Stok cili kering - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, November 3, 2021

Stok cili kering

Selama ni kehidupan Mama Yan memang mudah sebab ada kakak ipar yang tolong jaga anak anak dan buat kerja rumah,
Tapi lepas mak mentua Mama Yan sakit,
Kakak Ipar MY dah balik kampung jaga mak dia..
Huhuhu jugak la..
Ni mujur masih PDPR..
Kalau dah mula sekolah nanti,
confirm kelam kabut dan struggle gila.

Sekarang pun dah struggle juga..
Penat uruskan rumah, anak anak dan persekolahan dari rumah mereka.
Jadi MY banyak juga baca tips dan petua di blog dan FB untuk memudahkan kerja kerja rumah ni.

Antaranya tipsnya..
Siapkan bahan bahan dan bumbu masakan pada hari cuti. 
Haaa.. 
yang ni la yang MY buat hujung minggu lepas.
Mama Yan buat stok bawang kisar,
ikan bilis kisar dan cili kering kisar.
Mudah mudahan dapat percepatkan dan permudahkan urusan harian MY nanti.

Walaupun busy,
MY tetap lah luangkan maa untuk menulis di blog.
Selalunya,
Bila ada masa terluang sikit sikit,
MY akan edit gambar di handphone,
letak watermark dan resize bagi kecik sikit.

Proses seterusnya,
Masukkan gambar dalam new post dalam blogger, 
Biar dia jadi draft kat situ.
Bila dah lapang lapang..
barulah MY mengarang kisah gambar gambar tu.

tu lah kadang kadang ada yang gambar yang dah berbulan bulan kisahnya,,
Gambar dah masuk lama kat draft,
Tapi kadang kadang idea menulis takde,
masa takde,
bateri habis dan lain lain lagi.

Bila dah siap mengarang,
Kalau hari tu dah ada entry,
MY akan schedule kan entry tersebut untuk hari esok dan lusa.
Sebabnya target at least satu hari satu entry...
Orang lain 1 hari 3 entry...
MY masih lagi 1 hari 1 entry...
Hihihi..itu ajelah kemampuan MY sekarang ni.
Itupun selalu je ter 'missed'. 

Ok..balik kepada kisah cili kering,
Masa Mama Yan belum kahwin dulu,
MY memang tak pandai masak guna cili kering.
Keluarga MY di Pahang, 
guna cili kering, setahun beberapa kali je.
Kami guna cili kering untuk masak rendang dan kuah kacang je.
So setahun 2 kali tu wajib,
dan ada lah beberapa kali je rasanya sebagai tambahan.
selebihnya,
Abah beli cili boh dalam paket kecil je untuk masak mi goreng.
Jadi MY memang tak pandai masak guna cili kering ni

Keluarga suami Mama Yan pula,
Memang jenis makan lauk pauk guna cili kering,
Sambal kami kat Pahang pakai cili padi je selalunya..
Tapi sambal tumis kat Johor ni,
pakai cili kering.
Lepas tu, keluarga kat Johor kerap pakai untuk masak merah, masak sayur pun ada yang pakai cili kering, nasi goreng cili kering dan asam pedas.
Dah MY kahwin dengan orang Johor,
resepinya campur campurlah..
Ada hari menu Pahang, ada hari menu Johor...
So kalau nak buat menu Johor, 
Memang malas sebab kena blender cili kering..
Hahaha...
Menu Pahang je senang,,
Pakai cili padi je...

Tapi Zaman dah moden..
kemudahan banyak,
Patut dah takde kesukaran lagi..
dah takde alasan dah patutnya kan..
Jadi MY pun buat la cili kering kisar untuk simpan dalam peti ais hujung minggu lepas


Mula mula,
Mama Yan keluarkan biji biji cili kering dulu..
Ini lah benda yang paling malas dibuat sebenarnya...
Asingkan dulu biji cili..
Jangan tanya kenapa,
MY ikut keluarga mentua, 
diorang buang biji bijinya..
Kita pun buang juga
Jangan durhaka ok.

Lepas dah selesai buang biji,
Basuh.

Lepas dah basuh bersih,
masukkan dalam periuk dengan air secukupnya.
Air takyah banyak banyak penuh periuk
Cukup untuk masakkan cili kering.
Tambah dua sudu besar minyak masak.
Tak tau kenapa,
Saya ikut je...hahaha

Lepas cili kering dah masak dan membuat semua orang dalam rumah ni hachommm... hachommm...
Matikan api.
Sejukkan dahulu cili kering sebelum dikisar..
Jangan kisar panas panas..
Rosak blender nanti.

Lepas dah sejuk tu,
Kita kisar la cili kering tu.
Air jangan banyak sangat.
Letak sikit je...
Agak dia tak boleh pusing, MY tambah sikit lagi air.
Air tu janji boleh pusing je...
Kalau ada food processor bagus ni...

Lepas dah kisar,
MY masuk dalam bekas kecik untuk sekali guna macam ni.
Hari tu MY dapat 4 bekas kecik macam ni.
2 bekas letak kat peti ais sejuk biasa..
2 bekas lagi,
MY letak kat tempat beku.

2 yang letak kat tempat sejuk tu sebenarnya dah habis dah...
1 masak sambal udang,
1 lagi sambal kan ikan kerisi,
Tapi..takde gambar.
Tak sempat nak gambar gambar...
Masak terkejar kejar...
Kalau masak time cuti santai santai...
Boleh la nak ambil gambar gambar...
Tapi kadang kadang tu.. 
Masak santai santai pun lupa nak ambil gambar...

Memang senang nak masak bila ada stok bahan kisar ni..
Kerja jadi lebih cepat..
Tapi masa nak sediakan bahannya... 
Hmm.. belengas...
Pakej pijar jari...

Ok lah... dah jom masak!


 

15 comments:

  1. hahaha btul2 kena siapkan cili, bawang merah, bawang putih, buat stok camni..
    time1 bizi senang campak2 je nak masak ehhehe

    ReplyDelete
  2. PH pun selalu guna cili kering sbb anak2 suka masakan bersambal, pedas-pedas.
    Pastu selalunya masa nak kisar PH letak minyak, lain sikitlah style-nya hehe

    ReplyDelete
  3. Cheq pula suka pakai paste masakan yang dah siap tu... ada paste tomyam, masak merah, kengsom dll. Ada jual di Shopee ๐Ÿค“

    ReplyDelete
  4. betul tu yan, penyedian bahan masakan tu yg lama. masaknya kejap aje

    ReplyDelete
  5. betul..kena wat mise en place bila weekend, bila nak masak senang dah siappp.

    ReplyDelete
  6. Orang Johor memang wajib ada stok cili kisar macam ni. Sy punya cara turun temurun dari mak, cili tu dah kisar sekali dengan bawang, lagi senang nak masak dan jimat masa.. hihi.

    ReplyDelete
  7. MY, Dana ni pun masih 1 hari 1 entri je malas nak buat bebanyak, blog suka suki je kan... bukan jenis blog yang ada target dapat duit hehehehhe...

    Dana lama dah tak buat stok cili kering, selalu beli cili boh je heheheh,lagi lah teruk kan

    ReplyDelete
  8. Bab nak guna cili kisar ni memang leceh nak sediakan stok. Kalau sediakan tu sekali banyak senang. Saya pun buat cara macam ni cuma minyak tu saya letak masak nak kisar dan tambah bawang putih untuk tahan lebih lama. Minyak tu macam nak menghaluskan lagi bahan kisar selain tambah air untuk memudahkan kisar.

    ReplyDelete
  9. Samalah cili blender ni sentiasa ada stok dalam esbok
    Ada yang siap blend dengan bawang putih dan bawang merah sekali

    ReplyDelete
  10. Ammi selalu Cili kering takde asingkan biji. Ammi potong kecik2 rebus kejap pastu toskan guna penapis. Masa ni banyak biji yg keluar. Tak rajin ammi nak asingkan bijik dulu.. Tka sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kuranglah kita๐Ÿคฃ. Syu masa cili tengah menari2 dalam periuk baru Syu potong๐Ÿ˜†. Sejenis M.

      Delete
  11. Kalau cili merah sy potong , asingkan biji dia
    Sampaikan pijar tgn

    ReplyDelete
  12. masa rebus tu bau dia bikin saya bersin berbelas kali haha

    ReplyDelete
  13. Tahap kerajinan Syu tak macam MY ๐Ÿ˜…. Cili kering semua Syu rebus terus. Tak buang biji. Masa tengah merebus tu Syu gunting2 ๐Ÿ˜†. Nanti biji tu keluarlah sendiri. Lepas dah kembang, tos guna penapis lubang besar sikit. Masa nak blender letak minyak garam & air masak. Then baru masuk peti ๐Ÿ˜. Tengok MY buat memang salute lah dengan tahap kerajinan MY.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad