Cili kisar frozen

Setelah membaca banyak komen komen dalam entry cili kisar MY,
Ramai yang kisar guna minyak masak sebagai ganti air.
Jadi, MY pun tiru la..
Masa kisar tu tak taruk air,
Tapi taruk minyak masak.

Lepas tu,
MY masukkan dalam bekas jeli untuk bekukan.
Yang ni MY nampak di TIk Tok,
Bila nak guna,
Letakkan beberapa ketulan cili kisar frozen ke dalam kuali,
Jadi MY cuba la...


Nampak sedap pula cili kisar dalam pelbagai bentuk comel ni


Acuan jeli ni Mama Yan beli dah lama.
Zaman zaman rajin buat coklat home made dulu dulu.
Sekarang dah tak pernah gunakan lagi.
Jadinya..
Terpaksalah dia melakukan tugas luar bidang...
Zaman pandemik ni tak boleh memilih tugas sangat.
Tak kena kerit tikus dah bagus dah tu...

Sebabkan... sekarang MY takde yang bantu uruskan kerja rumah,
Memang sentiasa cara tips dan petua untuk permudahkan segala urusan kerja rumah.

Kalau ada yg nak share tips tips menguruskan rumah,
Meh komen meh...
Atau tidakpun.. doakanlah Mama Yan sentiasa kuat dan sihat menguruskan anak anak yang tengah membesar ni.
Wassalam.



 

6 Comments

  1. Ni kalau simpan dalam esbok boleh konfius ni
    Ingatkan kuih segera

    ReplyDelete
  2. bahagi-bahagi tugas dengan anak MY..tak kisah yg umur berapa pun. Janganlah MY buat semua sorang.
    contoh basuh toilet, vacuum rumah boleh bagi yg sulung,
    nyapu porch bg yg no. 2
    lap-lap habuk kat no. 3

    tak berapa nak bersih takpe..lama2 dorang pandai

    sbb ammi tgk SIL ammi, anak dia semua lelaki 4 orang. jadi takde istilah dia penat sorang-sorang..masing-masing dapat tugasan

    ReplyDelete
  3. wah frozen cili kisar dlm acuan jelly..jgn ank2 slh amik sudah hehe

    ReplyDelete
  4. wah x tahu pon..bisanya AD kisar pastu boh dalam botol besar terus

    ReplyDelete
  5. Jangan tersilap ingaktan kuih sudah, MY haha... Comel sangat.
    Pesanan PH; don't overdo, don't stress over the things you can't control & make time for yourself.

    ReplyDelete
  6. comel pulak dibentukkan macam ni. Nak guna pun senang. Tahan lama pun ye jugak.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)