Sambal kentang ikan bilis


Ni antara jenis lauk yang paling selalu MY ambil zaman makan di cafe dalam UTM dulu dulu.
Ikan bilis, kentang, tempe, tauhu disambal macam ni.
Sepanjang membesar kat Pahang,
MY tak pernah jumpa lauk macam ni.
Nampak simple tapi sedap.
Murah pun murah.
Lepas tu,
Regu kan pula dengan telur goreng mata...
Fuhh... nikmat...

Jadinya...
Sebab kat rumah ada lebih sambal tumis...
MY ingat nak buat la...
MY pun panaskan semula sambal tumis,
Tambah gula sikit lagi...
Lepas dah panaskan tu..
Sejukkan semula

Sikit je sambalnya...
Lebih sambal nasi lemak.

Sambil sambil tu MY goreng ikan bilis sikit

Hiris kentang 2 biji dan goreng

Kacang sambal ni suami MY yang beli...
Tapi manis macam golek dengan madu...
Hahaha

Lepas sambal dalam kuali tu dah sejuk,
MY pun masukkan ikan bilis, kentang dan beberapa sudu kacang sambal tu.
Gaul gaul lepas tu angkat.

Hasilnya..
Kentang tu banyak yang hancur.
MY memang takde bakat masak...hahaha
Asal boleh telan aje.
Nasib baik la suami MY pun tak banyak cerewet.
Siap dia kata kalau ada tempenya sekali, kalah dah yang kat Restoran Mak Jah.
Hahaha...
Adoi..lawak...
Masak tak jadi pun dia boleh bandingkan dengan lauk restoran.

Nampak macam simple dan senang. 
Bila buat sendiri..hampes tak jadi pun...
Macam mana orang kedai makan boleh masak banyak banyak dengan ikan bilisnya rangup,
Tempe dan kentangnya kekal bentuk?
MY masak hancur belaka..

Takpelah...
Walaupun rupa tak menarik..
Yang penting ada lauk untuk dimakan.
Nanti kita cuba repair lagi mana yang patut...
Sekian..wassalam..

 

8 Comments

  1. takpe..kentang tu hancur senang sikit nak makan..hehe

    ReplyDelete
  2. Alaaa.. masuk mulut nanti hancur jugak dikunyah, MY. Sy pun tak pernah masak lauk ni tapi kat kantin selalu ada. Kalau makan lauk ni, kena solo, ambil lauk kuah jangan sekali, hihi.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap tu. Makan dengan nasi putih boleh menambah-nambah ni.

    ReplyDelete
  4. takpa , tetap menggiurkan hahhahahaha . sedap ja nampakk

    ReplyDelete
  5. Lauk bahaya ni, boleh buat lupa dah makan berapa pinggan nasi haha

    ReplyDelete
  6. Makcik ammi rajin buat ni kering-kering. Pastu kalau dia gi rumah adik bradik dptlah sorang sebekas. Memang sentiasa adaaaaa je stok sambal ni kat rumah dia

    ReplyDelete
  7. fav ni tp kacang jrg letak..selalunya kentang, ikan bilis , tempe

    ReplyDelete
  8. Zaman U dulu pun saya suka pilih lauk macam ni kakyan. Jimat dan murah tu yang penting. Ada tempe tambah sedap lagi tu. Boleh buat bertambah makan walaupun kentang tu hancur sikit takpe. Asalkan kena dengan selera okay dah :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)