MY,
Walaupun dah guna cetak,
Lepas tu, tetap kelim manual sebab nak karipap tu nampak cantik. 
Hihihi...

Lepas siap tu,
MY goreng 20 biji,
Buat air teh o,
habis sekali lalu je..hahahaha..
yer..
begitulah anak ramai ya...
Kalau diorang suka...
Menyambar macam piranha.

Gigih la sikit nak bagi anak ramai ni makan.
harap harap kalau korang dah besar nanti,
banyak banyaklah doakan mama dan ayah ya...
tak payah buatkan karipap ok.

.


 

10 comments:

  1. Dapat jugak satu cerita, alang-alang mengaripap tu kan, hiihi

    ReplyDelete
  2. hahahaha part last tu ngam..
    dah besar sok mak dah tua..gigi dah tak kuat nak makan karipap..korang bagi doa je

    ReplyDelete
  3. lama x wat stok karipap. sama ngan ayu. kalu guna cetak tu..sbb nak kasi sama besar elok je, pastu kelim manual jugaks...

    ReplyDelete
  4. hehehhe senang kan frozen kan karipap...
    nak makan kasi air fryer je.. jimat masa

    ReplyDelete
  5. Banyak juga dapat karipapnya tu
    Oh! baru tahu goreng sekejap dulu lepas tu frozenkan

    ReplyDelete
  6. Hehe cerewet mereka tentang karipap terpaksa buat sendiri.

    ReplyDelete
  7. Selalunya bila beli kat kedai banyak oksigen dalam karipap.

    ReplyDelete
  8. alahai anak2 tak berapa nak makan ni mmg mak mak jadi risau kan..

    ReplyDelete
  9. rajinnyaaa kakyan..shida suka juga karipap..kalau mak buah rasanya 10 biji ngadap sorg hahaaa

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad