MY Movie Review : The Hitman's Bodyguard

Hari tu tertengok filem di Netflix... The Hitman's Bodyguard. Suami yang cari filem kat Netflix or hyptv, Mama Yan selalu main handphone je... sekali rasa macam best pulak filem tu... terus join sama sama..


Tajuk Filem : The Hitman's Bodyguard

pengarah : Patrick Hughes

Penulis : Tom O'Connor

Produksi : Millennium Media, Cristal Pictures

Edaran : Summit Entertainment

Tarikh tayangan :18 Ogos 2017

Running Time : 118 minit

Negara : US

Barisan pelakon utama :

- Ryan reynolds sebagai Micheal Bryce

- Samuel L. Jackson sebagai Darius Kinkaid

- Gary Oldman sebagai Vladislav Dukhovich

- Salma Hayek sebagai Sonia Kincaid

- Elodie Yung sebagai Amelia Roussel


Cerita ni mengisahkan seorang bodyguard, Micheal Bryce (Reynolds) yang berpisah dengan kekasihnya seorang Polis, Agent Roussel (Yung) kerana salah faham berkaitan dengan kliennya Takashi Kurosawa yang dibunuh ketika di bawah jagaannya. 

Lawa yang jadi Agent Roussel ni.
Lahir 1981, sebaya dengan MY, dah 40


Sementara itu, Vladislav Dukhovich lakonan Oldman pula,merupakan bekas presiden Belarus seorang diktator yang zalim, sedang dibicarakan atas kesalahan jenayah kemanusiaan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Ramai saksi telah dibunuh dan ketiadaan bukti memaksa pihak pendakwaan memanggil Darius Kincaid (Samuel L. Jackson) seorang pembunuh upahan yang sedang dipenjarakan untuk menjadi saksi perbicaraan. Sebagai tukaran atas persetujuan menjadi saksi, pihak pendakwaan akan membebaskan isteri Kincaid, Sonia ( Salma Hayek) dari penjara.

Perjalanan Kincaid dari penjara ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, Amsterdam, diketuai oleh Agen Roussel. Tapi ketika dalam perjalanan ke mahkamah, mereka telah diserang oleh orang suruhan Dukhovich. Kincaid dan Agen Roussel berjaya menyelamatkan diri. Agen Roussel berjaya membawa Kincaid ke safehouse milik interpol. 

Bimbang terdapat tali barut dalam interpol, Agen Roussel meminta bantuan bekas teman lelakinya Bryce untuk melindungi dan membawa Kincaid ke The Hague

Mereka menaiki feri ke Amsterdam dan pergi ke rumah rehat milik Bryce. Masa ni memang banyak insiden aksi tapi lawak. Orang-orang Dukovich menyerang Kincaid, Bryce pulak merajuk dengan Kincaid. Tapi last last dia tolong juga Kincaid. Tapi lepas dia tolong, dia pulak tertangkap dengan orang orang Dukovich.


hitmans bodyguard


Kincaid selamatkan Bryce dan mereka berhempas pulas nak sampai ke mahkamah tepat pada masanya. Kalau tak sampai, mereka dikira kalah. Akhirnya, mereka berjaya sampai ke mahkamah dan Kincaid dah bersedia dengan bukti bukti kejahatan Dukovich. Tapi, Dukovich ni memang jahat sungguh, dia dah bersedia dengan rancangannya untuk mengebom mahkamah dan lari menggunakan helikopter milik pasukan medikal.


Ketika kekecohan akibat letupan di mahkamah berlaku, Dukovich menembak Kincaid dengan menggunakan pistol yang dirampas dari seorang polis. Tapi, Bryce menjalankan tugasnya sebagai bodyguard dengan cemerlang dengan menghadang peluru dari terkena Kincaid. 


Cerita ni happy ending... dan banyak aksi tembak tembak, gaduh gaduh, bunuh bunuh...tapi dibuat dalam aksi aksi yang kelakar. Tidak la filem serius sampai kena karut dahi 2 jam. Okaylah kalau nak tonton. Ada di Netflix. tapi bukan untuk tontonan anak anak ye... banyak mencarut weh


Dan lepas ni ada sekuelnya, akan release pada pertengahan bulan hadapan dengan judul The Hitman's Wife's Bodyguard dan dibintangi oleh Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson, Salma Hayek, Frank Grillo, Antonio Banderas dan Morgan Freeman. Semua pelakon hebat hebat huuuii...




9 Comments

  1. best cita ni..cuma bab maki hamun tu, memang tak hingat la kan. jalan cita memang best, action..tak yah ckp la...

    ReplyDelete
  2. Suka Ryan Reynolds berlakon. Rasa macam pernah tengok cerita ni tapi lupa dah. Cerita action memang best layan :)

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak tgk filem action , nice sharing

    ReplyDelete
  4. menarik juga citernya..berminat utk di tonton..tq review kak yan :)

    ReplyDelete
  5. Adoi.. kalau ada ryan reynolds mesti jadi kelakar filem tu.. Sha pun cadang nak tengok juga filem ini.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Baru nk tgk movie ni. Teringat2 tp tak ada masa lg nk tgk huhu

    ReplyDelete
  7. menarik citer ni mesti penuh debaran dan action ni

    ReplyDelete
  8. Ada sekuel.. Wah, kena tgk ni. Btl suka tgk citer ni. Byk action tapi dlm versi lawak2.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)