Sayur Genjer Tumis - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, November 11, 2021

Sayur Genjer Tumis

Sayur ni, keluarga suami panggil Genjer,
kadang kadang panggil juga centongan.
Panggil centongan sebab mentua kata bentuk dia macam senduk nasi. 
Dalam bahasa jawa, 
senduk nasi tu 'centong'.
Kalau kat Pahang, 
panggil sayur selimpat.
Tapi ada juga orang panggil paku rawan, belah belah utara semenanjung rasanya...

Mama Yan sampai sekarang tak suka makan sayur ni..
Tak kena kat selera gigi, lidah dan tekak MY ni.
Bila gigit tu..
Rasa macam ada buih buih keluar..
Hahaha...
Susah nak cakap macam mana..
Tapi memang tak minat la sayur ni..
Walaupun tak minat makan..
MY boleh je masakkan untuk keluarga.
Keluarga suami semua suka sayur ni...
Adik ipar siap cakap sayur ni sayur pembuka selera...

Entry ni sebenarnya dah lama sangat gambar gambar dia dalam folder Draft MY..
Tak tertulis tulis...
Hari ni nekad tulis dan pos entry ni...

Mama Yan pernah ikut suami petik sayur ni kat kampung dulu..
Yang kelakarnya..
kami tak reti petik.
Punyalah syok sendiri memetik,
Sekali bawa balik,
Mak abah kata..
Apasal korang petik yang daun yang dah tua..
Bunga kalau dah kembang,
Dah liat.
Mak kata..
Kalau daun ambil pucuk pucuknya yang masih lembut.
Bunga pula,
petik yang yang masih kuncup.
Yang dah kembang tu dah tua.
Hahaha...

Sayur yang MY masak ni,
Suami beli je kat pasar,
Sebab masa ni kakak ipar MY pergi vaksin,
MY la yang ditugaskan untuk memasak,
Dah la jarang jarang masak sayur ni,
 Takut tak jadi je...


Bahan bahan

2 ikat Sayur genjer
1 biji Bawang merah
3 ulas bawang 
sejemput ikan bilis
3 tangkai lada besar
Garam secukup rasa

Cara memasak:

Potong potongkan sayur genjer ni terlebih dahulu lebih kurang seinci seinci dan basuh bersih bersih.
Selepas itu, celur atas api sehingga layu.

Angkat dan lalukan dengan air.

Bila dah sejuk, ramas ramas sehingga airnya keluar.

Kisar bawang, bawang putih, ikan bilis dan lada besar.
Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak.
Selepas bahan tumisan sedikit garing,
Masukkan sayur genjer yang telah dicelur tadi.

Masukkan garam secukup rasa dan penambah perisa jika suka.
Kacau kacau kacau.
Tambah air sikit kalau kering sangat, dalam suku cawan je gitu.
Bila sayur dah sebati dengan bumbunya,
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Begitu je lah cara memasaknya.
MY ambik semangkuk kecil,
Bawa bagi kat mak mentua minta tolong rasa kalau perlukan apa apa penambahan lagi.
Mak kata dah ok dah..
Sedap.
Berbunga bunga kejap hati..
Hahaha...

 

 

7 comments:

  1. Oh, MY, tak pernah kenal kita sayur ni, namanya pun tak pernah dengar. Macam mana tu rasa makan sampai keluar buih, hihi.

    ReplyDelete
  2. semua nama-nama sayur tu ammi tak pernah dengar..walaupun ammi anak separa jawa gak

    ReplyDelete
  3. Arwah mak PH suka sangat sayur ni. Kami panggil jalai keladi :)

    ReplyDelete
  4. mak Syu pernah bawak balik sayur ni. Tapi kitorang adik beradik tak tahu pun apa nama dia.makan pun tak.kih3.

    ReplyDelete
  5. Semua nama nama sayur tu tak pernah dengar. Pelik pelik jugak namanya.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad