Persediaan lelaki sebelum kahwin

Saja nak share kat blog ni.
Setuju juga dengan apa yang penulis ni tulis di twitter beliau.
Tapi rezeki setiap orang tak sama...
Dan ye..
Memang tak sama langsung dengan permulaan hidup berkeluarga Mama Yan.

Barang dalam rumah MY dulu,
beli secara ansuran dan beransur ansur.
Mula mula beli peti sejuk,
ansuran.
Mesin basuh pun ansuran juga.
Beli TV di Giant secara tunai,
Tapi tak tahan lama,
Kejap je dah rosak.
Lepas tu kami beli Tv secara ansuran di Courts Mammoth.

Kereta.. mula mula pinjam kereta mentua.
Lepas tu,
beli kereta second hand, Wira.
bulanan dalam RM 450 macam tu.
Lepas tu, tukar beli Persona sebab Wira tu asyik rosak je.
Lagipun, Wira tu manual.
MY tak pandai bawa kereta manual

Alhamdulillah...
takde la hafaz 30 juzuk,
Tapi basicnya dah cukup bagus dah bagi MY


Ye.. masa kahwin dah dapat kerja.
Masa baru kenal belum ada kerja.
Ke hulu ke hilir cari kerja.
MY yang ajar dia isi Jobstreet.
Verify profile dalam Jobstreet.
Mula-mula takde orang panggil interview pun dalam Jobstreet dia sebab tak verify.
Lepas MY poskan salinan kad pengenalan pada Jobstreet,
Barulah profilenya disahkan oleh Jobstreet.
Barulah ada orang panggil interview.
Nak gi interview takde duit minyak.
Mama Yan guna duit PTPTN Mama Yan tuang minyak boyfriend nak pergi interview kerja.
Dengan pesanan,
Dah dapat kerja nanti,
"bayar balik duit minyak saya tau."
Alhamdulillah... dengan PTPTN nya sekali dia bayarkan.

Hahaha...
Yang ni...
takmo cerita sebab kami memang takde duit nak buat kenduri kendara.
Seadanya aje.

Sewa sepasang baju + make up = RM350.



 

8 Comments

  1. Berserinya pengantin baru tu :)
    Susah payah masa nak mulakan hidup tu bila dikenang balik, terasa manis pula.

    ReplyDelete
  2. Setuju, namun garis waktu setiap orang tidak sama, paling penting suami isteri kena 'saling'. Tak boleh ikut kepala masing-masing.

    ReplyDelete
  3. ni 3,4, 5 tu setuju no 1 ngn 2 tu tak berapa setuju haahahha...
    no 1 tu setuju kene ada rumah tak kisahla sewa atau beli, tapi bab beli barang kene cash tu... tak semua org lepas kahwin terus kaya raya....

    no 2 pun sama, abis kalau tak mampu beli kereta lagi kalau ada motor tak boleh kahwin? sebab semua orang tak sama dana dulu kawin dah lewat memasing ada kereta tapi idok la kata musti ada, janji dia kerja dan berusaha untuk dapatkan kereta untuk kemudahan bersama.. itu dh ok

    ReplyDelete
  4. Gambar last tu terbaik!! Muda remaja gitu. He2~
    Syu masa mula-mula kahwin, semua beli barang second hand jer. Alhamdulillah sampai ke hari ni tahan. Adat lah baru nak mulakan hidup berkeluarga. Takkan semuanya nak terus ada. Kalau kahwin orang yang ada-ada tak apalah. Masuk rumah cuci kaki jer. Suma dah ada. Silap-silap makan pakai laki pun ada bibik yang uruskan. Jadi isteri ni kena hidup ikut kemampuan suami. Boleh nak demand, tapi pada yang sama kena ada empati & saling berlebih kurang. Baru bahagia.

    ReplyDelete
  5. Kalau berkemampuan okaylah. Rezeki setiap orang berbeza. Apapun berkahwin ada rezekinya juga.
    Waahh pengantin berseri seri nampak.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)