Staycation Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang

 Suami nak main golf di Tanjung Puteri, Pasir Gudang, semalam..
Tapi dah deal dengan kawan kawan seminggu awal.
sebab suami belum pernah main golf kat Tanjung Puteri,
Dia google dulu tempatnya..
Tengok tengok ada resort..

"Golf Tanjung Puteri ni ada resort la mama"

"Nak ikuttttt.... kita pergi Jumaat petang... balik Sabtu lepas ayah habis main golf.. OK?"

"Ok... mama urus booking"

selaju laju yang boleh MY menempah bilik.

Suami punya golf Sabtu, 13 haribulan,
Kami bertolak lepas solat Jumaat 12 hb nya tu.
Sampai pukul 3 lebih juga la.
Pasir Gudang kan...
Jalan jammed tu wajib la kan...


Suami MY siap berhenti kat signboard dan pintu gerbang masuk resort...
"Mama, content mama.."
Hahaha...tergelak MY kejap..
Ok.. dah ambil dah gambar untuk buat content blog.

MY tempah villa 3 bilik. 
Villa dia macam banglo usang gitu.
1 biji ni ada 2 unit apartment.
Kami yang belah atas,
Tu kereta orang yang sewa unit bawah.

Ni master bedroom.
Ada 1 biji katil king size.

Kemudian kat tepinya ada bilik wardrobe dan bilik air.
Ada peti besi tapi takde iron. 
Tapi MY memang bawa iron siap siap dah.


Bilik air dia jenis shower.
Takde sabun dalam botol kecik kecik untuk dijadikan cenderamata ya...
Sabun mandi die letak dalam dispenser kat shower room tu.
Takde bath tub mahupun jakuzi ok.

Kemudian, depan shower room tadi tu ada la wash basin dan water closet.
Cermin dia ada lampu..
Kagum anak anak...
"Ayah pasangla untuk mama nanti"

Ini bilik tidur ketiga.
Lengkap dengan wardrobe tapi toilet keluar bilik.

Bilik tidur kedua.
Eh..dah ada penghuninya pula. 
Kacau je mama nak shoot gambar

Ni wardrobe, meja tulis dan toilet untuk bilik tidur kedua ni.
Bilik airnya kecik sikit.
Tapi takde hal la...
Nak mandi dan buang air je kot..

Ada ruang tamu lengkap dengan TV, sofa bed dan 2 biji bean bag.
Anak yang nombor 1 tu dah suruh mamanya cari bean bag kat shopee...
Aiyoo...

Entah apa kena handphone ni punya kamera...
Kabur lah, masuk cahayalah, dah la susah nak ambil gambar semua.
Macam ulat nangka masing masing, tak reti diam

Bahagian bawah depan pintu masuk terus pantry,
Bilik bilik semua bahagian atas. Kena naik tangga sikitlah.





Kat pantry lengkap dengan sudu, garpu, pisau, mangkuk, pinggan, piring, dapur induksi, peti ais, water heater, microwave, dan nescafe.

Dari segi kebersihan,
Mama Yan rasa memang dah cukup bersih dah.
Tak secolek habuk pun kat villa dia ni. 
Pinggan mangkuk sudu yang disediakan semua berkilat.


Tapi kat resort ni memang betul betul sesuai untuk orang yang nak buat aktiviti rekreasi je.
Kalau nak lepak lepak dengan BFF pun sesuai lah.
Nak lari dari kesibukan kota, sebab kawasan villa ni di kelilingi padang golf.
Nyaman je pagi pagi..
Nak meeting, nak discuss urusan kerja rahsia, nak buat team building pun sesuai...

Pemandangan dari balkoni villa di pagi hari

Pemandangan dari pintu masuk villa


Sebab MY pergi dengan anak anak yang masih kecil dan perlukan pengawasan sepenuhnya ni,
Tak banyaklah aktiviti yang dapat dilakukan.
Nak nak si Mijan,
Tak sporting langsung.
Lambat panas.

Petang Jumaat tu, sampai aje, terus bawa anak anak mandi kolam.
Kolam untuk kanak kanak dia kecil aje. 
Ada 1 je water sliding cinonet.
Masa kami sampai takde orang pun kat pool.
Kat sebelahnya ada kolam renang orang bersukan renang tu.

Tengoklah Mijan, cebik aje mulutnya.
Berkepit aje dengan mama.
Turun air pun taknak.
Menangis aje.
Dari salin baju mandi,
Sampai dah siap salin baju pun buat perangai. 
Taknak jalan sendiri. 
Kena la ayahnya dukung.
Geram je nak cubit...hahaha...

Tapi anak anak yang lain happy aje mandi pool.
Sarah mandi kejap je. 
Tak sampai sejam dia dah menggigil.
Terus bawa changing room, mandi dan salin baju yang kering.
Demam karang, semua jammed.

Harga staycation kami tidak termasuk makan adalah RM329.
Makan minum takde dalam pakej.
Takde la buffet breakfast tu semua.
Jadinya, kami breakfast megi cawan dan lauk udang kunyit yang tak habis masa dinner malam tu.


Alhamdulillah...
Macam ni pun dah cukup seronok dah...
Dapat rehat rehat...
Tanpa fikirkan kerja sekolah anak, kerja sendiri, kemas rumah dan masak...

Nanti kalau ada masa menyusul pula part 2.
Sekian, wassalam.









8 Comments

  1. dpt ma. di kolam tu yg besttt
    he hee rendamm. lama2

    ReplyDelete
  2. Walaupun nampak usang tapi dalamnya terjaga rapi dan bersih. Sesekali staycation tempat yang untuk bertenang tenang macam ni pun best. Ada pool, ada juga aktiviti anak anak.

    ReplyDelete
  3. sesekali dapat staycation cenni pon okay jugak kann ? hilang stress

    ReplyDelete
  4. Resort yang sesuai untuk sesiapa yang nak lari dari kesibukan kota.. walaupun usang tapi bila persekitarannya bersih, kita pun happy, kan.. seronok betul tengok anak² dapat mandi kolam, dan itulah kemudahan yang kita cari untuk anak².. hihi

    ReplyDelete
  5. Di luar usang dalamnya bersih dan cun. Review dari MY membuatkan yakin nak stay di sini sebab nampak TPGR ni dari luar macam terbiar. Mana tau kan, nak buat family day pun sesuai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... drive masuk kawasan villa malam malam... seram kot... boleh buat shooting villa nabila

      Delete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)